Monday, October 19, 2009

TM Road to EPL







Sepanjang bulan ini, berakhir pada 17 Oktober 2009 yang lalu, DJ2 Radio Malaysia KLfm terpilih sebagai radio rasmi TM Road to EPL Shoot To Win di Tesco Ampang dan di Tesco Extra Cheras. Kami hadir untuk mempromosikan barangan TM seperti Kad iTalk dan Streamyx, juga barangan Dashing yang melayakkan pembeli untuk membuat sekurang2nya 3 sepakan penalti untuk mengumpul mata tertinggi dan memlayakkan mereka untuk memenangi percutian untuk 2 orang menyaksikan perlawanan English Premier League (EPL) secara langsung di United Kingdom.

Ramai juga sahabat2 KLfm yang sudi menjengok kami sewaktu kami mengadakan radio di lokasi, bukan setakat aktiviti ini sahaja, di mana pun kami adakan aktiviti, pasti ada sahabat KLfm yang datang memberikan sokongan. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang tak jemu2 memberikan sokongan. Walla....

0 Comments:

Post a Comment