Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidil Adha 2007

Hola... Kembali bersama dalam blog saya. Esok umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban... Sehubungan itu, saya, suami & ahli baru dalam keluarga kami, Afiq ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Sempena Hari Raya Korban tahun ni, saya dan suami mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis aqiqah untuk Afiq. Pagi2 lagi abahnya dah pegi melihat pusat sembelihan kambing & menghantar kambing itu kepada tukang masak untuk dihidangkan pada majlis potong jambul Afiq malam nanti. Kami bersepakat untuk mengadakan majlis tersebut di Surau Taman Puteri Wangsa... Alang2 ada gotong royong membakar lemang untuk hari raya esok, kami mengambil peluang untuk mengadakan majlis potong jambul...

Walaupun baru masuk 4 minggu usia Afiq, semakin hari, semakin banyak karenah Afiq yang saya dan hubby terpaksa layani. Atuknya sampai berkata, "Mula2 je nampak alim, lama2 dah nampak dah taring dia." Mula2 dulu, memang Afiq tak banyak meragam & merengek tengah malam... Mak saya cakap paling mudah membela Afiq kalau nak dibandingkan dengan 2 orang lagi cucunya (adik pompuan saya dah pun ada 2 orang anak lelaki... langkah bendul beb!)...

Tapi skarang ni, musim Afiq dah berubah. Mungkin sebab dia sudah boleh melihat. Kalau takde orang yang melayan dia atau berada di sebelahnya, dia akan merengek minta dilayan... Betul pesan misi kat wad dulu... 40 hari pantang, 40 macam jenis karenah baby yang awak akan belajar... Ehm, nasib baik yang kuar sorang... Kalau kembar, alamat lah slim balik saya macam zaman anak dara dulu. Ntah2 lagi kurus kering daripada tu...

Bila Afiq dah pandai merengek tengah2 malam ni, saya sampai dah tak tau nak buat apa lagi. Dituam sudah, disapu minyak ke perut & belakangnya pun sudah, diberi susu sudah, didodoi pun sudah... Kalau kata digigit serangga @ nyamuk pun sudah ditilik... Tak tau la kalau digigit serangga kat tempat2 yang saya tak dapat nak cari... Bila Afiq terus2an merengek, sampai satu ketika saya hampir putus asa.... Mungkin ini perasaan ibu2 baru seperti saya.... Yang rajin bangun tengah2 malam untuk melayan karenah Afiq, atuk & neneknya.... Abahnya??? Ehm... no comment... Ye lah, bekerja siang malam pagi petang, tak kenal ngantuk, tak kenal penat, bila dah balik rumah, dah jumpa katil, letak bom kat sebelah pun gerenti tak sedar punya....

Petang semalam, borak2 dengan abah, abah timbulkan satu persoalan, "Nanti dah balik KL, macam mana awak nak menguruskan Afiq sorang2?".... Ehm... soalan tu dah lama bermain dalam fikiran saya. Sebelum saya cuti bersalin lagi saya dah memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari2 mendatang. Mau tak mau, saya terpaksa juga belajar menguruskan diri sendiri dan Afiq berseorangan... Mak mertua dah menawarkan diri, "Susah2 sangat, Afiq tinggal je kat sini, mak jaga. Nanti kalau Afiq tinggal sini, Afiq yang nangis ke, ibu dia yang nangis?"....

Walaupun saya jenis tak kisah pun dalam segala hal, tapi bab2 menjaga anak ni, lebih baik ibunya sendiri yang membela. Bukan apa, nanti bila anak sendiri tak kenal mak lagi susah... Macam mana anak tu nak sentiasa mendoakan orang tuanya sedangkan orang tuanya tak penah nak bela dia??? Walau susah macam mana pun, saya tetap akan membela anak saya... Kadang2 terfikir juga, kalau saya bertugas di tengah malam, ada ke orang yang sudi menjaga anak saya sampai saya datang mengambil dia???? Ehm... terpaksa simpan soalan2 ni sampai saya balik KL nanti... Insya Allah, tuhan akan permudahkan urusan saya... Amin...

Ops... bila dada dah berdenyut2, sekejap lagi terdengarlah suara Afiq merengek2 minta disusui... Agaknya, inilah naluri seorang ibu. Dapat rasa sendiri apa yang akan berlaku pada anak2nya.... Well, gotta go now... Selamat Menyambut Aidil Adha pada hari esok... Sehingga kita bersua lagi, cau cendollll....

6 Comments:

  1. fz said...
    mimie..salam aidiladha. payah-payah anak tu tak ada orng jaga..bagi jer kat makcik senah klfm tu. u pun dekat ngan dia. mesti dia suka punya. Afiq cayangg..selamat potong jambul...
    zorrokantoi said...
    mimie,
    apa lagi, kak diva dah sanggup nak jaga afiq tu. apa-apa pun, terbaik kalau you sendiri yang menjaganya.
    black_canary said...
    salam mimie..mmg satu ujian dan cabaran bila mana menjadi seorang ibu bekerjaya, tetapi tahniah kerana ingin menjaga sendiri anak u tu,bukan apa, banyak kes dah, yg bila mak atau mak mertua kita jaga,kita akan susah nak dapat balik anak tersebut, anak itu pun akan renggang dengan kita...penat memang penat, tak sapa boleh nafikan,tetapi itulah cabaran..apalagi dengan suasana kerja u yg bukan 8 to 5,
    makcik senah pun dah offer dah..oklah tu..makcik senah pun dah lama tak ada baby,
    Bulan 2 nanti aku pulak merasa balik suasana berjaga malam (sbb selepas bersalin wife aku balik Ipoh dulu)penat jangan cakaplah...tak boleh bayangkan kalau wife aku kerja malam(mmg selalu pun dia kerja malam) nanti,mati aku nak uruskan 2 org anak nanti...TETAPI...itulah keseronokan menjadi papa dan mama..
    Anonymous said...
    betul ke makcik senah nak jaga? kalu makcik senah konti camne??? heheh...
    kuliling said...
    Wah ... dia ni ker yg bergelar DJMimie? ada iras iras Fauziah Latif ler ...
    Anonymous said...
    kuliling... ye ke iras fauziah latif? jauh betul peginyer... heheh..

Post a Comment