Sunday, October 12, 2008
Gambar2 di rumah Datuk Seri Gala, diambil dari KgMMS, ehsan kak Roskalas & Abahir... Tima kasih bebanyak yek...
Hari Sabtu yang lalu,11 Oktober 2008, DJ2 KLfm telahpun beraya sakan ke rumah pemenang2 Raya Sakan @ KLfm. Kami telah pun berkonvoi dari IBC, Angkasapuri dan telah pun berkumpul seawal jam 9.30pagi di sana. Tapi, kena tunggu lak juadah dari D'Tandoor yang menaja hadiah kepada pemenang2 yang bakal kami kunjung rumah mereka pada hari itu. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu bulan memang tak timbul2 sebab matahari yg mencanak naik, memang dah turn matahari naik pun... Sudahnya, kami bertolak ke rumah pemenang pertama iaitu Datuk Seri Gala lebih kurang jam 11.30 pagi setelah kami mendapat bekalan daripada D'Tandoor...Dalam kelaparan dan kepanasan terik matahari, Puan Fee & DJ Elly Zack dah nak "surrender", tak tahan dengan keadaan cuaca masa tu, tapi Afiq tetap Walla dengan gigi 2 batangnya, tersengih riang ikut ibu, abah & uncle2 & auntie2 KLfm beraya sakan...
Berhari raya di rumah Datuk Seri Gala dari jam 11.30-12.15 tengah hari, kami ke Cheras pula ke rumah Acu. Dalam perjalanan tu, sempat la jugak Afiq melelapkan mata sekejap sampai la ke rumah Acu, Afiq tetap lena. Bila dah nak balik, baru Afiq bangun tido... Dari rumah Acu, jam 2petang, kami ke rumah Pak Khalid pula di Kampung Baru...
Masing2 bila jejak masuk ke rumah Pak Khalid ternganga luas sebab terpegun dengan perabot2 di dalam rumah Pak Khalid... Sempat juga menonton Berita Ringkas jam 3petang di RTM1 yang menayangkan program yang sedang kami langsungkan hari itu, iaitu Raya Sakan @ KLfm... Shooting telah pun di rumah Datuk Seri Gala pada pagi tersebut....
Bertolak dari rumah Pak Khalid jam 4 petang, kami ke rumah Encik Azli Paat pula. Satu lagi rumah yang membuat mulut kami juga ternganga dan terpegun sebab En. AP banyak simpan barang2 antik di rumahnya. Sempat juga Mr. AP demo pemain piring hitam dan juga radio antik yang menggunakan wave "AM" yang boleh mendengar stesen2 radio di seluruh dunia... Dapat juga Hezry try basikal "Sting Ray" yang sekali pandang macam motor Harley Davidson tuh... Ehm, nasib baik saya pakai baju kurung & asyik mengendong Afiq, kalu tak, nak juga berposing atas beca milik Mr. AP....
Dari rumah Mr. AP, kami ke rumah Pak Mat Tempe pulak... aloh, Azlan Omar ler, sape lagik... Niat di hati nak makan kuih raya & minum segelas air jek, tapi bila tengok menu nasik ayam dari Hafizah "Catering" (masakan wife AO), kami lupakan hasrat nak kontrol perut... Apatah lagi saya yang patut makan untuk 2 orang... Tetap juge membedal sepinggan nasik ayam sampai mual2...hehehe...
Balik rumah, masa nak lap2 badan Afiq yang lekit dengan peluh satu hari tu, memang ler rasa lepak sesangat. Mata Afiq yg bulat tu pun dah merah di bahagian kelopaknya, menandakan dia dah mengantuk sesangat. Tapi, bila ibu temankan dia baring2 dalam bilik, lepas minum sebotol susu, Afiq masih lagi berlegar2 dalam bilik, masih nak main2 lagik... Lepas dah kena "beso tekak" ibu sedas 2, Afiq pun cepat2 baring sebelah ibu. Itu pun, jap tertonggeng, jap terlentang, jap baring atas leher ibu, jap bawah ketiak... sampai ler Afiq tertido... itupun, dekat sejam baru tido... Huish... susah benor nak tidonyer!!!
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tapi rasanya mesti seronokkan..