Sunday, July 4, 2010
Orang kata, malang tak berbau. Segala apa yg terjadi, anggap sajalah sebagai takdir. Semalam, selepas Subuh, saya bersedia utk keluar bertugas, menjadi pengacara untuk Bengkel Wanita di Hotel Istana. Sanagt menakutkan apabila KANCIL yg dah berkhidmat hampir 10 tahun kepada saya merajuk, tak mahu hidup. Mujur abang masih belum tidur, bahana Brazil kalah bola kepada Belanda, saya minta abang tolak kancil tu.
Memandu dalam keadaan tangki minyak hampir kosong, saya nekad memandu dari Putrajaya ke Hotel Istana, (1) kerana sudah lewat, (2) takut kereta tak boleh start lagi kalau berhenti mengisi minyak.
Sepanjang hari di Hotel Istana, demi menumpukan pada tugas yg diberikan, saya hampir lupa yg saya bakal minta pertolongan orang hotel untuk menolak kereta saya sekali lagi kerana selesai tugas di sana, sewaktu ingin mengambil abang di KL Sentral untuk function yg seterusnya, kancil saya merajuk sekali lagi dengan perangainya yg sama seperti awal pagi itu.
Dapat mengambil abang di KL Sentral, kami terus ke bengkel di Pantai Dalam untuk menukar bateri kereta yg menjadi penyebab kereta saya tak boleh dihidupkan. Selesai mengisi minyak di kawasan yg sama, kami ke Petaling Jaya pula untuk function yg seterusnya. Function berakhir jam 11.30 malam, kami berkonvoi ke kedai makan yg terletak di Cheras, melalui Tol Connaught. Melalui lorong Smart Tag, abang memberikan isyarat ke kiri jalan untuk menunggu rakan2 yg lain di belakang.
Rancak berborak sesama sendiri, tiba2 kami dikejutkan dengan dentuman di belakang kereta. Masya Allah, kancil yg baru kuganti "hayat"nya bakal ke "klinik" sekali lagi, dihentam sebuah motorsikal yg laju tak hengat. Mana taknya, impaknya sangat kuat, memandangkan keadaan kami yg berada di dalam kenderaan, hampir terangkat juga punggung kesan daripada pelanggaran itu.
Sudahnya, kami dituduh tidak menunjukkan lampu signal kiri, menunjukkan sedang berhenti, sedangkan pemuda yg mendakwa dia "keluar dengan niat yg baik, nak ke function jam 3 pagi untuk berzikir"memang langsung tak memandang ke hadapan, sebaliknya memandangkan belakang sebelah kanannya utk meneruskan perjalanan setelah keluar dari kawasan tol.
Bila dia lihat kami 4-5 kereta yang berkonvoi berhenti di tepi jalan, dia mula ketakutan, tiada sokongan daripada sesiapa, habis 1 kampung dia hubungi untuk ke tempat kejadian. Bila ditanya keadaannya, sama ada perlu atau tidak kami hantar ke klinik, dengan angkuhnya dia berkata,"Tak nampak ke saya pegang dada ni? Dah tentu la sakit!". Sombong benar bunyinya pemuda yg kononnya alim nak pergi berzikir tu!
Datang sahabat KLfm, Nan05, yg juga seorang polis, menasihati kami untuk terus beredar dari tempat kejadian. Tak guna tunggu lama2, nak cerita banyak, kat balai je. Abang menghantar saya ke rumah abang Rosli Selaseh yg terletak berhampiran, dia dan abang Nan pun ke Balai Polis Jalan Bandar untuk membuat laporan.
Sedang kami berbual di halaman rumah abang Rosli, kami dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pegawai bomba di belakang Hospital Pantai Cheras yg juga membelakangi rumah abang Rosli. Rupanya, seekor ular sawa telah ditemui di situ. Mujur ada yg membuat laporan, memandangkan rumah abang Rosli memang berhampiran, malah abang Rosli sendiri punya ramai anak kecil... Bayangkan tubuh kecil itu dicengkam ular sawa??? Ngeri tak???
Pulang ke rumah jam 3.30 pagi, mata saya segar hingga ke tengah hari ini, masih segar di fikiran semua yg berlaku sepanjang 24 jam yang lalu. All in one day... Takdir.. Bersyukur saya masih diberi kesempatan untuk menumpang di bumi tuhan ini, untuk bertaubat atas segala dosa2 saya terdahulu & menggantikan dosa2 itu dgn amal & jariah.. Ada hikmah di sebalik semuanya.. AlHamdulillah... :-)
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)