Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam.. Datang kembali bulan Ramadhan Al-Mubarak, penghulu segala bulan yg memberi peluang dan kesempatan kepada semua umat Islam meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT, sementelah syaitan2 yg direjam dirantai selama sebulan. Inilah masanya umat Islam bergelut dengan nafsu dan gerak hati sendiri dalam menjalani ibadah puasa selain menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat yg kurang prihatin, dalam bulan yg mulia ini, macam2 cerita yg kita baca di dada2 akhbar.. Kes pembuangan bayi, dadah, bunuh, simbah asid dan sebagainya yg mencerminkan keruntuhan moral di kalangan masyarakat terutamanya golongan melayu yg umum tahu, mereka adalah ISLAM!

Sedih.. sayu.. Itulah yg dapat dirasakan, apabila saban hari ada sahaja kes2 pembuangan bayi, apatah lagi tiap kali membaca kes2 pembuangan bayi tersebut, saya terbayang wajah2 2 hero di rumah tu, yg orang keliling dok panggil depa Upin Ipin sebab memang saling tak tumpah macam watak kartun popular tu.

Memanglah sewaktu mereka bayi, belum pandai apa2, i.e berguling, merangkak, berjalan dan seterusnya berlari, memang renyah nak menguruskan mereka. Tapi itu hanya sementara. Pejam celik pejam celik, adik Arif dah pun berusia setahun 4 bulan. Rasa macam baru semalam cek air kencing positif mengandung kali kedua.. Cepat betul masa berlalu...

Utk ibu bapak yg tak PRIHATIN tu, bila umur anak2 ni dah menjangkau setahun, masa inilah seronok menggeletek mereka, lihat mereka terkekek2 ketawa, keletah mereka sewaktu kita pulang dari tempat kerja, menjerit dan berlari mendapatkan kita bagai bertahun tak jumpa!

Apabila umur mereka dah masuk 2 tahun, ke 3 tahun seperti abang Afiq, letih melayan mereka bercakap pulak.. Tapi gelagat mereka sangat menghiburkan. Bila seharian di tempat kerja, rasa rindu nak segera pulang ke rumah melayan karenah mereka.

Diari rutin Afiq & Arif seharian, selain bermain bersama kawan2 seusia mereka, mereka juga gemar menonton kartun Upin Ipin dan Ultraman di Youtube.. Itulah yg sering mereka minta hari2..

Apapun, anak2 inilah yg menjadi penyeri hidup kita, pembawa rezeki untuk keluarga dan akan membela nasib kita bila kita tua kelak.. Tanpa mereka, apalah harta yg akan kita bawa apabila kita mati... Adakah bayi2 yg terbuang itu akan memberikan doa kesejahteraan di kubur bagi ibu bapak yg membuang mereka dulu???? Fikir2kanlah dan selamat beramal!

Thursday, August 5, 2010

Kabare???

Salam.. Dah masuk bulan Ogos pun hari ni & dah hari yg ke 5.. Cepat kan masa berlalu. Tak lama lagi umat Islam akan didatangi dengan penghulu segala bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dah bayar hutang puasa tahun lepas ke? Harap2 macam tu lah..

Minggu lalu, dalam kesibukan Mini Showcase di Penjara Kajang & Rakaman Hari Raya bersama anggota2 Jabatan Penjara Kajang, sempat juga saya pulang ke kampung. Saya hanya dapat menyertai Mini Showcase di dalam Penjara Kajang sahaja. Pengalaman pertama memasuki kawasan penjara, sudah tentu rasa ngeri, takut, nervous, semuanya ada, apatah lagi saya antara DJ yg akan membuat persembahan dgn 1 nyanyian solo.

Pagi sebelum showcase itu, saya membawa Afiq & Arif ke pejabat untuk membuat sedikit persiapan menjelang mini showcase di Penjara Kajang petang tersebut. Sambil2 membiarkan mereka bermain di meja sebelah (dah tentu meja Julia), saya menyiapkan skrip untuk pengacara utk showcase tersebut.

Rasa mengantuk dan letih masih terasa, apatah lagi malam sebelum itu, kami menyiapkan recording nyanyian utk rakan2 yg akan membuat persembahan pada hari Sabtu itu. Balik dari recording pun dah jam 3 pagi...

Selesai tugas di pejabat, saya membawa Afiq & Arif pulang ke rumah, untuk dijaga oleh Mr. Hubby, maklumlah, Mama Nek, Mak Su & Cik Su dah pun pulang ke kampung menaiki bas malam kelmarin, sebelum kami ke recording nyanyian... Tak sempat menjamah sebarang hidangan sarapan mahupun tengah hari, saya terus menyiapkan diri & memandu dari rumah ke Penjara Kajang.

Dalam fikiran, once memasuki pintu masuk Penjara Kajang tu, terus jumpa sel2 banduan, tapi tidak... Luas juga kawasan penjara tu, menempatkan pegawai2 penjara & keluarga mereka, siap dgn sekolah dan sebagainya utk kemudahan warga penjara.

Kami, rombongan dari KLfm termasuk artis2 yg kami jemput, iaitu Uncle J Sham, Ezlynn, Ernie Bintang RTM 2009, Soo Winci (Miss Malaysia 2009) dan Jay Jay dikumpulkan dalam 1 bilik sebelum semuanya dibenarkan masuk ke dalam penjara. Telefon bimbit, kamera, dompet, semuanya tidak dibenarkan dibawa bersama, hanya yg berkasut sahaja dibenarkan masuk dan pemeriksaan keselamatan di badan juga diperiksa, takut ada apa2 yg dibawa masuk. Perhiasan badan yg berbentuk metal juga tak dibenarkan dibawa masuk.

Setibanya rombongan kami di dalam penjara, kami disambut oleh kumpulan kompang para banduan. Mata sempat melirik ke tingkat atas salah satu blok yg terdapat di situ. Terlihat ada mata yg mengintai menerusi tingkap sel, memerhatikan kami yg berjalan menuju ke padang di dalam penjara tersebut. Mungkin ada antara banduan yg tidak dibenarkan menyaksikan persembahan kami.

Berbual dengan salah seorang pegawai penjara di situ, ada 2 blok yg penghuninya tidak dibenarkan keluar, iaitu banduan2 yg menghidap HIV dan yg sedang menunggu hukuman gantung. Selebihnya, yg mempunyai kesalahan merogol, mencuri dan lain2 jenayah sudahpun berhimpun di tengah2 padang menanti kehadiran kami.

Melintasi pagar berduri yg memisahkan antara lorong pejalan kaki & padang, banduan2 bersorak gembira apabila rombongan kami tiba. Dada saya berombak laju, apatah lagi saya akan membuat persembahan di hadapan ribuan banduan yg kebanyakkannya mempunyai kesalahan merogol... huhuhu..

Sepanjang Mini Showcase KLfm di dalam penjara, banduan2 yg menonton semuanya bersorak riang, apatah lagi bagi banduan yg beruniform biru yg bertahun2 duduk di dalam sel, tidak dapat menonton sebarang acara hiburan. Bagi kami yg ditempatkan di khemah yg jauh daripada banduan2 tersebut, rasa takut tu tak berapa terasa sangat tapi bagi abang2 Unit Siaran Luar yg mengendalikan audio & DJ Paparay yg menjaga teknikal dan selaku penerbit merasa seram sejuk kerana mereka hanya dikawal oleh 5 orang pegawai penjara dan selebihnya, mereka berkongsi khemah dengan banduan2 yg bermacam2 rupa.. (macam jumpa hantu pulak!)

Usai acara, hampir keseluruhan abang teknikal demam, termasuklah beberapa orang DJ KLfm yg turut kurang sihat. Orang kata, kalau tak "kuat" masuk penjara tu, boleh demam dibuatnya... Banyak pengalaman yg ditimba sepanjang berada di dalam penjara tersebut, membuatkan kita insaf buat seketika, apatah lagi menerima tepukan & sorakan paling meriah sepanjang mengadakan persembahan2 luar dan juga menerima ucapan "Terima kasih KLfm!!!" oleh warga banduan yg menonton persembahan kami. Rasa sayu tiba2 apabila nak meninggalkan mereka, bukan kerana mereka memberikan penghargaan sebegitu, kerana kesilapan yg mereka lakukan, hingga menjebakkan mereka ke dalam sel yg gelap, sempit dan berlorong panjang.. (saya sempat menjeling ke arah blok aras bawah yg terbuka pintunya...

Semoga Allah membuka luas pintu hati mereka untuk terus bertaubat dari melakukan maksiat & jenayah dan semoga apa yg telah mereka lalui menjadi pengajaran dan ikhtibar buat diri mereka & orang lain.. Amin...


Thursday, July 22, 2010

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi

  • Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
(sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

Saturday, July 17, 2010

What's Next?

Last entry, pasal Floria Putrjaya Hari Pertama, ingat nak sambung hari kedua, tapi gambar2 dah transfer dlm PC kat bilik utama rumah saya.. (PC rumah la tu).. Entry ni pulak ditaip dari netbook kesayangan saya di bilik anak2 bujang saya sebelum saya melabuhkan tirai hari ini dengan tido yg tak berapa nak lena.. (biasalah, ada anak kecik ni tido memang tak pernah lena, kalau ada habit "tido mati" alamat ler baby2 saya tu kehausan sampai ke pagi)...
Hari kedua Floria Putrajaya tak banyak bezanya dengan hari pertama. Dari jam 10 pagi hinggalah 6 petang kami berkubang di sana. Kenapa berkubang??? Maklum ler, namapun "Floria", kiri & belakang booth kami jual bunga. Bila tokeh bunga siram pokok2 bunga mereka, air yg mengalir tu terus ke booth kami yg tak berplatform.. Dah lecak keadaan booth kami tu. Masing2 sengseng seluar.. hehehe..
Sambung hari Isnin, saya bertugas di konti seperti biasa dan hari itu diakhiri dgn mesyuarat dan program Teh Tarik 1 di Geng Corner, Seksyen 13 Shah Alam. Oleh sebab ada maskot Upin Ipin turut serta, masing2 bawak "beg tangan" lebih, saya dengan Afiq, Julia dgn Zara & Leez dgn Hakim... Gambar2 sudah diupload dlm laman fesbuk, nak masukkan dlm blog ni pun gambar2 tu dlm PC di bilik sebelah. Saya ni, kalau dah transfer gambar2 ke PC atau netbook, saya suka delete gambar2 di dalam kamera tu. Senang nak tengok balik kalau ada gambar2 baru...
Balik dari program Teh Tarik 1, nak dekat jam 2 pagi. Esoknya pula, saya & Julia melapor diri untuk Kursus Kejuruacaraan di IPPTAR jam 8.30 pagi. Tahan je la mata mendengar ceramah daripada Hj Chuari...
Keesokan harinya (Rabu), kelas disambung seperti biasa, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kebiasaannya, hari Rabu saya menerbitkan program Nyanyi Je Lah dan memandangkan malam itu saya menjemput Aris Ariwatan sebagai juri, maka tugasan saya berakhir kira2 jam 12 tengah malam...
Esok paginya (Khamis), kursus disambung utk hari yg terakhir. Nasib baik lah mata boleh tahan mengantuk kerana mendapat rakan2 kursus yg kecoh2 belaka.. yg kelakar pun ada... Kursus itu diakhiri dgn kelas bahasa oleh Pengarah IPPTAR, Dato' Adilah Shek Omar yg juga menyampaikan sijil2 kepada para peserta kursus. Usai majlis, jam 6.30 petang, buat kali terakhir meluangkan masa bersama rakan2 kursus lewat minum petang, sepatutnya saya perlu berjumpa Hezry di pejabat utk sedikit perbincangan tapi keletihan mengatasi segalanya, saya tangguhkan perbincangan itu dan bergegas pulang. Itupun, pulang ke rumah sebentar, mengambil abang & Afiq untuk bersama2 ke kedai Manjaku di BB Bangi utk membeli keperluan anak2 (di situ lebih murah, dekat & lengkap berbanding tempat2 lain)...
Malam tu pulak, tido saya diganggu oleh rengekan Arif yg kurang sihat, lantas keesokan harinya sebelum ke pejabat, saya membawa Arif ke KK Putrajaya, mendapatkan ubat demam untuknya. Tiba di pejabat jam 11 pagi, membawa ke jam 8 malam, saya berada di pejabat, dgn mesyuarat, menyediakan playlist utk carta baru2 mlm itu, dan sempat juga menghubungi beberapa pendengar yg ingin turut serta dlm program Nyanyi Je Lah...
Begitulah sepanjang minggu ini, esok lusa (Sabtu & Ahad) kami masih berada di Floria Putrajaya. Kpd yg blm berkesempatan, Ahad ini merupakan hari terakhir, jadi... Jumpa kami & bunga2 di saaaaanaaaa!!!!

Sunday, July 11, 2010

Floria Putrajaya 2010 - Day 1



Floria Putrajaya bermula 10 Julai hingga 18 Julai di Persisiran Tasik Presint 2 Putrajaya, anjuran kali ka3 tahun ini oleh Perbadanan Putrajaya telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri jam 9.30 pagi. Selaku radio rasmi festival, kami berada di sana selama 2 hari & mungkin minggu hadapan juga kami akan berada di sana.

Banyak gerai pameran & jualan yg wujud di sana.. Hari pertama, cuma dapat ushar mana2 barang yg dirasakan nak dijadikan milik sendiri.. Hehehe... Inilah antara beberapa gambar yg dapat dimuatkan dalam blog ini. Selebihnya, dapat anda lihat sendiri di laman fesbuk saya, Mimi Hamimah KLfm.. :-)

Friday, July 9, 2010

Abang Afiq Masuk Sekolah

Pagi tadi, sebelum ke ofis, saya membawa Afiq ke SMK Presint 18 (1) untuk mengambil report card Nana (adik ipar), sementelah mak mertua tak dapat berbuat demikian kerana mengasuh anak2 jiran & abang (hubby) pulak tak berapa sihat 2-3 hari ni.. Maklumlah, demam bola, dia pun demam jugak! :-)


Lihatlah aksi abang Afiq bila dapat masuk sekolah..."Bu, abang nak sekolah!"...:-)

Last Minute...

Semalam, sebelum berangkat ke ofis, saya membawa Afiq ke KK Putrajaya untuk pemeriksaan bulanan. Kalau ikutkan umurnya yg dah nak masuk 3 tahun, tak perlu lagi kerap ke klinik, tapi berat badan Afiq yg dibawah paras normal membuatkan dia perlu dipantau dari segi berat badannya.

Kalau ikutkan, makan ke, susu ke, Afiq ok je.. Tak de masalah selera makan.. Kat rumah pun, macam vitamin saya beri pada dia & Arif, dah macam makan gula2 je, cuma disiplinkan dia makan vitamin sebiji sehari. Mungkin memang ikut baka ibunya kot. Memang pun, saya disahkan mempunyai Beta Thalasemia Trait, begitu juga Afiq. Alhamdulillah Arif normal, macam bapanya.. :-)

Selesai menghantar Afiq & Arif ke rumah, saya & abang terus ke Bangsar. Selepas makan tengah hari, saya masuk ofis demi melangsaikan tugasan mana yg perlu. Dapat pula arahan untuk ke PWTC malam tersebut, ada Forum RMK10 bersama Tun Dr. Mahathir. Setelah berbincang lebih kurang dgn abang (sebab kena tukar plan asal, maklumlah kenderaan cuma 1), saya temankan abang minum petang menantikan waktu Maghrib dan selepas waktu Maghrib, abang hantar saya ke IBC kerana kenderaan jabatan sudahpun menunggu di situ. Bersama Kak Zah (Azizah Sulaiman), Aen & Haji Sallehuddin (KBR KLfm) dan 2 orang lagi wakil dari Suara Malaysia, kami tiba di PWTC jam 8.15malam.



Usai siaran langsung jam 10 malam, sambutan Hari Lahir Tun yg ke 85 diraikan dengan memotong pulut kuning. Selamat Hari Lahir, Tun Dr. Mahathir... Semoga panjang umur, sihat berpanjangan.. Amin..

Sunday, July 4, 2010

All In 1 Day... Takdir!

Orang kata, malang tak berbau. Segala apa yg terjadi, anggap sajalah sebagai takdir. Semalam, selepas Subuh, saya bersedia utk keluar bertugas, menjadi pengacara untuk Bengkel Wanita di Hotel Istana. Sanagt menakutkan apabila KANCIL yg dah berkhidmat hampir 10 tahun kepada saya merajuk, tak mahu hidup. Mujur abang masih belum tidur, bahana Brazil kalah bola kepada Belanda, saya minta abang tolak kancil tu.


Memandu dalam keadaan tangki minyak hampir kosong, saya nekad memandu dari Putrajaya ke Hotel Istana, (1) kerana sudah lewat, (2) takut kereta tak boleh start lagi kalau berhenti mengisi minyak.


Sepanjang hari di Hotel Istana, demi menumpukan pada tugas yg diberikan, saya hampir lupa yg saya bakal minta pertolongan orang hotel untuk menolak kereta saya sekali lagi kerana selesai tugas di sana, sewaktu ingin mengambil abang di KL Sentral untuk function yg seterusnya, kancil saya merajuk sekali lagi dengan perangainya yg sama seperti awal pagi itu.


Dapat mengambil abang di KL Sentral, kami terus ke bengkel di Pantai Dalam untuk menukar bateri kereta yg menjadi penyebab kereta saya tak boleh dihidupkan. Selesai mengisi minyak di kawasan yg sama, kami ke Petaling Jaya pula untuk function yg seterusnya. Function berakhir jam 11.30 malam, kami berkonvoi ke kedai makan yg terletak di Cheras, melalui Tol Connaught. Melalui lorong Smart Tag, abang memberikan isyarat ke kiri jalan untuk menunggu rakan2 yg lain di belakang.


Rancak berborak sesama sendiri, tiba2 kami dikejutkan dengan dentuman di belakang kereta. Masya Allah, kancil yg baru kuganti "hayat"nya bakal ke "klinik" sekali lagi, dihentam sebuah motorsikal yg laju tak hengat. Mana taknya, impaknya sangat kuat, memandangkan keadaan kami yg berada di dalam kenderaan, hampir terangkat juga punggung kesan daripada pelanggaran itu.


Sudahnya, kami dituduh tidak menunjukkan lampu signal kiri, menunjukkan sedang berhenti, sedangkan pemuda yg mendakwa dia "keluar dengan niat yg baik, nak ke function jam 3 pagi untuk berzikir"memang langsung tak memandang ke hadapan, sebaliknya memandangkan belakang sebelah kanannya utk meneruskan perjalanan setelah keluar dari kawasan tol.


Bila dia lihat kami 4-5 kereta yang berkonvoi berhenti di tepi jalan, dia mula ketakutan, tiada sokongan daripada sesiapa, habis 1 kampung dia hubungi untuk ke tempat kejadian. Bila ditanya keadaannya, sama ada perlu atau tidak kami hantar ke klinik, dengan angkuhnya dia berkata,"Tak nampak ke saya pegang dada ni? Dah tentu la sakit!". Sombong benar bunyinya pemuda yg kononnya alim nak pergi berzikir tu!


Datang sahabat KLfm, Nan05, yg juga seorang polis, menasihati kami untuk terus beredar dari tempat kejadian. Tak guna tunggu lama2, nak cerita banyak, kat balai je. Abang menghantar saya ke rumah abang Rosli Selaseh yg terletak berhampiran, dia dan abang Nan pun ke Balai Polis Jalan Bandar untuk membuat laporan.


Sedang kami berbual di halaman rumah abang Rosli, kami dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pegawai bomba di belakang Hospital Pantai Cheras yg juga membelakangi rumah abang Rosli. Rupanya, seekor ular sawa telah ditemui di situ. Mujur ada yg membuat laporan, memandangkan rumah abang Rosli memang berhampiran, malah abang Rosli sendiri punya ramai anak kecil... Bayangkan tubuh kecil itu dicengkam ular sawa??? Ngeri tak???


Pulang ke rumah jam 3.30 pagi, mata saya segar hingga ke tengah hari ini, masih segar di fikiran semua yg berlaku sepanjang 24 jam yang lalu. All in one day... Takdir.. Bersyukur saya masih diberi kesempatan untuk menumpang di bumi tuhan ini, untuk bertaubat atas segala dosa2 saya terdahulu & menggantikan dosa2 itu dgn amal & jariah.. Ada hikmah di sebalik semuanya.. AlHamdulillah... :-)

Thursday, July 1, 2010

Wajah Terbaharu Arif Haiqal






Inilah wajah terbaharu adik Arif, bila chicken pox di badannya semakin kering, Mama Nek lumurkan Arif dengan beras yg direndam, kemudian ditumbuk lumat & ditumbuk bersama mata kunyit. Comel pulak bila tengok adik Arif dengan badannya yg berwarna kuning tu ke hulu - ke hilir keliling rumah..hehehe...

Mengata Dulang Paku Serpih...

Salam.. Wah, boleh dikatakan dah bersawang jugak blog ni. Maklum ler, sejak dah ada fesbuk ni, segala aktiviti terbaharu di"update" dalam fesbuk aje. Cuma citer lebih kurang je. Tiba2 bila semua keje dah settle hari ni, teringat pulak nak bukak blog yg dah bersawang ni... Nak bagi bersih sikit sawang2 tu. Bak kata adik Arif bila nampak sawang kat celah2 pintu bilik, dia kata,"Cicak!"... hehehe.. Sampai terlupa username & passwordnya.. hahaha.. Jangan mare puan penunggu gua (Ms. Creator Blog)..

Maklum saje lah, mulai bulan Mei yg lalu, selain tugas di konti selama 8 jam seminggu (hari Isnin & Selasa, jam 10 pagi-2 petang), saya juga bertanggungjawab menyediakan playlist untuk setiap pagi Khamis, jam 3 pagi - 6 pagi. Selain tugas2 tersebut, saya juga merupakan Penerbit Sepenuhnya Program Nyanyi Je Lah, setiap Rabu jam 9.30 malam - 10.30 malam dan Carta Baru Baru, setiap Jumaat, 9 malam - 11 malam. Takde penolong penerbit tau macam penerbit2 yg lain.. Semua saya buat sendiri, dari segi pemilihan peserta, susun lagu, pilih lagu baru, panggil artis... Semua lah.. Senang keje sendiri ni.. Ikut kepala kita sendiri.. :-)

Cerita terbaharu tentang aktiviti KLfm, Ahad lalu, 27 Jun 2010, telah diadakan Ujibakat Bintang Kecil KLfm 2010 di Pasar Seni, KL. Banyak juga gambar2 yg dimuatturun ke laman fesbuk oleh saya sendiri, Sonic & abang BP.

Terbaharu tentang family pulak, adik Arif baru sahaja baik dari chicken pox yg dijangkiti daripada abang Afiq. Afiq pulak, dapat daripada Mak Su & Cik Su nya.. Ehm, pendek kata, semua budak yg mak jaga, hampir separuh daripada mereka terkena virus chicken pox tu... Nasib la nak kena. Terpaksalah ibu dan seisi rumah tahan rengekan dan macam2 lagi..

Untuk aktiviti yang seterusnya, Sabtu ini, Ujibakat Bintang P Ramlee pula diadakan di Pasar Seni juga, waktu yg sama, iaitu jam 2 petang hingga 5 petang & tarikhnya, 3 Julai 2010... Program Teh Tarik 1, Isnin, 5 Julai 2010, kami & Skuad Promo Sinar Harian akan berada di Ikan Bakar Sekinchan, Setiawangsa, jam 9.30 malam - 10.30 malam.

Jangan lupa juga mendengar nyayian 6 orang lagi peserta dalam Nyanyi Je Lah, setiap Rabu, 9.30 malam - 10.30 malam dan Carta Baru-Baru minggu ini 2 Julai, hari Jumaat, jam 9 malam - 10 malam bersama Band Stellar & minggu berikutnya, 9 Julai 2010 bersama kumpulan UK's...

Insya Allah, selepas entry ini, saya akan cuba update aktiviti2 terkini saya bersama KLfm mahupun family, di fesbuk, juga di blog rasmi ini juga. Ingatan kepada anda yg ingin menambah saya sebagai rakan, akaun fesbuk yg saya wujudkan hanyalah untuk rakan2 yg benar2 saya kenali. Kalau ingin juga menambah sebagai rakan, add saya menggunakan emel klfm@ymail.com. Jumpa lagi pada entry yg seterusnya..Walla!!!

Tuesday, April 6, 2010

Indahnya Pulau Legenda...

Salam.. Bulan Mac dah pun berlalu, tiba pula bulan April yang dimulakan dengan Kursus Penyampaian Radio Kreatif Siri 2 di Pulau Langkawi. Kursus yg saya mohon untuk saya ikuti seawal bulan Februari lalu, akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke sana. Kursus ini juga disertai oleh DJ Aen Raen & pada saat2 akhir disertai oleh DJ Sonic, juga melibatkan DJ2 dari hampir seluruh stesen2 RTM Negeri (hanya yg terpilih sahaja).
Kursus ini bermula pada 29 Mac 2010, dengan kelas yg dikendalikan oleh Pengarah RTM Langkawi, Encik Zainal Abidin Asri dan pada malam itu, kami peserta kursus dibawa oleh Sharul Bahat (DJ Selangor fm a.k.a ex-DJ Langkawi fm) ke Pantai Chenang & kemudian ke Eagle Rock Cafe di Awana Porto Malai...
Hari kedua kelas kami dikendalikan oleh Pengarah RTM Negeri Sembilan, Puan Norbaiyah dan kelas kami ditamatkan awal sedikit kerana memenuhi jemputan RTM Langkawi yg ingin membawa kami pusing2 menaiki bot di pulau2 sekitar Pulau Langkawi. Malamnya pulak, kami dijemput untuk bermain boling bersama2 rakan2 dari Langkawi fm di Jetty Point Pekan Kuah... Walaupun main suka2, dengan sukahatinya kumpulan saya diisytiharan Juara Longkang Berkumpulan..huhuhu.. Tak pernahnya dapat title tu... Oklah jugak, daripada kengkawan lain yg main bermati2an tapi apa pun tak dapat..huhuhu..
Hari ketiga kelas kami sekali lagi bersama Puan Norbaiyah, dan petang & malam itu, kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti masing2. Ada yg ambil kesempatan shopping di Pandak Mayah, saya & Aen pulak mengambil keputusan utk survey hotel2 di sepanjang Pantai Chenang, maklumlah, malam esoknya Encik Suami & anak2nya akan menyusul dari KL, kenalah check in ke bilik yg lebih besar...
Hari keempat & terakhir, kelas kami dikendalikan oleh Pengarah IPPTAR, Dato Adillah Sheikh Omar, biasalah, dengan kelas "Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul"... Saya paling banyak menerima hadiah daripada Dato dan juga mendapat markah tertinggi...:-).. Bangga siut!..hehehe.. Kursus kami diakhiri dengan penyampaian sijil2 oleh Dato. Petang itu juga, saya & Aen sewa 1 Innova yg malangnya sampai hari ni deposit saya tidak dipulang balik...huhuhu.. Nama abang tu, WIRA.. Hari kami pulang Innova, sampai hari ni langsung tak dapat dihubungi... Saya dendam betul dgn abang tu.. Marah ni!!!
Malam hari Khamis tu, abang, Afiq dan Arif tiba ke Airport Langkawi dan saya bawa mereka tidur di Hotel Langkasuka, tempat kami berkursus... Esok paginya, kami check out dari hotel tersebut & berpindah ke Best Star Hotel yg terletak betul2 di hadapan Pantai Chenang. Hari Jumaat tu, kami tak ke mana2 kerana masing2 masih letih dgn kursus & demam Mac yg baru berlalu, jadi kami hanya mandi laut & dinner di kedai yg berhadapan dengan Underwater World..
Pada hari Sabtu pula, kami ke Pandak Mayah untuk shopping coklat & saya sempat membeli ikan bilis & ikan masin yg dipesan oleh mak. Sempat mengambil DJ Selina yg baru selesai konti di Langkawi fm, kami ke Kota Mahsuri. Tujuan asal saya utk membawa pulang sebotol air dari telaga Mahsuri tapi sampai sudah saya tak dapat bekas botol kosong, cuma dapat membasuh muka & kepala Afiq & Arif sahaja... Puas bergambar di situ, kami ke Dataran Lang pula, kononnya nak bergambar tapi belum puas bergambar, hujan lebat pula turun... Ehm, takpe lah.. Selepas dinner di Mc'D (yg Aen nak sangat makan..ehm.. kat KL pun boleh dapat!), kami pulang ke hotel, sementelah anak2 dah letih & nak tido...
Hari terakhir di Pulau Langkawi, saya bangun seawal pagi untuk mandi laut, mengambil kesempatan anak2 masih tidur, saya rasa, sayalah orang pertama yg mandi laut pada hari tu..hehehe... Puas mandi laut, semua orang saya kejutkan dari lena apatah lagi flight kami pulang ke KL pada jam 11.45 pagi... Sampai di KL jam 12.45 tengah hari, keadaan kembali seperti sediakala... Huwaaaa... Tak nak balikkk... Nak duduk Langkawi!!!
p/s - Gambar2 sudah diupload di laman fesbuk... Nak upload kat blog cam banyak la pulak..hehehe

Wednesday, March 24, 2010

Demam Mac di KLfm

Salam.. Lama betul saya tak menjenguk blog yg dah hampir bersawang ni.. Hampir je tau, sebab blog DJ lain ada yg bukan takat bersawang, berkubang, berkulat dan macam2 "ber" lagi.. hehehe..
Sepanjang bulan Mac ini, bermula minggu terakhir bulan Februari, dgn pengurusan baru KLfm, Pengurus, Puan Normah Abd. Aziz, KBR Siaran, Puan Shahizan Jelas, bersama KBR, Hj. Sallehudin dan team2 KLfm yg lain bertungkus lumus berkerja keras untuk menambah rating Radio Malaysia KLfm. Sehubungan itu, tiap2 minggu kami turun ke lokasi Radio Hunt sempena Mini Showcase KLfm, bermula dgn Selayang Mall, Jalan Masjid India, Kompleks PKNS Shah Alam, kembali ke Jalan Masjid India dan yg terakhirnya, hari Sabtu nanti, 27 Mac di Mydin USJ bersama artis2 ternama yg kami bawa saban minggu.
Bukan takat di lokasi, di konti KLfm sendiri sepanjang minggu menjadi medan persinggahan selebriti, personaliti dan artis2, untuk segmen Fragmen Hidup, 11.20 pagi - 12 tengah hari (Isn - Jumaat), untuk Suka2 OK, 9.15 mlm - 11.00 mlm (Isn - Khamis) dan Action..Cut!, 9.15 mlm - 11.00 mlm (Jumaat). Memang semua Penerbit dan DJ demam sebab bukan hanya kena bertugas di konti, kami sendiri yg turun padang mencari sendiri penaja untuk hadiah2 besar kepada pemenang2 kuiz besar, Radio Hunt, Anda Tahu Anda Menang, Suka2 OK & Action..Cut!
Saya belum punya waktu untuk update blog ni siap dgn gambar2 aktiviti sepanjang bulan Mac ni, cuma dapat upload di laman Facebook sahaja, cari sahaja Mimi Hamimah KLfm, semuanya ada di sana, cuma saya mohon maaf kepada antara sahabat yg saya tak dapat nak add di laman Facebook yg saya anggap PRIVATE, melainkan anda add laman rasmi Facebook KLfm menerusi emel klfm@ymail.com...
Tak sabar rasanya nak menghabiskan bulan Mac ni, apatah lagi hujung minggu nanti saya & Aen Raen akan berkursus di Langkawi fm untuk Kursus Penyampaian Radio Kreatif bersama rakan RTM lain.. Alang2 berada di Pulau Lagenda tu, saya & Aen invite Sonic, suami serta Afiq & Arif menyusul kemudian selepas tarikh kami berkursus, sehinggalah Ahad berikutnya, semata2 nak release penat bekerja..:-)
Apapun, teruskan sokongan anda kepada kami, walaupun kami tak tawarkan hadiah besar lagi selepas berakhirnya Demam Mac ni... Terima kasih kepada semua sahabat, tanpa anda, di manalah KLfm berada untuk rating tahun ni? Huhuhuuuu...

Tuesday, February 16, 2010

Sebelum breakfast, kita amik gambar dulu...

Orang makan kuih, abang buat kuih.. Pas tu sengeh2.. Eiiii...



Ehm.. Sedapnya...



Nice pics taken by Aen...

Abang tertidur keletihan.. Sian dia..

"Bu! Banyaknye ikan!"

Amik gambar bang.. Senyummmm...

Yea haaa...

Sementara tunggu Cik Aen cucuk tembok, kita naik car ramai2...


Abang di dalam kereta trolinya..

Taken by Aen di Dataran Pahlawan..

Abang di Sungai Melaka...

"Bu! A--ir!!!"



Taken by Aen..


Abang beca, Abang beca di tengah jalan, Jalan2 untuk mencari belacan...

Penat sambutan Hari Wilayah belum betul2 pulih, dapat pula tugas ke Program Gegau 1 Malaysia di Pantai Klebang, Melaka Bandaraya Bersejarah. Sebenarnya, saya mengikut Aen Raen & ditugaskan ke situ, sebagai peneman dia memandu. Saya bawa sekali Abang Afiq, sebab lebih mudah membawanya sambil berkerja berbanding adik Arif...

Kami bertolak ke Melaka pada 4hb Februari, selepas saya selesai membawa adik Arif ke HKL untuk follow up birth mark nya.. Saya terus pulang ke Putrajaya, menghantar Arif pulang dan mengambil Afiq pula untuk ke Melaka. Kami terus menghala ke Pantai Klebang, tempat program tersebut diadakan. Mak aiiii, keadaan trafik sangat2 sesak, sudahlah rakyat Melaka termasuk orang2 Muar sama2 turun ke sana, laluannya pula hanya 1 lorong, memang trafik sangat2 perlahan... Sambil2 terperangkap dalam kesesakan jalan raya, kami mendengar stesen radio adik beradik kami iaitu Melaka FM untuk mendapatkan sebarang laporan terkini di tapak pesta.

Menurut rakan dari Melaka, Pantai Klebang seluas 12 buah padang bola itu sedang dibangunkan untuk menjadi kawasan pelancongan, domestik & komersil seperti Teluk Danga yg terdapat di Johor Bahru. Dengan kehadiran lebih 68ribu pengunjung yg datang pada malam tersebut, kami adalah di antara pengunjung yg memecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk makan malam secara duduk paling ramai.... Program dirasmikan oleh PM, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, turut dihadiri oleh menteri dan kenamaan dari Melaka.. Memang sangat meriah... Tak terasa pun keletihan duduk di dalam kenderaan lebih 5 jam..

Pulang ke bandar Melaka, kami check in di Hotel Equatorial, perut dan tekak terasa lapar dan dahaga, saya & Aen keluar mencari supper awal pagi tersebut. Cuma kesian pada Afiq yg memang sudah sangat keletihan, sampai mengamuk2 di kedai kopitiam yg kami duduk awal pagi tu.. "OKlah bang, kita balik bilik la ye..", pujuk Cik Aen yg tak tahan dengan rengekan Afiq.. Ehm, tu baru anak orang, belum anak sendiri lagi..hehehe..

Keesokan paginya, selepas kami bersarapan di hotel, saya & Aen menemani Afiq ke swimming pool yg sangat cantik di hotel tu. Puas mandi manda, Afiq tertidur keletihan.. Aen??? Apa lagi, join Afiq berlayar lah..hahaha.. Saya??? Layan TV1 yg tak berapa nak clear kat hotel tu.. Ntah nape tak dapat tidur.. Pasal citer kat TV1 tu best lar.. kalau tak best, dah lama saya "join the club"!

Bila dah menginjak waktu tengahari, barulah terasa lapar, kami check out & menghabiskan wang saku yg tak berapa nak banyak di Dataran Pahlawan.. Dah lama tak ke Melaka, apatah lagi orang pompuan ni memang pantang nampak tempat shopping. Yelah, balik2 Mid Valley, sampai segala barang dlm tu pun naik muak kami tengok, takde yg berkenan langsung. Dapat shopping kat Dataran Pahlawan, variety kasut2 & baju sgtlah memukau mata memandang..hehehe.. ayat2 orang nak menghabiskan duit! Mati aku kalau laki dapat tau ni.. hehehe..

5 jam di Dataran Pahlawan, sampai Afiq dah mengamuk, ibu aku ni tak reti2 ke nak kuar dari tempat tu.. Dia pun naik rimas naik kereta troli tu... Kami ke Stadhuys pulak... Konon2 nak minum cendol, tapi amik2 gambar dulu la. Pas tu, nak carik belacan, kalau jalan kaki memang letih la, so ada sorang pakcik ni meng"offer" diri untuk naikkan kami beca dengan berbayar... Dapat beli belacan, Afiq mintak bola sebijik, dapat juga saya belikan Afiq & Arif baju sepasang...

Kembali ke bangunan Stadhuys, yg kononnya mula2 nak pekena cendol, sudahnya, kedai cendol pun dah nak tutup.. Punyalah hampa, datang jauh2 dari KL tak dapat pekena cendol Melaka pulak..hehehe... Berakhirlah journey kami ke Melaka bila Aen menghantar saya dan Afiq pulang ke Putrajaya jam 9 malam yg keadaannya gelap gelita akibat disambar petir siang tadi... Nasib baik lif berfungsi, kalau tak jenuh juga nak membawa barang2 naik ke tingkat 8... Alhamdulillah, selesai dah satu lagi kerja..

31 Januari & 1 Februari 2010

Salam.. Lama dah tak jenguk blog ni, maklumlah, sejak ada fesbuk ni, bila dah upload gambar, citer lebih kurang, cukuplah tu. Tapi rasa bersalah pulak bila tak update blog rasmi DJ2 KLfm ni.. So, tanpa gambar, saya rasa untuk entry ni kira ok kot? Hehehe..

Pada malam sebelum 31 Januari yg lalu, saya terima SMS daripada Hezry, ajak saya ke Majlis Pelancaran Pasar Tani Siswazah di Taman Billion Mewah, Gombak. Actually, program tu last minit pihak FAMA jemput Hezry, sebab mengikut perancangan awal, kami sangat sibuk di Dataran Merdeka kerana Festival Hari Wilayah ke 36. Tambahan pula, pihak FAMA sendiri telah assign seorang DJ dan seorang Emcee untuk program dan majlis tersebut.

Mungkin pihak FAMA sendiri tahu, DJ2 KLfm yg berwibawa (ehem..ehem..) untuk mengendalikan program sama ada berbentuk formal mahupun tidak, mereka meminta jasa baik Hezry untuk datang memeriahkan suasana dan Hezry pula mengajak saya untuk berduet dengannya pada hari tersebut... Lalu, pepagi bute lagi, sebelum matahari naik. saya & hubby keluar dari rumah di Putrajaya & berjanji dgn Hezry di RTM untuk pergi bersama2...

Jam 7 pagi kami dah tercongok kat tapak pasar tani, memang meriah, apatah lagi "orang besar" dan ternama nak datang merasmikan, iaitu Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Mohd Noh bin Hj Omar. Tak lupa juga, Zehra Zambri juga sudi menghiburkan para pengunjung walaupun cuaca panas terik...

Selesai program jam 1 tengahari, kami bergegas ke Dataran Merdeka pula untuk Sambutan Hari Wilayah ke 36. Dalam perjalanan, sedang Leez bertugas di konti sementara KLfm di Dataran, dia tersilap umum bahawa saya akan meneruskan tugas di konti KLfm pada jam 2 petang, walhal jika ikut jadual, saya mula ditugaskan di konti sementara jam 3 petang.. Apa lagi, Hezry pun memecut Naza Ria nya laju ke Dataran Merdeka. Alhamdulillah, kami sempat tiba sebelum jam 2. Dalam hati saya, bagus juga saya berkurung 3 jam di situ.. Sejuk sikit, dengan alat penghawa dingin, berbanding kawan2 yg terpaksa bertugas di kaunter sahabat & DJ Corner..hehehe.. Sori kengkawans!

Itu baru cerita hari pertama, belum lagi cerita hari ke2. Apapun, keadaan & situasinya sama sahaja, cuma bertugas di kaunter sahabat & DJ Corner, juga mengendalikan kuiz2 & games untuk para pengunjung dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Dan selepas itu, saya & Sonic dipertanggungjawabkan untuk mengacara Mini Konsert Hari Wilayah bersama KLfm & Dunia Herbs..

Pada perancangan awal, kami diberikan 1 pentas kecil di hujung Dataran Merdeka, tetapi saya pelik juga bila rakan2 Pool & teknikal membuat sound check di pentas utama Dataran Merdeka yg besau bagak... Rupa2nya, di situ lah show kami diadakan dan memang ini 1 penghormatan utk saya sendiri, dapat mengacara & menyanyi berduet dgn Sonic di pentas itu dengan lagu popular gandingan Alyah & Riz, "Ku Pinjam Satu Bintang"... Walaupun, suara agak kurang baik, tapi Alhamdulillah, dapat juga saya menggalas cabaran itu..Eceh!!!

Walaupun esoknya saya terpaksa bertugas di konti dengan suara seksi yg sangat "base", saya sangat2 berpuas hati dgn apa yg dapat saya lakukan utk KLfm & juga warga kota... Selama sebulan warga kota menyambut Hari Wilayah (macam raye pulak!), saya mengucapkan, Selamat Hari Wilayah 2010... 1 Wilayah, Maju dan Sejahtera..:-)

Friday, January 15, 2010

My Lovely Family


Wednesday, January 13, 2010

3 Putera di Hatiku..



Kepada anda yang membaca nota ini melalui Facebook, jika ingin saksikan sendiri 3 orang putera dalam hati saya, layari blog DJ di http://mimieklfm.blogspot.com.. :-)

Tuesday, January 12, 2010








Pada 11 Januari 2010, genaplah umur Dato' CT Nurhaliza yg ke 31. Sambutan birthday Dato' CT diadakan sekali dengan pelancaran album kerjasama dengan Kris Dayanti yang diberi judul CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka). Memang best event malam tadi termasuklah persembahan muzikal Strawberry Chocolate oleh rakan2 wartawan..Walla!!!

Thursday, January 7, 2010

Selamat Tahun Baharu 2010




Walaupun dah pun 7 Januari 2010, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baharu 2010... Apa perancangan tahun ni ye? Azam saya, kalau boleh nak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang lagi tahun ni.. Sebab walaupun tahun 2008 saya dah dapat, tapi takde langsung majlis gilang-gemilang untuk meraikan ke"cemerlang"an kami yang menerimanya tahun lepas... Bajet takde la tu kot? Ehm.. takpelah.. Yang penting, gaji naik..Hehehe...

Macam mana pulak dengan anda? Apakah azam tahun ni di"forward" dari tahun lepas? :-)

;;