Thursday, October 9, 2008
Gayah Gebu: Nyanyi ala kadar
Rap |
BELUM terlambat rasanya Gayah mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca Metro Ahad. Kepada artis yang Gayah tegur, kutuk dan ‘carut’, Gayah mohon ampun dan maaf. |
Kalau tak nak maafkan pun tak apa. Ada Gayah kisah? Wah!!! tak sayang mulut ni.
Minggu ini, bagaikan singa lapar yang terlepas dari kandang, Gayah nak membebel pasal lagu raya. Bukan lagu raya artis, tapi lagu raya yang dinyanyikan penyampai radio.
Sudahlah lagu raya tahun ini langsung tak meriah, stesen radio pula macam dah kena suntikan vitamin M (malas).
Ini Gayah nak cakap pasal sebuah stesen radio swasta yang setiap hari Gayah dengar sebab Gayah suka. Nyanyi semula lagu raya orang lain dengan persembahan seperti melepas batuk di tangga.
Langsung tak ada inisiatif dan kreativiti macam tahun sebelumnya. Gayah kecewa OK.
Sepatutnya buatlah kelainan sikit. Buatlah lagu baru. Kalau dah malas sangat, ubahlah liriknya.
Walaupun suara tak sedap, Gayah tak kisah, asalkan ada kelainan ditampilkan. Ini suara ada yang ok dan ada yang hancur, nyanyi pula tak ada kesungguhan. Geram punya pasal Gayah kalau dengar saja lagu ini, Gayah tukar saluran radio lain.
Renung-renungkanlah kata-kata Gayah. Bukan Gayah benci. Sebab Gayah peminat setia stesen radio itulah Gayah tegur.
Satu lagi stesen radio yang Gayah nak tegur adalah satu stesen radio kerajaan. Penyampai radionya juga menyanyi lagu raya, tapi bila dengar memang hancur lebur.
Lontaran suara bukan setakat ke laut, ke hutan Amazon... Kutub Utara, Kutub Selatan... Hish... tak kuasa Gayah nak dengar.
|
Dalam pada tak sedap, ada pula hati suruh pendengar hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk undi lagu yang dinyanyikan. Tak patut... tak patut.
Apa pihak yang jaga stesen radio itu tak boleh menilai mana yang layak atau tidak layak menjadi halwa telinga pendengar. Pekak atau saja buat pekak?
Cukuplah setakat ini. Lagi banyak Gayah bebel, lagi panas hati Gayah. Bila hati dah panas, sendiri mau ingat!
Sebelum berundur, Gayah nak selitkan sikit teguran, sekali lagi untuk stesen radio berkenaan. Bukan pasal lagu raya, tetapi pasal satu rancangan yang menampilkan dua selebriti.
Dulu Gayah dah tegur, tapi sekarang Gayah tengok makin mengarut rancangan itu. Walaupun dah tukar seorang penyampainya, entah apa yang cuba disampaikan kepada pendengar.
Sudah-sudahlah tu. Cuba berpijak di bumi nyata. Lawak yang cuba diketengahkan mengarut habis. Orang bukan suka, menyampah adalah.
OKlah, Gayah nak ke rumah Sherry Gomak tolong dia buat mi kari. Nak buat rumah terbuka katanya.
p/s : Komen anda...???