Friday, September 5, 2008

Sekitar Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah

Juara Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah, adik Siti Amirah Dayana dari Negeri Sembilan.

Rupanya adik Shafeiq dari Selangor ni pandai plak men'gena'kan MK semula... Pandai gak buat lawak pengawas sekolah ni. Dia kata, dia jaga tangga sekolah... Ye ke? Ehm...

Kiut kan adik Hazim ni? Masa sound check, dia yg paling ligat skali. Lari sana, lari sini... Bila dah tiba kena nyanyi betul2 dia dah keletihan... Kat belakang pentas, muka dia yg paling lepak skali... Apapun, bila tang menyanyi, memang comel.... Walla...

Adik Shahirah ni memang menang gaya dengan kasut boot Rm4 nyer (kata dia la bila ditanya oleh MK)... Lurus betul ye...


Segugup2 Isma Danial ni, dapat jugak bawak balik RM400 sebagai naib juara... Nilah peserta harapan dari KL. Kat belakang stage, pucat je muka dia. Bila tanya kenapa, "Ya Allah kak, nervousnyer saya!!!".... Steady la dik... Tak sia2 nervous tu... Dapat gak no 2 kan???

Yang ni adik Syazrin dari Negeri Sembilan yang menggondol tempat ke3. Sore dia sebijik macam Dayang Nurfaizah dengan lagu Erti Hidup tu...

Persembahan Roslan Shah petang tu memang menghiburkan.. Tak pe bro, next time boleh panggil lagi...

Pasangan pengantin baru amik "berkat" buat persembahan dengan adik2 bintang kecil ni... TQ Rosma & Khai...

Inilah wajah2 ceria pemenang...


Terima kasih warga kerja KLfm yang sama2 membantu kelancaran program Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah. Insya Allah, kalu puan penerbit ada rezeki lebih, boleh ler belanja Pizza Hut... Amin... :-)

Pertandingan Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah telah diadakan pada 23 Ogos 2008 di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor... Jamu lah mata anda dengan gambar2 di atas... Walla...

0 Comments:

Post a Comment