Thursday, July 22, 2010
Sekilas Info.. Sebab2 Anak2ku Dikuarantin...
1 comments Posted by Rentak Interaktif Kota at 11:39 AMPenyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Komplikasi
- Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung
Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.
Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
- Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Saturday, July 17, 2010
Sunday, July 11, 2010
Banyak gerai pameran & jualan yg wujud di sana.. Hari pertama, cuma dapat ushar mana2 barang yg dirasakan nak dijadikan milik sendiri.. Hehehe... Inilah antara beberapa gambar yg dapat dimuatkan dalam blog ini. Selebihnya, dapat anda lihat sendiri di laman fesbuk saya, Mimi Hamimah KLfm.. :-)
Friday, July 9, 2010
Pagi tadi, sebelum ke ofis, saya membawa Afiq ke SMK Presint 18 (1) untuk mengambil report card Nana (adik ipar), sementelah mak mertua tak dapat berbuat demikian kerana mengasuh anak2 jiran & abang (hubby) pulak tak berapa sihat 2-3 hari ni.. Maklumlah, demam bola, dia pun demam jugak! :-)
Lihatlah aksi abang Afiq bila dapat masuk sekolah..."Bu, abang nak sekolah!"...:-)
Kalau ikutkan, makan ke, susu ke, Afiq ok je.. Tak de masalah selera makan.. Kat rumah pun, macam vitamin saya beri pada dia & Arif, dah macam makan gula2 je, cuma disiplinkan dia makan vitamin sebiji sehari. Mungkin memang ikut baka ibunya kot. Memang pun, saya disahkan mempunyai Beta Thalasemia Trait, begitu juga Afiq. Alhamdulillah Arif normal, macam bapanya.. :-)
Selesai menghantar Afiq & Arif ke rumah, saya & abang terus ke Bangsar. Selepas makan tengah hari, saya masuk ofis demi melangsaikan tugasan mana yg perlu. Dapat pula arahan untuk ke PWTC malam tersebut, ada Forum RMK10 bersama Tun Dr. Mahathir. Setelah berbincang lebih kurang dgn abang (sebab kena tukar plan asal, maklumlah kenderaan cuma 1), saya temankan abang minum petang menantikan waktu Maghrib dan selepas waktu Maghrib, abang hantar saya ke IBC kerana kenderaan jabatan sudahpun menunggu di situ. Bersama Kak Zah (Azizah Sulaiman), Aen & Haji Sallehuddin (KBR KLfm) dan 2 orang lagi wakil dari Suara Malaysia, kami tiba di PWTC jam 8.15malam.
Usai siaran langsung jam 10 malam, sambutan Hari Lahir Tun yg ke 85 diraikan dengan memotong pulut kuning. Selamat Hari Lahir, Tun Dr. Mahathir... Semoga panjang umur, sihat berpanjangan.. Amin..
Sunday, July 4, 2010
Thursday, July 1, 2010
Maklum saje lah, mulai bulan Mei yg lalu, selain tugas di konti selama 8 jam seminggu (hari Isnin & Selasa, jam 10 pagi-2 petang), saya juga bertanggungjawab menyediakan playlist untuk setiap pagi Khamis, jam 3 pagi - 6 pagi. Selain tugas2 tersebut, saya juga merupakan Penerbit Sepenuhnya Program Nyanyi Je Lah, setiap Rabu jam 9.30 malam - 10.30 malam dan Carta Baru Baru, setiap Jumaat, 9 malam - 11 malam. Takde penolong penerbit tau macam penerbit2 yg lain.. Semua saya buat sendiri, dari segi pemilihan peserta, susun lagu, pilih lagu baru, panggil artis... Semua lah.. Senang keje sendiri ni.. Ikut kepala kita sendiri.. :-)
Cerita terbaharu tentang aktiviti KLfm, Ahad lalu, 27 Jun 2010, telah diadakan Ujibakat Bintang Kecil KLfm 2010 di Pasar Seni, KL. Banyak juga gambar2 yg dimuatturun ke laman fesbuk oleh saya sendiri, Sonic & abang BP.
Terbaharu tentang family pulak, adik Arif baru sahaja baik dari chicken pox yg dijangkiti daripada abang Afiq. Afiq pulak, dapat daripada Mak Su & Cik Su nya.. Ehm, pendek kata, semua budak yg mak jaga, hampir separuh daripada mereka terkena virus chicken pox tu... Nasib la nak kena. Terpaksalah ibu dan seisi rumah tahan rengekan dan macam2 lagi..
Untuk aktiviti yang seterusnya, Sabtu ini, Ujibakat Bintang P Ramlee pula diadakan di Pasar Seni juga, waktu yg sama, iaitu jam 2 petang hingga 5 petang & tarikhnya, 3 Julai 2010... Program Teh Tarik 1, Isnin, 5 Julai 2010, kami & Skuad Promo Sinar Harian akan berada di Ikan Bakar Sekinchan, Setiawangsa, jam 9.30 malam - 10.30 malam.
Jangan lupa juga mendengar nyayian 6 orang lagi peserta dalam Nyanyi Je Lah, setiap Rabu, 9.30 malam - 10.30 malam dan Carta Baru-Baru minggu ini 2 Julai, hari Jumaat, jam 9 malam - 10 malam bersama Band Stellar & minggu berikutnya, 9 Julai 2010 bersama kumpulan UK's...
Insya Allah, selepas entry ini, saya akan cuba update aktiviti2 terkini saya bersama KLfm mahupun family, di fesbuk, juga di blog rasmi ini juga. Ingatan kepada anda yg ingin menambah saya sebagai rakan, akaun fesbuk yg saya wujudkan hanyalah untuk rakan2 yg benar2 saya kenali. Kalau ingin juga menambah sebagai rakan, add saya menggunakan emel klfm@ymail.com. Jumpa lagi pada entry yg seterusnya..Walla!!!