Tuesday, February 16, 2010

31 Januari & 1 Februari 2010

Salam.. Lama dah tak jenguk blog ni, maklumlah, sejak ada fesbuk ni, bila dah upload gambar, citer lebih kurang, cukuplah tu. Tapi rasa bersalah pulak bila tak update blog rasmi DJ2 KLfm ni.. So, tanpa gambar, saya rasa untuk entry ni kira ok kot? Hehehe..

Pada malam sebelum 31 Januari yg lalu, saya terima SMS daripada Hezry, ajak saya ke Majlis Pelancaran Pasar Tani Siswazah di Taman Billion Mewah, Gombak. Actually, program tu last minit pihak FAMA jemput Hezry, sebab mengikut perancangan awal, kami sangat sibuk di Dataran Merdeka kerana Festival Hari Wilayah ke 36. Tambahan pula, pihak FAMA sendiri telah assign seorang DJ dan seorang Emcee untuk program dan majlis tersebut.

Mungkin pihak FAMA sendiri tahu, DJ2 KLfm yg berwibawa (ehem..ehem..) untuk mengendalikan program sama ada berbentuk formal mahupun tidak, mereka meminta jasa baik Hezry untuk datang memeriahkan suasana dan Hezry pula mengajak saya untuk berduet dengannya pada hari tersebut... Lalu, pepagi bute lagi, sebelum matahari naik. saya & hubby keluar dari rumah di Putrajaya & berjanji dgn Hezry di RTM untuk pergi bersama2...

Jam 7 pagi kami dah tercongok kat tapak pasar tani, memang meriah, apatah lagi "orang besar" dan ternama nak datang merasmikan, iaitu Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Mohd Noh bin Hj Omar. Tak lupa juga, Zehra Zambri juga sudi menghiburkan para pengunjung walaupun cuaca panas terik...

Selesai program jam 1 tengahari, kami bergegas ke Dataran Merdeka pula untuk Sambutan Hari Wilayah ke 36. Dalam perjalanan, sedang Leez bertugas di konti sementara KLfm di Dataran, dia tersilap umum bahawa saya akan meneruskan tugas di konti KLfm pada jam 2 petang, walhal jika ikut jadual, saya mula ditugaskan di konti sementara jam 3 petang.. Apa lagi, Hezry pun memecut Naza Ria nya laju ke Dataran Merdeka. Alhamdulillah, kami sempat tiba sebelum jam 2. Dalam hati saya, bagus juga saya berkurung 3 jam di situ.. Sejuk sikit, dengan alat penghawa dingin, berbanding kawan2 yg terpaksa bertugas di kaunter sahabat & DJ Corner..hehehe.. Sori kengkawans!

Itu baru cerita hari pertama, belum lagi cerita hari ke2. Apapun, keadaan & situasinya sama sahaja, cuma bertugas di kaunter sahabat & DJ Corner, juga mengendalikan kuiz2 & games untuk para pengunjung dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Dan selepas itu, saya & Sonic dipertanggungjawabkan untuk mengacara Mini Konsert Hari Wilayah bersama KLfm & Dunia Herbs..

Pada perancangan awal, kami diberikan 1 pentas kecil di hujung Dataran Merdeka, tetapi saya pelik juga bila rakan2 Pool & teknikal membuat sound check di pentas utama Dataran Merdeka yg besau bagak... Rupa2nya, di situ lah show kami diadakan dan memang ini 1 penghormatan utk saya sendiri, dapat mengacara & menyanyi berduet dgn Sonic di pentas itu dengan lagu popular gandingan Alyah & Riz, "Ku Pinjam Satu Bintang"... Walaupun, suara agak kurang baik, tapi Alhamdulillah, dapat juga saya menggalas cabaran itu..Eceh!!!

Walaupun esoknya saya terpaksa bertugas di konti dengan suara seksi yg sangat "base", saya sangat2 berpuas hati dgn apa yg dapat saya lakukan utk KLfm & juga warga kota... Selama sebulan warga kota menyambut Hari Wilayah (macam raye pulak!), saya mengucapkan, Selamat Hari Wilayah 2010... 1 Wilayah, Maju dan Sejahtera..:-)

0 Comments:

Post a Comment