Monday, October 20, 2008

Muhammad Afiq Izzudin

Lagi-lagi Gambar Raya

Afiq tengok Mama Aen ke, tengok apa yang kecoh2 kat belakang tu? Macam paham jek... (Lokasi, rumah Datuk Seri Gala)

Ha, senang nak jalan kalau Afiq dah tido... (Lokasi, Taska di Blok rumah Acu)


Puan Penerbit bergambar dengan tuan rumah... Saya? Menempel la... Dah dok sebelah... :-)


Bila Afiq dah celik, sibuk ler nak mintak ape yang ibu mamam... Nampak je badan kecik, tapi kuat mamam...

Tengah bincang dengan puan penerbit sebelum rakaman Senandung Lebaran d'KLfm... (Lokasi, Saloma Theatre Restaurant)

Bergambar bersama DJ Nazie dan orang kuat Saloma Theatre Restaurant, En. Yazid.

Abang Amir (Bahagian Pentadbiran KLfm) hanya mampu tersengih mendengar omongan kosong Mimie & Nazie...

Thursday, October 16, 2008

Gambar raya lagi dan lagi

Gambar Hari Raya Pertama sebelum pergi beraya ke rumah Tok Ne (Nenek sebelah abah). Dari depan, of course la Abah dan Mak (dengan panggilan manje "Mum"...hehehe sedang memangku Afiq yang tak reti nak duduk dendiam)... Belakang dari kiri - Eli (adik bungsu saya), abang, saya & Didie (adik ketiga bungsu). Semua dah beso2 skarang... Puas la Afiq dapat duit raya daripada pakcik2nyer...

Cik Didie rajin amik gambo Afiq... Suka panggil Afiq dengan nama Afiqah, sebab muke Afiq cam pompuan... Hish! Mak tak kuasa nyah!!!

Yang ni plak gambar Hari Raya ke4 - Nak bertolak ke Simpang Renggam, Labis dan Bandar Tenggara berhari raya di rumah saudara mara. Masa ni, adik pompuan saya, Marma (berdiri sebelah saya) dah pun balik JB dari Kemaman... dengan suaminya (berdiri sebelah dia -Tun) dan 2 anak lelakinya yang hiper aktif, Syukri (dipangku Abah) dan Hakimi (tunjuk jari "peace")....


2 gambar di atas diambil di rumah Pak Khalid masa beraya sakan @ KLfm.. Nampak tak mulut Afiq ternganga luas kat gambar kat atas tu? Afiq ni pantang tengok orang gelak kuat2, nanti dia pun nak join gelak kuat2 jugak... Ehm... Ikut perangai sape nih?

Tuesday, October 14, 2008

Untuk anda yang tertanya2, senarai penuh pemenang Anugerah Carta Semprit Raya yang lalu, berikut adalah pemenang yang berjaya mendapatkan hadiah sumbangan The Beauty Station milik Jejaka Ayu, Hamper sumbangan Jurukopter KLfm dan juga 3 game bowling sumbangan DJ Paparay;

Kategori Walla - Suara Takbir (Mimie)
Kategori Boleh Jual Lah - Menjelang Hari Raya (Kzie)
Kategori Selamattt - Balik Kampung (Zullastree & Paparay)
Kategori Daa - Senandung Hari Raya Untukmu (Julia)
Kategori Gerenti Tak Tahan - Musafir Di Aidilfitri (Salehuddin Hj. Ramlan)
Vokal Lelaki Terbaik - Kepulangan Yang Dinanti (Pool)
Vokal Wanita Terbaik - Suara Takbir (Mimie)
Undian Terbanyak - Seloka Hari Raya (Dave & Azizah Sulaiman)
Promo Undian Paling Kreatif - Team BK
Pasangan Duet Terbaik - Team BK

Terima kasih kepada rakan2, juga jurutera bunyi, En. Rosli Ahmad yang sudi menaja studio rakaman untuk kami. Juga para pengundi, sahabat2 yang menyokong program ini, tak lupa kepada GG and the geng yang tak berapa nak suka dengan program ini... Walla....

Sunday, October 12, 2008

Raya Sakan @ KLfm


Gambar2 di rumah Datuk Seri Gala, diambil dari KgMMS, ehsan kak Roskalas & Abahir... Tima kasih bebanyak yek...


Hari Sabtu yang lalu,11 Oktober 2008, DJ2 KLfm telahpun beraya sakan ke rumah pemenang2 Raya Sakan @ KLfm. Kami telah pun berkonvoi dari IBC, Angkasapuri dan telah pun berkumpul seawal jam 9.30pagi di sana. Tapi, kena tunggu lak juadah dari D'Tandoor yang menaja hadiah kepada pemenang2 yang bakal kami kunjung rumah mereka pada hari itu. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu bulan memang tak timbul2 sebab matahari yg mencanak naik, memang dah turn matahari naik pun... Sudahnya, kami bertolak ke rumah pemenang pertama iaitu Datuk Seri Gala lebih kurang jam 11.30 pagi setelah kami mendapat bekalan daripada D'Tandoor...

Dalam kelaparan dan kepanasan terik matahari, Puan Fee & DJ Elly Zack dah nak "surrender", tak tahan dengan keadaan cuaca masa tu, tapi Afiq tetap Walla dengan gigi 2 batangnya, tersengih riang ikut ibu, abah & uncle2 & auntie2 KLfm beraya sakan...

Berhari raya di rumah Datuk Seri Gala dari jam 11.30-12.15 tengah hari, kami ke Cheras pula ke rumah Acu. Dalam perjalanan tu, sempat la jugak Afiq melelapkan mata sekejap sampai la ke rumah Acu, Afiq tetap lena. Bila dah nak balik, baru Afiq bangun tido... Dari rumah Acu, jam 2petang, kami ke rumah Pak Khalid pula di Kampung Baru...

Masing2 bila jejak masuk ke rumah Pak Khalid ternganga luas sebab terpegun dengan perabot2 di dalam rumah Pak Khalid... Sempat juga menonton Berita Ringkas jam 3petang di RTM1 yang menayangkan program yang sedang kami langsungkan hari itu, iaitu Raya Sakan @ KLfm... Shooting telah pun di rumah Datuk Seri Gala pada pagi tersebut....

Bertolak dari rumah Pak Khalid jam 4 petang, kami ke rumah Encik Azli Paat pula. Satu lagi rumah yang membuat mulut kami juga ternganga dan terpegun sebab En. AP banyak simpan barang2 antik di rumahnya. Sempat juga Mr. AP demo pemain piring hitam dan juga radio antik yang menggunakan wave "AM" yang boleh mendengar stesen2 radio di seluruh dunia... Dapat juga Hezry try basikal "Sting Ray" yang sekali pandang macam motor Harley Davidson tuh... Ehm, nasib baik saya pakai baju kurung & asyik mengendong Afiq, kalu tak, nak juga berposing atas beca milik Mr. AP....

Dari rumah Mr. AP, kami ke rumah Pak Mat Tempe pulak... aloh, Azlan Omar ler, sape lagik... Niat di hati nak makan kuih raya & minum segelas air jek, tapi bila tengok menu nasik ayam dari Hafizah "Catering" (masakan wife AO), kami lupakan hasrat nak kontrol perut... Apatah lagi saya yang patut makan untuk 2 orang... Tetap juge membedal sepinggan nasik ayam sampai mual2...hehehe...

Balik rumah, masa nak lap2 badan Afiq yang lekit dengan peluh satu hari tu, memang ler rasa lepak sesangat. Mata Afiq yg bulat tu pun dah merah di bahagian kelopaknya, menandakan dia dah mengantuk sesangat. Tapi, bila ibu temankan dia baring2 dalam bilik, lepas minum sebotol susu, Afiq masih lagi berlegar2 dalam bilik, masih nak main2 lagik... Lepas dah kena "beso tekak" ibu sedas 2, Afiq pun cepat2 baring sebelah ibu. Itu pun, jap tertonggeng, jap terlentang, jap baring atas leher ibu, jap bawah ketiak... sampai ler Afiq tertido... itupun, dekat sejam baru tido... Huish... susah benor nak tidonyer!!!

Thursday, October 9, 2008

Salam untuk anda yg berselindung di sebalik nama GG... Terima kasih atas komen terbuka anda tentang program terbitan saya dan rakan saya, DJ @enraen iaitu yang kami namakan "Carta Semperit Raya KLfm".

Terlebih dahulu, alangkah baik jika anda mengetahui format dan konsep Carta Semperit Raya sebelum memberi tuduhan melulu dan mengatakan pihak pengurusan kami "PEKAK". Carta Semperit Raya diterbitkan atas dasar memeriahkan lagi musim perayaan yang disambut setahun sekali dan belum ada mana-mana stesen radio ataupun TV yang berani menerbitkan program sebegini, atas alasan kurang keyakinan sama ada penyampai atau selebriti stesen radio atau TV berkenaan benar2 mempunyai bakat lain selain menyampai dan mengacarakan program radio ataupun TV.

Objektif kedua program ini diterbitkan adalah untuk mengenengahkan bakat2 terpendam penyampai2 radio kami dan mereka telah berbulan lamanya membuat latihan sendiri kerana idea untuk menerbitkan program ini telah pun diwara2kan kepada semua penyampai2 radio kami sebelum bermulanya bulan puasa lagi.

Puan/Cik/Encik GG yang budiman,

Yang paling penting adalah anda mengetahui dengan lebih detail tentang FORMAT dan KONSEP carta ini diterbitkan, iaitu setiap lagu raya yang disampaikan oleh setiap penyampai radio kami dikategorikan mengikut kategori2 tertentu, contoh dalam bahasa kasar, kategori walla untuk penyampai yang boleh menyanyi dengan baik manakala kategori daa untuk penyampai yang menyanyi ke Laut China Selatan atau ke hutan Amazon seperti yang dinyatakan oleh anda yang saya juga percaya, berselindung di sebalik karakter GG yang tak tahu la gebu sangat ke?

Adalah tidak beretika untuk mengatakan pihak pengurusan kami PEKAK, kerana sebelum rancangan ini dicetak di atas kertas cadangan, kami telah meneliti pro dan kontra program ini. Kalau tidak berani untuk menerima sebarang komen, tak perlu la kami beria2 membuat rakaman pada setiap hari sepanjang minggu dalam bulan Ramadhan untuk memastikan program ini mencapai matlamatnya untuk memberi hiburan kepada pendengar2 kami. Hasil yang kami perolehi selepas program ini, ramai di antara pendengar yang ingin membeli CD lagu2 raya nyanyian penyampai2 kami yang hancus dan leburs...

Walaupun bebas menulis apa sahaja, adalah lebih baik jika anda berguru dengan Siti Jarum yang menulis dengan penuh etika di samping memberikan contoh2 terbaik untuk dijadikan panduan dan teladan dan tidak memberi komen secara membabi buta sahaja.

Saya, bagi pihak KLfm dan salah seorang penebit Carta Semperit Raya, tanpa berselindung di sebalik nama2 atau karakter tertentu mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jika tulisan ini tersurat dan tersirat segala emosi yang boleh mencalarkan suasana sambutan Hari Raya anda tahun ini. Insya Allah, pada tahun2 hadapan, kami, penerbit2 muda lebih berani untuk menyalurkan program2 yang lebih kreatif sekaligus mencetuskan kontroversi lagi seperti ini. Salam....

Ikhlas daripada,
Hamimah Mohd Yusof
a.k.a DJ Mimie Walla
Penerbit Rancangan Radio Gred B27
Unit KLfm, Jabatan Penyiaran Malaysia,
Kementerian Penerangan Malaysia.

Metro Ahad 5 Oktober 2008

Gayah Gebu: Nyanyi ala kadar




Rap
BELUM terlambat rasanya Gayah mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca Metro Ahad. Kepada artis yang Gayah tegur, kutuk dan ‘carut’, Gayah mohon ampun dan maaf.

Kalau tak nak maafkan pun tak apa. Ada Gayah kisah? Wah!!! tak sayang mulut ni.

Minggu ini, bagaikan singa lapar yang terlepas dari kandang, Gayah nak membebel pasal lagu raya. Bukan lagu raya artis, tapi lagu raya yang dinyanyikan penyampai radio.

Sudahlah lagu raya tahun ini langsung tak meriah, stesen radio pula macam dah kena suntikan vitamin M (malas).

Ini Gayah nak cakap pasal sebuah stesen radio swasta yang setiap hari Gayah dengar sebab Gayah suka. Nyanyi semula lagu raya orang lain dengan persembahan seperti melepas batuk di tangga.

Langsung tak ada inisiatif dan kreativiti macam tahun sebelumnya. Gayah kecewa OK.

Sepatutnya buatlah kelainan sikit. Buatlah lagu baru. Kalau dah malas sangat, ubahlah liriknya.

Walaupun suara tak sedap, Gayah tak kisah, asalkan ada kelainan ditampilkan. Ini suara ada yang ok dan ada yang hancur, nyanyi pula tak ada kesungguhan. Geram punya pasal Gayah kalau dengar saja lagu ini, Gayah tukar saluran radio lain.

Renung-renungkanlah kata-kata Gayah. Bukan Gayah benci. Sebab Gayah peminat setia stesen radio itulah Gayah tegur.

Satu lagi stesen radio yang Gayah nak tegur adalah satu stesen radio kerajaan. Penyampai radionya juga menyanyi lagu raya, tapi bila dengar memang hancur lebur.

Lontaran suara bukan setakat ke laut, ke hutan Amazon... Kutub Utara, Kutub Selatan... Hish... tak kuasa Gayah nak dengar.

Dalam pada tak sedap, ada pula hati suruh pendengar hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk undi lagu yang dinyanyikan. Tak patut... tak patut.

Apa pihak yang jaga stesen radio itu tak boleh menilai mana yang layak atau tidak layak menjadi halwa telinga pendengar. Pekak atau saja buat pekak?

Cukuplah setakat ini. Lagi banyak Gayah bebel, lagi panas hati Gayah. Bila hati dah panas, sendiri mau ingat!

Sebelum berundur, Gayah nak selitkan sikit teguran, sekali lagi untuk stesen radio berkenaan. Bukan pasal lagu raya, tetapi pasal satu rancangan yang menampilkan dua selebriti.

Dulu Gayah dah tegur, tapi sekarang Gayah tengok makin mengarut rancangan itu. Walaupun dah tukar seorang penyampainya, entah apa yang cuba disampaikan kepada pendengar.

Sudah-sudahlah tu. Cuba berpijak di bumi nyata. Lawak yang cuba diketengahkan mengarut habis. Orang bukan suka, menyampah adalah.

OKlah, Gayah nak ke rumah Sherry Gomak tolong dia buat mi kari. Nak buat rumah terbuka katanya.


p/s : Komen anda...???

;;