Thursday, November 29, 2007

Muhammad Afiq Izzudin


Walla... Bertemu lagi kita dalam blog yang dah lama jugak saya tak jenguk. Almaklumlah, dah dapat title baru ni, tugas pun semakin banyak & mencabar... heheh.. Apapun, saya nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kami yang saya & hubby namakan Muhammad Afiq Izzudin....

Pagi 23 November 2007, lebih kurang pukul 5.30pagi, saya dah rasa lain macam apabila terasa "sesuatu" yang "tak kena". Takde rasa sakit, tapi tanda2 seperti keluar lendir bercampur darah menyebabkan saya tergopoh gapah mengejut abang di sebelah. Yelah, kita mana la ada pengalaman nak beranak ni kan. Abang terus mintak tolong mak hantarkan saya ke hospital untuk check "apa yang patut" sebab abang tak dapat nak terus ponteng kerja lebih2 lagi projek yang sedang abang handle sekarang tengah "kritikal"...

Pukul 7.30pagi, mak pun hantar saya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) yang terletak di kawasan Pandan, JB, tak berapa jauh dari rumah saya. Sampai je kat sana, saya diperiksa dan bukaan servik baru 1cm. Misi yang bertugas kat situ cakap, kalau nak masuk wad, kena pegi Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebab wad kat HSI dah penuh. Dalam hati saya berkata, "Aik, skarang ni musim mengawan ke?" heheh....


Tanpa membuang masa, mak pun terus hantar saya ke HSA dan seperti yang telah diperiksa, bukaan servik masih 1cm. So, saya terus ditahan di Wad Kelas Pertama HSA supaya senang doktor yang pantau bukaan servik. Mak pun terus tinggalkan saya di wad sebab dia pun terpaksa bekerja. Pukul 10.30pagi, mak mertua & adik ipar saya (Nana nama dia) datang setelah diberitahu oleh abang saya. Sepanjang2 hari tu, mak mertua lah yang menemani saya. Bila tiba waktu melawat je, dia datang bawakan bubur, buah2an dll... Alhamdulillah, mak mertua saya seorang yang sangat2 baik. Dia pun tak bekerja, jadi sepanjang hari tu, dialah yang memanjakan saya.


Sakit nak bersalin semakin terasa bila waktu melawat dah nak habis pukul 7malam. Masa tu, badan saya menggigil2 tahan sakit. Sakit yang datang selang seminit, sampai berpeluh2 saya dibuatnya. Badan mak mertua yang kurus tu puas saya peluk, tangan dia puas saya pulas2... Saya mengadu, "Mak, sakit mak..." Mak cuma boleh memujuk, "Ye, mak tau... Tahan je la. Dah nak bersalin ni. Dah dekat dah. Tahan sekejap."


Bila sakit yang datang selang seminit, doktor terus cek jantung baby & contraction berapa kuat. Servik baru bukak 5cm tapi sakit yang terasa memang Allah saja yang tahu. Terdengar suara doktor, servik baru bukak 5cm tapi contraction very2 strong... Mana taknyer, sampai nak terbalik saya pegang mesin mengimbas jantung baby & contraction tu sebab mesin tu kat sebelah saya je.


Bila servik dah bukak 6cm, doktor pecahkan air ketuban & waktu tu pun tak silap saya dah pun pukul 9malam. Maknanyer, seksa nak bukak dari 1cm ke 1cm terasa lama sangat berlalu. Doktor tanya, saya ada minum air selusuh ke? Saya cakap, ada, tapi tak la banyak sangat. Dia kata, lain kali jangan minum air selusuh. Servik baru bukak sikit, awak punya sakit macam nak terberanak sangat... Ehm, ntahlah, ikut orang2 tua minum air selusuh senang nak beranak. Tapi, doktor cakap lain pulak....


Pukul 9.35malam, misi bawak saya masuk labour room tapi sebelum tu, kena amik baju baby, baju saya dll barang yang diperlukan untuk masuk labour room. Misi suruh saya call hubby, tapi rupanya handphone saya dah pun abang bawak. Mungkin abang bawak mak & Nana pegi makan. Misi cakap, takpe, nanti kita telefonkan suami awak.


Saya terus dimasukkan ke dalam Bilik 15 Labour Room. Masa tu, cuma rasa sakit sebab baby betul2 nak keluar. Doktor cakap, jangan teran dulu, servik baru bukak 6cm. Kalau awak teran dulu, nanti rahim bengkak... At least bukak 10cm baru boleh teran. Tapi, hanya Allah yang tahu, saya pun dah tak dapat nak bezakan antara teran & tahan...


Bila nampak muka abang di sebelah, saya rasa betul2 lega walaupun sakit. Abang ingatkan saya untuk berselawat dan ingat tuhan tiap kali sakit tu datang. Bila lega sikit, abang tak putus2 bercerita tentang itu dan ini. Mungkin nak saya lupakan seketika sakit yang saya tanggung. Dari pukul 9.35malam, sampailah tepat jam 12 tengah malam (saya dongak jam dinding yang letaknya betul2 atas kepala saya), servik dah bukak 8cm. Masa tu lah doktor masuk & saya dengar,"Good, sekarang dah boleh teran kuat2."


Masa tu la macam2 suara saya dengar, "teran macam orang geram", "teran kuat2, kesian kat baby awak kepala dah lebam"... Abang pulak tak putus beri sokongan. Seingat saya, saya sempat dongak jam di kepala, dari pukul 12.30 tengah malam saya kerah sepenuh tenaga, kepala baby dah keluar sedikit semi sedikit hinggalah jam menunjukkan pukul 12.54 tengah malam, saya dengar doktor cakap, "Alhamdulillah, cuba tengok baby awak. Sebut, baby apa?" Saya hanya boleh kumat kamit tapi abang jawab,"Lelaki...Alhamdulillah..."


Saya dengar abang tak putus2 bersyukur dan terdengar dia menangis teresak2, mengucapkan terima kasih pada saya. Walaupun sedar, saya rasa terlalu lemah, mungkin sebab terlalu banyak tenaga yang saya kerah untuk keluarkan baby sebesar 2.7kg dengan panjang 51cm....Baru saya tahu, rasa sakit bersalin tu macam mana. Sakitnya masa servik nak bukak sampai 10cm tapi masa meneran, tak langsung rasa sakit. Mungkin masa tu, kita cuma fikir nak teran kuat2. Lupa pada sakit yang terasa sebelum tu...


Lepas je saya dibenarkan rehat sebentar, doktor minta abang keluar dari labour room untuk azan dan iqamatkan baby, manakala saya pula perlu dijahit. Ha, ni lagi 1 seksa yang perlu saya tanggung. Dijahit oleh doktor pelatih, mungkin sebab salah menjahit, darah masih keluar. 2 orang doktor pelatih membuat perkara yang sama, jahit & bukak balik, jahit & bukak balik, sampaikan dalam hati saya berkata,"Bila nak siap nih? Tak tau ke sakit yang aku tanggung?". Tapi, kata2 tu tak terluah dari mulut, mungkin sebab saya terlalu letih & cuba nak faham tugas seorang doktor yang mungkin bertungkus lumus nak "tolong" saya...


Sempat juga saya dongak jam di dinding, saya dijahit dari pukul 1.45pagi dan betul2 selesai jam 4.30pagi.... Lepas tu, saya terlena seketika dan terjaga bila ada misi @ doktor yang keluar masuk untuk memeriksa keadaan saya. Saya juga sedar tatkala baby dibawa masuk dah diletak bersebelahan dengan saya. Bila dah nampak wajah baby saya, dalam hati berkata, "Sebijik macam muke aku." Sebab saya tengok bibirnya yang nipis & bibir bawah yang diketap dengan "gigi" atas macam zaman saya baby dulu. Suka buat macam tu... Bila terpandang muka baby, saya tercari2 abang, ke mana pulak abang pegi. Rupanya, abang tak nak menganggu saya, sebab tiap kali dia jenguk ke bilik, saya terlena tidur. Akhirnya, abang, mak mertua & Nana balik ke rumah hampir jam 7pagi setelah menunggu berjam2 lamanya. Simpati saya pada mereka, tak makan, tak tidur...


Pukul 7pagi, doktor beritahu saya terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan yang lebih khusus. Jantung saya berdegup kuat, darah yang hilang dianggarkan 400ml., ditambah pulak saya tiba2 diserang demam.... Sampailah pukul 10.30pagi waktu melawat (kali ni, katil saya sebelah dengan jam dinding..hehe..), saya masih dalam ICU, tertunggu2 jugak kalau2 abang datang tapi rupanya waktu melawat bagi wad ICU jam 12.30 tengah hari... Hampir jam 12 tengah hari, saya dibenarkan keluar dari ICU dan dihantar semula ke Wad Kelas Pertama dan Alhamdulillah, sampai je saya di katil, mak mertua sedang memangku baby. Nana pun ada tapi abang tak tau ke mana...


Bila dah nampak muka abang, barulah terasa lega. Sakit jahitan masih terasa sampaikan saya tak boleh nak duduk ataupun bangun. Hanya mampu terbaring di katil. Kawan2 yang duduk 1 bilik dalam wad tu silih berganti bertukar orang tapi saya ditahan sehingga 2 malam sebab suhu badan saya sekejap ok, sekejap demam.... Bila doktor tengok saya dah benar2 ok, barulah saya dibenarkan pulang dan hari ni, baby yang saya & hubby namakan Muhammad Afiq Izzudin baru berusia 6 hari....


Selamat melihat dunia Afiq, mulalah satu cabaran baru untuk abah & ibu mendidik kamu menjadi seorang yang mulia (Muhammad), pemurah (Afiq) dan kuat pada agama (Izzudin). Jadilah anak yang soleh, taat pada suruhan agama, hormat orang tua, dengar cakap abah & ibu, bijak & cepat belajar, pintar & cerdik. Afiq anak yang baik... Itu yang selalu ibu bisikkan selama ibu mengandungkan kamu sehingga kamu lahir ke dunia.... Amin...

3 Comments:

  1. black_canary said...
    tahniah mimie...tapi percayalah..walaupun kamu dah ada banyak anak nanti..anak sulung tetap menjadi permata hati kamu..kamu tetap akan merinduinya,bila ia dewasa kelak..nasihat aku..ambillah gambar dan video sebanyak mungkin,untuk kenangan...
    nagnoS said...
    Setiap pengorbanan seorang ibu Allah akan membalas dengan sebaik-baik ganjaran.... Selamat menjalani kehidupan baru bersama ahli baru dalam keluarga anda
    djmimie said...
    terima kasih atas komen & nasihat u all... banyak yang perlu dipelajari apatah lagi nak mendidik anak2 zaman millenium nih...

Post a Comment