Sunday, December 30, 2007

Lagi-lagi Afiq...

Hands up!!! Rambut anda akan dicukur sekejap lagi...

Sebelum rambut Afiq dicukur, kasi tido dulu...

Tadaaaa.... Penampilan terbaru Afiq...

Cute tak? :-)

Thursday, December 27, 2007

2007 Catatan Kenangan...

Hola... Selamat Hari Natal untuk yang menyambutnya dan Selamat Tahun Baru 2008... Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam, kita dah berada di penghujung tahun 2007. Amacam dengan azam tahun 2007? Dah tercapai atau kena forward ke tahun hadapan? Kalau kena forward ke tahun hadapan, harap2 berjaya dicapai tahun depan. Kalau tak dapat gak, tu bukan azam tahun baru, tu namanya perancangan tahun2 akan datang... heheh...

Bagi saya, sepanjang tahun 2007 ni, banyak melakar kenangan manis untuk saya. Pertamanya, dapat naik pangkat dari Juruhebah Sambilan di Johor fm ke Penerbit Rancangan Gred B27 di KLfm. Pada tahun yang sama, semua peperiksaan bertulis untuk pengesahan jawatan telahpun saya lulus semuanya, tanpa perlu mengulang lagi... Tahun yang sama jugak, saya mendapat tawaran untuk ke ujian amali Gred B41, cuma rezekinya tak tau lagi, ada ke takde.... Harap2 ada la.... Lagipun, keluarga semakin besar, belanjanya semakin banyak... Apatah lagi dengan keadaan semasa sekarang ni... kan, kan, kan...

Selain tu, tahun ini jugak saya mengakhiri zaman anak dara & pada tahun yang sama jugak saya menimang cahaya mata yang pertama... Tak sangka, sekarang saya dah pun ada anak. Dulu, masa saya pregnant 3 bulan, kawan2 sekursus dari Sabah Sarawak tak percaya bila saya kata saya sedang pregnant. Depa kata, "Aik, kecik lagi dah pregnant?" Maybe sebab tengok badan saya yang kecik ni. Tapi, bila saya cakap saya lahir tahun 1978, depa semua tak percaya... Nampak macam umur 23 atau 24... tapi.... ehm... Ada orang sanggup menipu tarikh lahir sebab takut pada angka yang semakin meningkat... Tapi bagi saya, umur sekadar nombor, kalau kita sentiasa hepi dan setiap masalah ditangani dengan positif, kemungkinan ada orang yang lebih muda daripada kita nampak lebih tua daripada kita... Betul tak? Hihihi... pandai je cakap...

Dari tahun ke tahun, kita sentiasa berdoa agar ada peningkatan pada diri kita, tak kiralah dari segi taraf hidup mahupun kehidupan berkeluarga. Dari hidup sorang sampailah bertiga, dari kerja kontrak sampailah kerja tetap, dari gaji tak tentu tarikh sampailah bergaji tetap setiap bulan... Tahun depan, kalau takde peningkatan pun, at least maintain hidup senang. Tak kaya takpe, asalkan hidup bahagia, tak terbeban dengan masalah yang berat2...

Hari Isnin lepas, genap lah sebulan usia Afiq. Jadi, saya sendiri yang membawa Afiq ke klinik untuk check up. Memang susah bawak Afiq tanpa sapa2 yang mengiringi saya. Mana nak gendong Afiq, mana nak bawak beg barang2 Afiq, mana nak dengar tunggu misi panggil, mana nak masuk bilik penyusuan ibu untuk nyusukan Afiq... Tau2, nombor dah terlepas. Nasib baik misi tu paham masalah kita, tetap jugak panggil walaupun dah terlepas... Bila saya pulak ditimbang berat, misi terpaksa gendong Afiq pulak...

Sebulan dah berlalu, berat Afiq naik 1 kilo... 3.7kg dengan panjang 53cm... Ingatkan, Afiq kena suntikan imunisasi tapi misi kata bulan depan baru cucuk. Nampaknya, balik KL nanti lah baru cucuk... Dan dah sebulan jugak la saya belajar sedikit demi sedikit perangai Afiq. Yang jagi fobia bila menjelang jam 11.30 malam sebab hampir setiap malam, pada waktu tu la Afiq akan merengek walaupun dah kenyang diberi susu, dah ditukar lampinnya, dah disapu minyak perutnya & dah didodoi dalam buai... Tetap juga "nga nga nga" (suara Afiq bila melalak)... Abang cakap, time ni la saya dah sakit nak terberanak sangat... tapi, masa Afiq keluar, dia tido, hinggakan doktor terpaksa tepuk2 belakang dia supaya dia menangis.Itupun, dia nangis sekejap je...

Rupanya, yang buat Afiq susah nak kuar masa bersalin tu kakinya terbelit dengan tali pusat... Patut la... Saya rasa dah habis tenaga saya teran, tak keluar2 jugak... Ehm, hari ni, kawan baik saya, Siti Aishah Hussain pulak yang masuk wad bersalin.... Dia kawan baik saya sejak saya menyertai Kelab Tarian Taman Seni Budaya Johor... anak sulung jugak. Insya Allah, lepas hari nanti, dapatlah saya pulak yang melawat dia & baby barunya...

Ops... dah terdengar Afiq "meneran daging"... Abah kata, budak baya Afiq memang macam tu sebab nak membesar... Kadang2 suspen saya dibuatnya. Pantang tengok dia mengeliat sikit... Yelah, bila dia dah stat "nga nga nga", menggelabah jugak saya dibuatnya...

So, gotta go now.... Till then, cau cincau & cau cendolll....

Monday, December 24, 2007

Sekitar Majlis Potong Jambul Afiq

Dah potong jambul kena masuk buai la pulak... huih...syoknyer tido...

Abah Afiq cakap masa Pak Imam nak potong jambul Afiq, Afiq tersenyum bila Pak Imam beri salam pada dia... Bagus betul Afiq ni...heheh

Nak nangis konon... eksen je lebih... Abah dia cakap Afiq cuma mengeliat je...

Gunting habis pun takpe pakcik... tak lama lagi nak cukur terus...
Steady je mamat Afiq ni... boleh buat derk je... heheh
Dari kiri, Didie (adik no3), abah Afiq, Ellie (adik yang bungsu) dan Cik Nuar (bapak sedara a.k.a adik ipar abah).

Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidil Adha 2007

Hola... Kembali bersama dalam blog saya. Esok umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban... Sehubungan itu, saya, suami & ahli baru dalam keluarga kami, Afiq ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Sempena Hari Raya Korban tahun ni, saya dan suami mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis aqiqah untuk Afiq. Pagi2 lagi abahnya dah pegi melihat pusat sembelihan kambing & menghantar kambing itu kepada tukang masak untuk dihidangkan pada majlis potong jambul Afiq malam nanti. Kami bersepakat untuk mengadakan majlis tersebut di Surau Taman Puteri Wangsa... Alang2 ada gotong royong membakar lemang untuk hari raya esok, kami mengambil peluang untuk mengadakan majlis potong jambul...

Walaupun baru masuk 4 minggu usia Afiq, semakin hari, semakin banyak karenah Afiq yang saya dan hubby terpaksa layani. Atuknya sampai berkata, "Mula2 je nampak alim, lama2 dah nampak dah taring dia." Mula2 dulu, memang Afiq tak banyak meragam & merengek tengah malam... Mak saya cakap paling mudah membela Afiq kalau nak dibandingkan dengan 2 orang lagi cucunya (adik pompuan saya dah pun ada 2 orang anak lelaki... langkah bendul beb!)...

Tapi skarang ni, musim Afiq dah berubah. Mungkin sebab dia sudah boleh melihat. Kalau takde orang yang melayan dia atau berada di sebelahnya, dia akan merengek minta dilayan... Betul pesan misi kat wad dulu... 40 hari pantang, 40 macam jenis karenah baby yang awak akan belajar... Ehm, nasib baik yang kuar sorang... Kalau kembar, alamat lah slim balik saya macam zaman anak dara dulu. Ntah2 lagi kurus kering daripada tu...

Bila Afiq dah pandai merengek tengah2 malam ni, saya sampai dah tak tau nak buat apa lagi. Dituam sudah, disapu minyak ke perut & belakangnya pun sudah, diberi susu sudah, didodoi pun sudah... Kalau kata digigit serangga @ nyamuk pun sudah ditilik... Tak tau la kalau digigit serangga kat tempat2 yang saya tak dapat nak cari... Bila Afiq terus2an merengek, sampai satu ketika saya hampir putus asa.... Mungkin ini perasaan ibu2 baru seperti saya.... Yang rajin bangun tengah2 malam untuk melayan karenah Afiq, atuk & neneknya.... Abahnya??? Ehm... no comment... Ye lah, bekerja siang malam pagi petang, tak kenal ngantuk, tak kenal penat, bila dah balik rumah, dah jumpa katil, letak bom kat sebelah pun gerenti tak sedar punya....

Petang semalam, borak2 dengan abah, abah timbulkan satu persoalan, "Nanti dah balik KL, macam mana awak nak menguruskan Afiq sorang2?".... Ehm... soalan tu dah lama bermain dalam fikiran saya. Sebelum saya cuti bersalin lagi saya dah memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari2 mendatang. Mau tak mau, saya terpaksa juga belajar menguruskan diri sendiri dan Afiq berseorangan... Mak mertua dah menawarkan diri, "Susah2 sangat, Afiq tinggal je kat sini, mak jaga. Nanti kalau Afiq tinggal sini, Afiq yang nangis ke, ibu dia yang nangis?"....

Walaupun saya jenis tak kisah pun dalam segala hal, tapi bab2 menjaga anak ni, lebih baik ibunya sendiri yang membela. Bukan apa, nanti bila anak sendiri tak kenal mak lagi susah... Macam mana anak tu nak sentiasa mendoakan orang tuanya sedangkan orang tuanya tak penah nak bela dia??? Walau susah macam mana pun, saya tetap akan membela anak saya... Kadang2 terfikir juga, kalau saya bertugas di tengah malam, ada ke orang yang sudi menjaga anak saya sampai saya datang mengambil dia???? Ehm... terpaksa simpan soalan2 ni sampai saya balik KL nanti... Insya Allah, tuhan akan permudahkan urusan saya... Amin...

Ops... bila dada dah berdenyut2, sekejap lagi terdengarlah suara Afiq merengek2 minta disusui... Agaknya, inilah naluri seorang ibu. Dapat rasa sendiri apa yang akan berlaku pada anak2nya.... Well, gotta go now... Selamat Menyambut Aidil Adha pada hari esok... Sehingga kita bersua lagi, cau cendollll....

Monday, December 17, 2007

Afiq lagi..dan lagi...dan lagi...



Pose Afiq untuk pelawat laman web nih...


Wednesday, December 12, 2007

Relekskan mata jap...

Senyumlah...senyumlah...ahai anak ibu...

Friday, December 7, 2007

44 hari...

Hola... Kembali bersama Mimie Walla dalam blog yang tak seberapa nih. Hari ni hari ke 13 saya berpantang seiring dengan usia Afiq... Rupanya, berpantang bukan sahaja nak cantikkan badan balik, tapi berpantang sebab Afiq menyusu badan, kalau ibunya silap makan, Afiq rasa susu badan tak sedap la, berak2 la kembung perut la dan macam2 lagi... Ehm, sedap tak sedap, kenalah saya makan apa sahaja yang dinasihatkan oleh mak...


Masa ngandung dulu, ye2 je nak makan jamu supaya cepat pulih & cantik. Tapi bila makan ikut dos yang disarankan dalam kotak tu, kesian pulak dekat Afiq buang2 air besar sampai pijar2 punggung dia. Atas nasihat sorang kawan yang datang melawat hari tu, saya terpaksa kurangkan pengambilan jamu tu, daripada 10 biji sehari pagi dan petang kepada 6 biji sehari...

Sepanjang saya menerima kehadiran Afiq ni, ramai jugaklah kawan2 & pendengar2 Johor fm datang melawat kami. Masa kat wad dulu, "Kawan Johor fm" - Sofi Ceria, Ikan Todak & April sekeluarga datang melawat kami. Dah balik rumah, sahabat2 lama dari RTM Johor pula datang melawat kami di rumah. Tak kurang juga pakcik sebelah mak yang duduk di taman bersebelahan juga datang melawat kami...

Mungkin sudah rezeki Afiq, pada 28hb November yang lalu, genap 4 hari dalam berpantang, saya terpaksa menghadiri ujian amali untuk kelayakan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41. Untuk pengetahuan u all, skarang ni, jawatan saya Gred 27. Maknanya, kalau saya berjaya dalam ujian ini, saya akan dinaikkan pangkat ke Gred 41... Alhamdulillah...

Sebenarnya, tarikh ujian amali tu pada 26hb November di IPTAR Angkasapuri, KL. Oleh sebab saya baru lepas bersalin, saya dah pun menghubungi pihak SPA untuk bertanya, adakah saya mendapat pengecualian daripada menghadiri ujian tu. Malangnya, pihak SPA memberitahu, jika saya tidak hadir dalam ujian tersebut, maka keputusan peperiksaan bertulis yang pertama dikira terbatal dan saya dikehendaki menduduki ujian bertulis semula pada tahun hadapan jika berhajat nak dapatkan jawatan Gred 41 tu...

"Mana boleh?" dalam hati saya berkata... Then, saya minta untuk bertukar pusat ujian... Alhamdulillah, saya dibenarkan untuk menukar pusat ujian ke RTMJB pada 28hb November... Tiba hari yang dinantikan, rakan2 lama di RTMJB semua terkejut melihat keadaan saya yang walaupun dalam hari tapi terpaksa datang jugak ke ujian amali tersebut... Mak menghantar saya di RTMJB dan terpaksa membawa Afiq sekali sebab abang tak dapat menghantar saya ke sana kerana tugas... Mak memberitahu, sepanjang ibunya sedang berujian, Afiq sedikit pun tidak meragam, hanya terlena di dalam kereta. Kawan2 lama yang menjengah Afiq di dalam kereta ramai yang berkata "Baik betul budak ni".... Alhamdulillah, mudah2an bukan doa ibunya saja bahkan doa rakan2 yang lain akan membentuk Afiq menjadi budak yang baik....Apapun, jika ada rezeki Afiq, Insya Allah, adalah jawatan Gred 41 tu untuk saya...

Orang kata, dalam berpantang ni, ibu2 yang baru lepas bersalin kena menjaga emosi supaya tak datang angin meroyan.... Rupanya, memang benar, sepanjang dalam berpantang ni, ada pulak orang ketiga yang cuba nak meruntuhkan rumah tangga kami dengan menyerang saya bertubi2 dengan SMS berbaur fitnah mengatakan abang itu ini.... Sekadar untuk mengelirukan saya yang dalam hari.... tapi Alhamdulillah, berkat doa, kekuatan & keyakinan diri, ditambah sokongan seorang suami yang benar2 memahami, saya dapat menangkis kemurungan daripada merajai minda & hati...

Inilah pengorbanan seorang wanita bergelar ibu & isteri... Dulu, hanya menganggap dogengan sebuah drama swasta. Sekarang, setelah melalui, barulah memahami kenapa wanita letaknya berkedudukan tinggi dalam agama... So, selagi ada ibu, sayangi & berbaktilah kepada mereka. Selagi ada saudara perempuan, berilah perhatian yang secukupnya. Selagi ada isteri, hargailah segala pengorbanan mereka. Selagi ada anak perempuan, didiklah mereka menjadi orang yang berguna....

Ops... tugas seorang ibu dah ada. Kenalah saya beredar daripada menaip dalam blog ni bila Afiq mula bersuara... Sampai kita berbicara lagi... Cau cendolll....

Tuesday, December 4, 2007

Kau Ku Sayang...

http://www.youtube.com/watch?v=oXqk7RbiZbs

Siti Nurhaliza - Kau Ku Sayang

Kau tersenyum

Ku terpaku

Cahya di wajahmu

Hanyalah untukku

Sinaran matamu

Menusuk di kalbu

Tak mungkin ku melupakan

Sebegini pengalaman

Lalu hati pun berkata

Segala untukmu



( korus )

Satu masa nanti

Pasti kau temui

Tabahkanlah hati

Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia

Tak mungkin sendirian

Terhurai dalam lagu berkumandang

Di buai dalam mimpi

Kau ku sayang


Segala untukmu



( ulang korus )




Nyanyian : Datin Seri Siti Nurhaliza

Thursday, November 29, 2007

Muhammad Afiq Izzudin


Walla... Bertemu lagi kita dalam blog yang dah lama jugak saya tak jenguk. Almaklumlah, dah dapat title baru ni, tugas pun semakin banyak & mencabar... heheh.. Apapun, saya nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kami yang saya & hubby namakan Muhammad Afiq Izzudin....

Pagi 23 November 2007, lebih kurang pukul 5.30pagi, saya dah rasa lain macam apabila terasa "sesuatu" yang "tak kena". Takde rasa sakit, tapi tanda2 seperti keluar lendir bercampur darah menyebabkan saya tergopoh gapah mengejut abang di sebelah. Yelah, kita mana la ada pengalaman nak beranak ni kan. Abang terus mintak tolong mak hantarkan saya ke hospital untuk check "apa yang patut" sebab abang tak dapat nak terus ponteng kerja lebih2 lagi projek yang sedang abang handle sekarang tengah "kritikal"...

Pukul 7.30pagi, mak pun hantar saya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) yang terletak di kawasan Pandan, JB, tak berapa jauh dari rumah saya. Sampai je kat sana, saya diperiksa dan bukaan servik baru 1cm. Misi yang bertugas kat situ cakap, kalau nak masuk wad, kena pegi Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebab wad kat HSI dah penuh. Dalam hati saya berkata, "Aik, skarang ni musim mengawan ke?" heheh....


Tanpa membuang masa, mak pun terus hantar saya ke HSA dan seperti yang telah diperiksa, bukaan servik masih 1cm. So, saya terus ditahan di Wad Kelas Pertama HSA supaya senang doktor yang pantau bukaan servik. Mak pun terus tinggalkan saya di wad sebab dia pun terpaksa bekerja. Pukul 10.30pagi, mak mertua & adik ipar saya (Nana nama dia) datang setelah diberitahu oleh abang saya. Sepanjang2 hari tu, mak mertua lah yang menemani saya. Bila tiba waktu melawat je, dia datang bawakan bubur, buah2an dll... Alhamdulillah, mak mertua saya seorang yang sangat2 baik. Dia pun tak bekerja, jadi sepanjang hari tu, dialah yang memanjakan saya.


Sakit nak bersalin semakin terasa bila waktu melawat dah nak habis pukul 7malam. Masa tu, badan saya menggigil2 tahan sakit. Sakit yang datang selang seminit, sampai berpeluh2 saya dibuatnya. Badan mak mertua yang kurus tu puas saya peluk, tangan dia puas saya pulas2... Saya mengadu, "Mak, sakit mak..." Mak cuma boleh memujuk, "Ye, mak tau... Tahan je la. Dah nak bersalin ni. Dah dekat dah. Tahan sekejap."


Bila sakit yang datang selang seminit, doktor terus cek jantung baby & contraction berapa kuat. Servik baru bukak 5cm tapi sakit yang terasa memang Allah saja yang tahu. Terdengar suara doktor, servik baru bukak 5cm tapi contraction very2 strong... Mana taknyer, sampai nak terbalik saya pegang mesin mengimbas jantung baby & contraction tu sebab mesin tu kat sebelah saya je.


Bila servik dah bukak 6cm, doktor pecahkan air ketuban & waktu tu pun tak silap saya dah pun pukul 9malam. Maknanyer, seksa nak bukak dari 1cm ke 1cm terasa lama sangat berlalu. Doktor tanya, saya ada minum air selusuh ke? Saya cakap, ada, tapi tak la banyak sangat. Dia kata, lain kali jangan minum air selusuh. Servik baru bukak sikit, awak punya sakit macam nak terberanak sangat... Ehm, ntahlah, ikut orang2 tua minum air selusuh senang nak beranak. Tapi, doktor cakap lain pulak....


Pukul 9.35malam, misi bawak saya masuk labour room tapi sebelum tu, kena amik baju baby, baju saya dll barang yang diperlukan untuk masuk labour room. Misi suruh saya call hubby, tapi rupanya handphone saya dah pun abang bawak. Mungkin abang bawak mak & Nana pegi makan. Misi cakap, takpe, nanti kita telefonkan suami awak.


Saya terus dimasukkan ke dalam Bilik 15 Labour Room. Masa tu, cuma rasa sakit sebab baby betul2 nak keluar. Doktor cakap, jangan teran dulu, servik baru bukak 6cm. Kalau awak teran dulu, nanti rahim bengkak... At least bukak 10cm baru boleh teran. Tapi, hanya Allah yang tahu, saya pun dah tak dapat nak bezakan antara teran & tahan...


Bila nampak muka abang di sebelah, saya rasa betul2 lega walaupun sakit. Abang ingatkan saya untuk berselawat dan ingat tuhan tiap kali sakit tu datang. Bila lega sikit, abang tak putus2 bercerita tentang itu dan ini. Mungkin nak saya lupakan seketika sakit yang saya tanggung. Dari pukul 9.35malam, sampailah tepat jam 12 tengah malam (saya dongak jam dinding yang letaknya betul2 atas kepala saya), servik dah bukak 8cm. Masa tu lah doktor masuk & saya dengar,"Good, sekarang dah boleh teran kuat2."


Masa tu la macam2 suara saya dengar, "teran macam orang geram", "teran kuat2, kesian kat baby awak kepala dah lebam"... Abang pulak tak putus beri sokongan. Seingat saya, saya sempat dongak jam di kepala, dari pukul 12.30 tengah malam saya kerah sepenuh tenaga, kepala baby dah keluar sedikit semi sedikit hinggalah jam menunjukkan pukul 12.54 tengah malam, saya dengar doktor cakap, "Alhamdulillah, cuba tengok baby awak. Sebut, baby apa?" Saya hanya boleh kumat kamit tapi abang jawab,"Lelaki...Alhamdulillah..."


Saya dengar abang tak putus2 bersyukur dan terdengar dia menangis teresak2, mengucapkan terima kasih pada saya. Walaupun sedar, saya rasa terlalu lemah, mungkin sebab terlalu banyak tenaga yang saya kerah untuk keluarkan baby sebesar 2.7kg dengan panjang 51cm....Baru saya tahu, rasa sakit bersalin tu macam mana. Sakitnya masa servik nak bukak sampai 10cm tapi masa meneran, tak langsung rasa sakit. Mungkin masa tu, kita cuma fikir nak teran kuat2. Lupa pada sakit yang terasa sebelum tu...


Lepas je saya dibenarkan rehat sebentar, doktor minta abang keluar dari labour room untuk azan dan iqamatkan baby, manakala saya pula perlu dijahit. Ha, ni lagi 1 seksa yang perlu saya tanggung. Dijahit oleh doktor pelatih, mungkin sebab salah menjahit, darah masih keluar. 2 orang doktor pelatih membuat perkara yang sama, jahit & bukak balik, jahit & bukak balik, sampaikan dalam hati saya berkata,"Bila nak siap nih? Tak tau ke sakit yang aku tanggung?". Tapi, kata2 tu tak terluah dari mulut, mungkin sebab saya terlalu letih & cuba nak faham tugas seorang doktor yang mungkin bertungkus lumus nak "tolong" saya...


Sempat juga saya dongak jam di dinding, saya dijahit dari pukul 1.45pagi dan betul2 selesai jam 4.30pagi.... Lepas tu, saya terlena seketika dan terjaga bila ada misi @ doktor yang keluar masuk untuk memeriksa keadaan saya. Saya juga sedar tatkala baby dibawa masuk dah diletak bersebelahan dengan saya. Bila dah nampak wajah baby saya, dalam hati berkata, "Sebijik macam muke aku." Sebab saya tengok bibirnya yang nipis & bibir bawah yang diketap dengan "gigi" atas macam zaman saya baby dulu. Suka buat macam tu... Bila terpandang muka baby, saya tercari2 abang, ke mana pulak abang pegi. Rupanya, abang tak nak menganggu saya, sebab tiap kali dia jenguk ke bilik, saya terlena tidur. Akhirnya, abang, mak mertua & Nana balik ke rumah hampir jam 7pagi setelah menunggu berjam2 lamanya. Simpati saya pada mereka, tak makan, tak tidur...


Pukul 7pagi, doktor beritahu saya terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan yang lebih khusus. Jantung saya berdegup kuat, darah yang hilang dianggarkan 400ml., ditambah pulak saya tiba2 diserang demam.... Sampailah pukul 10.30pagi waktu melawat (kali ni, katil saya sebelah dengan jam dinding..hehe..), saya masih dalam ICU, tertunggu2 jugak kalau2 abang datang tapi rupanya waktu melawat bagi wad ICU jam 12.30 tengah hari... Hampir jam 12 tengah hari, saya dibenarkan keluar dari ICU dan dihantar semula ke Wad Kelas Pertama dan Alhamdulillah, sampai je saya di katil, mak mertua sedang memangku baby. Nana pun ada tapi abang tak tau ke mana...


Bila dah nampak muka abang, barulah terasa lega. Sakit jahitan masih terasa sampaikan saya tak boleh nak duduk ataupun bangun. Hanya mampu terbaring di katil. Kawan2 yang duduk 1 bilik dalam wad tu silih berganti bertukar orang tapi saya ditahan sehingga 2 malam sebab suhu badan saya sekejap ok, sekejap demam.... Bila doktor tengok saya dah benar2 ok, barulah saya dibenarkan pulang dan hari ni, baby yang saya & hubby namakan Muhammad Afiq Izzudin baru berusia 6 hari....


Selamat melihat dunia Afiq, mulalah satu cabaran baru untuk abah & ibu mendidik kamu menjadi seorang yang mulia (Muhammad), pemurah (Afiq) dan kuat pada agama (Izzudin). Jadilah anak yang soleh, taat pada suruhan agama, hormat orang tua, dengar cakap abah & ibu, bijak & cepat belajar, pintar & cerdik. Afiq anak yang baik... Itu yang selalu ibu bisikkan selama ibu mengandungkan kamu sehingga kamu lahir ke dunia.... Amin...

Tuesday, October 30, 2007

Rehatkan mata sekejap...


Bergambar di meja pejabat sebelum meninggalkan meja tu untuk cuti bersalin selama 2 bulan...


Sambutan Hari Lahir staf2 KLfm yang menyambut Hari Lahir sepanjang bulan September. Paparey (4hb), saya (19hb) dan Hezry (21hb)...


Cabaran meniup hanya sebatang lilin di tengah2 antara 4 batang lilin yang ada. Berjaya jugak akhirnya...Yee haaa...

Friday, October 26, 2007

Menghitung hari....???

Hola... Mimie Walla!!! Ehm, camne hari raya tahun ni? Dapat beraya sakan? Alhamdulillah, tahun ni, dapat la saya beraya sakan apatah lagi sebagai "orang baru" dalam keluarga baru...berhari raya sebagai isteri orang... 2 tahun tak berhari raya macam ni. Tahun lepas, orang dok pegi solat hari raya, saya dengar takbir & khutbah hari raya dalam konti. 2 tahun lepas plak, lepas salam abah mak di pagi hari raya, terus masuk konti Johor fm. Family terus balik kampung, saya tinggal sorang2 kat umah...jadi jaga....

Apapun, mungkin banyak memori yang terpahat sepanjang menyambut Syawal tahun ni. Mana2 saya pergi beraya, pakcik makcik ramai yang cakap perut saya dah "turun"... Ada yang meneka2, "ni tak sampai9 bulan ni"...Huih..Cuak jugak bila dengar macam tu.

Saya plan nak bersalin kat JB sebab hubby ada, mak ada... Ada gak la orang nak jaga. Tapi, kalo kena bersalin kat sini, nak buat macam mana kan? Last time gi check up pun, misi dah warning, buat persiapan awal sebab saya ni ada problem kurang darah. So, risikonya, bersalin awal...

Nampaknya, kena standby barang2 masuk hospital dalam keta awal2. Skarang ni pun saya dah start tido umah adik kat Bangi... in case kalo apa2 berlaku ke kan, kenalah mintak tolong adik & adik ipar...

Sebelum apa2 berlaku, saya dengan ini nak mintak ampun dan maaf la, kalo sepanjang saya bertugas, ada yang tersinggung dengan kata2 saya ke. Kekadang tu, kita tak perasan gurauan kita tu rupanya menyakiti hati orang lain, ye tak? Mintak halal segala2nya dan doa2kan lah supaya saya selamat melahirkan....

OKlah, got to go now.. Insya Allah, saya akan coret2kan sesuatu untuk tatapan anda dalam blog ni tentang sebarang perkembangan dan "penguncupan" yang berlaku pada diri saya...Heheh...Cau cendolll....

Monday, October 1, 2007

Selamat Hari Raya Aldilfitri


Hola...Syoknyer!!! Tahun ni cuti raya saya diluluskan 100% oleh bos... ye lah, tahun lepas, konon2 nak berhari raya dengan mak abah dan adik2 buat kali terakhir sebagai anak dara...tapi, impian tak kesampaian pulak. Kena bertugas dari raya pertama hingga lah raya kelima. Tapi, tahun ni saya dapat balik raya sehari sebelum hari raya. Walau bagaimanapun, tetap gak tak sempat nak berbuke bersama mak abah dan adik2.

Tahun ni tentunya pertama kali berhari raya bersama suami tercinta, tambah pulak bakal baby yang ada dalam perut ni. Untuk pengetahuan, minggu ni genap 8 bulan usia kandungan nih. Ada kes yang bersalin time2 macam ni. Tapi, saya selalu berdoa supaya baby ni cukup matang nanti, dah kena dengan due dia baru lah keluar. Ye lah, time raya nanti lah nak pulun rendang, ketupat dan segala macam juadah yang biasanya dihidang sewaktu hari raya. Maklumlah, tahun lepas, bila saya balik raya sebijik ketupat pun takde, rendang pun dah licin... Sodih rasonyo....huk huk huk...

Walaupun rasa nak berhari raya sakan tahun ni, cukup lah sekadar menjamah hidangan, takde baju raya ke, kasut raya ke...tang duit raya tu pun rasanya nak kena cantas tahun ni... Maklumlah, lepas raya, nak kena buat persiapan menyambut baby ni... Banyak belanjanyer... Nama pun saya dan hubby dah pilih tapi surprise!!! Dah kuar orangnyer, barulah kitaorang announce in the blog. Siap dengan gambar skali.

Apapun, saya dan hubby, Md Nazarrudin Abu Zamil ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon ampun segala salah silap sama ada disengajakan (untuk tujuan mengusik & Humor..hehe) ataupun tidak sewaktu ke udara... Yang tergeliat lidah ke, tersasul ke, terlebih usik ke, mintak la halal segala2nya... Lagi satu, orang kata, sebelum bersalin ni pun kena mintak ampun gak... Ye lah, manalah kita tau umur kita sampai angka berapa kan kan kan???

Akhir kata, raya, raya jugak, jangan lupa zakat fitrah.... Salam Aidilfitri!!!!

Friday, September 14, 2007

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan... Inilah kali pertama saya cuba berpuasa dengan "isi perut" yang keras ni. Kalu lembik, takde isi. Isi lemak je...heheh... Hari pertama puasa, memang rasa lemah sangat. Nak pitam pun ada. Macam budak2 belajar nak pose je. Asyik tengok jam je. Boleh tahan ke tak ni. Tiba tengahari je, dah meleweh depan komputer. Plak tu, ada member satu opis yang offer nak order Mc'D delivery...apa lagik, terbukak selera nak berbuka. Lagi 30 minit nak azan Asar, saya pun buka.... Rasa sayang pulak bila dah buka sebab tinggal 3 jam je lagi. Tapi, bila fikir2 balik, rasanya masa sahur tu tak cukup kenyang kot...

Hari kedua pulak, saya sahur nasi walaupun lauk ikan sardin je. Maklumlah, dok sorang2, masak banyak2 pun tak guna. Alhamdulillah, lagi 1 jam 15 minit lagi ni masih boleh bertahan lagi. Harap2, sampai habis bulan pose nanti dapat la pose sampai habis...

Sebenarnya, saya dah pun dinasihatkan doktor supaya tak berpose sebab dah la berat tak naik, bacaan HB darah merah pun kurang daripada 11.0.... tapi, saya nak pose gak. cuma kalau dah tak tahan tu, kena la berbuka....

Apa2 pun, saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ni. Ambil la peluang untuk beribadah seikhlasnya. Mana la tahu, ini Ramadhan yang terakhir untuk kita, belum tentu kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yang seterusnya, kan?

Cau cendollll....(ish...dapat buka cendol pun sodap nih..hihihi...)

Wednesday, August 15, 2007

Cuti-Cuti Malaysia

Hola!!! Mimie Walla!!! Syoknyer dapat bercuti ni. Tapi, kadang2 boring jugak dok umah ni. Tau buat tahi mata je..heheh... Sebelum bercuti hari tu, ye-ye je nak ikut cik abg gi S'pore. Punya la susah nak carik paspot. Bila dah jumpa, lupa pulak nak bawak balik JB. Sudahnya, duduk je la kat umah....

Tapi, esok (Khamis), saya, mak, abah & adik nak pegi Kelantan, antar sepupu yang bersanding di sebelah lelaki. 2 minggu lepas, sebelah pompuan, saya tak dapat balik. Maklumlah, kena bertugas dalam konti. Tapi, minggu ni dapat jugak hantar sepupu ke Kelantan. Alang2 dah ke sana, ni lah masanya bercuti-cuti Malaysia. Mula2 tu, abah tanya jugak, "Boleh ke awak ni nak berjalan?" Ye la, perut dah "membusung" macam ni. Dia pun naik ngeri nak bawak jalan jauh2....heheh...

Tapi, rasanya ok lagi. Bulan depan, masuk bulan ke-7 nak kena jaga balik macam 1st 3 months pregnant. So, sekarang ni, selagi boleh cuci mata, kita cuci beg duit skali...heheh.. tapi cuci beg duit takleh bersih2. Kang nak raya, nak sambut orang baru, susah pulak kalau beg duit dah kering...

Balik dari Kelantan pulak, mak, abah & adik akan hantar saya semula balik ke KL... Lepas program Santai Puisi Merdeka kat CM 18 hb nanti, saya & Kroll dihantar berkursus pulak dari 19-30 Ogos kat Bagan Lalang... Ehm... nampaknya, memang sore ni cuti 3 minggu dari on air kat KLfm... Skali skala kalau tak dengar sore di udara tu seronok jugak. Kalau orang yang suka ngorat pompuan ni dorang suka "test market"... Skali skala nak gak "test market", kalau2 ada yang bertanya, mana hilangnya sore kita kan??? Heheh...

Well, itulah perkembangan terbaru buat stakat ni. Insya Allah, kalau ada perkembangan terbaru, akan dikhabarkan dalam blog ni...Untuk masa ni, saya cau cendollll!!!!

Wednesday, August 8, 2007

Tentang Saya...

Nama Dalam IC : Hamimah Mohd Yusof
Nama Panggilan : Mimie (di rumah, kat mana2 pun, dari kecik sampai skarang. Bukan nama glamer tau!)
Segmen : Salam Interaktif, Nadi Kota KL, KLKL & Ladies Nite
Tarikh Lahir : 19 Sept 1978
Tempat Lahir : Hospital Besar Pontian, Johor
Zodiak : Virgo
Hobi : Mendengar Muzik, Membaca, Menonton, Menyanyi
Makanan Kegemaran : Kailan Ikan Masin, Puyuh Goreng
Minuman Kegemaran : Jus Buah-Buahan
Muzik Kegemaran : Easy Listening – Apa2 Jenis Muzik Kecuali Yang
Membingitkan Telinga
Artis Kegemaran : Toni Braxton, Misha Omar & Ve
Warna Kegemaran : Biru, Hitam Dan Putih
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) UKM, pengkhususan Penyelidikan Kendalian, Statistik Ekonomi
Pengalaman Manis : Duduk Dalam Konti Dan Putarkan Lagu
Pengalaman Pahit : Diragut & Pengsan Sampai Kena Tahan Di Wad Pada Tahun 2000
Jika Anda Bukan Seorang DJ, Anda Adalah: Guru Sandaran Tidak Terlatih & Cuba Dapatkan Gelaran Guru Tetap Dan Berpencen
Perkara Pelik Yang Ingin Dilakukan: Bersiaran Dalam Belon Panas
Tarikh Mula Bertugas di KLfm: 10 Julai 2006

6 months pregnancy...

Hola!!! Mimie Walla!!! Jumpa lagi dalam blog yang tak seberapa ni. Macam blog yang lepas, saya ada bagitau laman blog terdahulu. Kalau nak baca blog2 yang lepas, boleh click kat sebelah kiri blog ni, tajuknya "Citer-citer lama".

Dah lama jugak saya tak citer pasal perkembangan pregnancy saya. Skarang ni, kalau jalan2 dalam Angkasapuri ni, jumpa member2, dorang semua tegur "berapa bulan dah?", "bila due?" dan macam2 lagi.. Ada jugak yang cakap "ingatkan dah meletup"...heheh.. Belum lagi. Minggu ni baru je masuk minggu ke 24 @ masuk bulan ke 6. Walaupun terasa perut ni dah makin besar, tapi baby belum cukup umur lagi untuk keluar melihat dunia....

Rasanya, setiap perempuan yang mengalami pengalaman pertama mengandung ni banyak yang ingin diceritakan. Almaklumlah, segala2nya baru. Banyak yang nak tahu & nak beritahu. Dalam sedar tak sedar, ada yang kata saya ni sejak mengandung mengada2 pulak, tapi rasanya takde pulak ngidam apa2. Macam sesetengah orang yang mengandung kena morning sickness, tapi Alhamdulillah, saya tak pulak mengalaminya. Hubby yang demam2, muntah2 and ngidam benda yang tak slalu dia makan.

Oklah tu, at least dia rasa gak macam mana isteri dia bawak anak dia 9 bulan. Dia cuma rasa 1st trimester je... Walau bagaimanapun, saya kena jugak standby beg plastik berhelai2 dalam handbag. Walaupun saya tak kena morning sickness, saya ni susah gak nak makan ubat. Dulu kalau rasa nak demam, tekak dah rasa perit, minum air masak banyak2. Tak jadi la demam tu. Tapi, skarang kalau demam, kena jumpa doktor & rajin2 makan ubat. Kena makan pil vitamin tu la, vitamin ni la, folic acid la, iron la, bla bla bla... Bila part makan pil2 ni yang fobia sket. Tambah lagi kalau pil tu beso duit syiling 5 sen @ lebih beso daripada tu. Nasib baik pil vitamin klinik gomen kecik2 jek. Tu pun rasa macam nak luah balik...heheh...

1st 3 months dulu, saya ada problem bleeding sampai banyak kali kena amik MC. Skarang dah masuk 6 bulan, takut pulak nak menghadapi last 3 months, apatah lagi saya dok sorang2 kat umah tanpa suami di sisi... Kot apa2 jadik pada saya, tak tahu nak ngadu pada sapa. Ngadu pada suami, jauh plak. Saya ni plak, jenis tak reti nak mintak tolong orang. Selagi benda tu saya boleh buat sendiri, biar la saya buat sendiri. Kalau rasa dah "kusut" sangat2 barulah mintak tolong orang. Tu pun macam susah je nak bukak mulut...heheh

Oklah, next time, saya tulis lagi blog ni. Got to go now, nak buat apa yang patut kat ofis ni. Cau cendol!!!

Thursday, August 2, 2007

Laman Blog Baru...

Holla!!! Mimie walla!!! Kita berjumpa dalam blog di website KLfm pulak. Sebelum ni, saya dah ada laman blog sendiri melalui URL http://mimiemy.blogs.friendster.com (kalau tak silap alamat la...). Tapi oleh sebab nak update laman friendster tu susah dalam ofis KLfm (cuma kat konti je boleh access laman web tu), kita pindah la pulak kat sini. So, kalau anda nak baca blog2 saya yang lepas, kenalah layari laman URL yang dah saya state kat atas tu. Kalau salah, nanti saya betulkan....

Well, untuk blog yang pertama dalam web ni, saya tak nak cakap banyak sebab masih syok tengok apa yang patut untuk "cantikkan" laman ni. Lagipun, saya ada satu lagi laman blog yang perlu dikemaskini, iaitu blog Carta D'SILK. Yelah, sebagai penerbit program tu, kena la jugak bertanggungjawab buat "apa yang patut"... Nanti, bila agak2 nak free sket, saya taiplah apa2 yang patut dalam laman blog nih k?

Cau cendollll....

;;