Thursday, October 9, 2008

Salam untuk anda yg berselindung di sebalik nama GG... Terima kasih atas komen terbuka anda tentang program terbitan saya dan rakan saya, DJ @enraen iaitu yang kami namakan "Carta Semperit Raya KLfm".

Terlebih dahulu, alangkah baik jika anda mengetahui format dan konsep Carta Semperit Raya sebelum memberi tuduhan melulu dan mengatakan pihak pengurusan kami "PEKAK". Carta Semperit Raya diterbitkan atas dasar memeriahkan lagi musim perayaan yang disambut setahun sekali dan belum ada mana-mana stesen radio ataupun TV yang berani menerbitkan program sebegini, atas alasan kurang keyakinan sama ada penyampai atau selebriti stesen radio atau TV berkenaan benar2 mempunyai bakat lain selain menyampai dan mengacarakan program radio ataupun TV.

Objektif kedua program ini diterbitkan adalah untuk mengenengahkan bakat2 terpendam penyampai2 radio kami dan mereka telah berbulan lamanya membuat latihan sendiri kerana idea untuk menerbitkan program ini telah pun diwara2kan kepada semua penyampai2 radio kami sebelum bermulanya bulan puasa lagi.

Puan/Cik/Encik GG yang budiman,

Yang paling penting adalah anda mengetahui dengan lebih detail tentang FORMAT dan KONSEP carta ini diterbitkan, iaitu setiap lagu raya yang disampaikan oleh setiap penyampai radio kami dikategorikan mengikut kategori2 tertentu, contoh dalam bahasa kasar, kategori walla untuk penyampai yang boleh menyanyi dengan baik manakala kategori daa untuk penyampai yang menyanyi ke Laut China Selatan atau ke hutan Amazon seperti yang dinyatakan oleh anda yang saya juga percaya, berselindung di sebalik karakter GG yang tak tahu la gebu sangat ke?

Adalah tidak beretika untuk mengatakan pihak pengurusan kami PEKAK, kerana sebelum rancangan ini dicetak di atas kertas cadangan, kami telah meneliti pro dan kontra program ini. Kalau tidak berani untuk menerima sebarang komen, tak perlu la kami beria2 membuat rakaman pada setiap hari sepanjang minggu dalam bulan Ramadhan untuk memastikan program ini mencapai matlamatnya untuk memberi hiburan kepada pendengar2 kami. Hasil yang kami perolehi selepas program ini, ramai di antara pendengar yang ingin membeli CD lagu2 raya nyanyian penyampai2 kami yang hancus dan leburs...

Walaupun bebas menulis apa sahaja, adalah lebih baik jika anda berguru dengan Siti Jarum yang menulis dengan penuh etika di samping memberikan contoh2 terbaik untuk dijadikan panduan dan teladan dan tidak memberi komen secara membabi buta sahaja.

Saya, bagi pihak KLfm dan salah seorang penebit Carta Semperit Raya, tanpa berselindung di sebalik nama2 atau karakter tertentu mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jika tulisan ini tersurat dan tersirat segala emosi yang boleh mencalarkan suasana sambutan Hari Raya anda tahun ini. Insya Allah, pada tahun2 hadapan, kami, penerbit2 muda lebih berani untuk menyalurkan program2 yang lebih kreatif sekaligus mencetuskan kontroversi lagi seperti ini. Salam....

Ikhlas daripada,
Hamimah Mohd Yusof
a.k.a DJ Mimie Walla
Penerbit Rancangan Radio Gred B27
Unit KLfm, Jabatan Penyiaran Malaysia,
Kementerian Penerangan Malaysia.

3 Comments:

  1. kakzie said...
    kisahnya...dah tentu ini sekadar hiburan..walau pun ada yang ke laut tp rata2nya ok juga skdr menghibur..ramai juga boleh menyanyi..komen GG mmg tak membina langsung mana ada manusioa yg perfect.kalau di jual album ni saya akan dapatkan
    Cetusan said...
    salam menyampuk
    sesuai memang sesuai n wajar Penerbit membalas teguran GG.
    GG rasanya GRADe lelaki, Lulusan Syariah, yang nggangur tapi silap JOB masuk ruangan POTPET, byk lagi kerja lain yg tak libatkan potpet rezeki tu, hheee..dah zaman maju kerja byk ..
    black_canary said...
    sabar tu separuh dari iman...so, buat tak tahu aje mimie...
    kalau kita tgk dari satu sudut..ianya sesuatu yg bagus sbb sebelum ni jarang KLFM mendapat perhatian dari penulis PENGECUT macam ni..
    Tapi betul jugak kata2 seorang ustaz dalam satu ceramah...
    "Dalam bulan Ramadan, kita telah melatih diri kita dari banyak perkara, tetapi bila abis sahaja bulan ramadan, apa yg kita belajar tu, habis sahaja."

Post a Comment