Saturday, October 3, 2009





Letih betul anak2 ibu pegi beraye.. Masuk keta je, terus membute.. :-)

Salam... Lama betul saya tak jenguk blog saya ni. Nampak macam dah nak start bersawang dah.. hehehe.. Ye lah, sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, tahun ini sahaja, program khas terbitan saya ada 3. Kalau jadi penerbit ni, memang ler banyak tugasan yang perlu dilunaskan. Contohnya, untuk program Semanis Lebaran di Kuala Lumpur International Hotel dan Warna Warni Aidilfitri di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, saya kena meeting dengan PR2 Hotel2 tersebut, kemudian bawa pihak teknikal untuk recce dewan, cari artis2 yang sesuai untuk mewarnai program tersebut, deal dengan unit hiburan untuk bayaran artis, deal dengan PR, PA dan Manager artis yang bermacam karenah untuk dapatkan salinan dokumen untuk urusan pembayaran diaorang, arrange barang2 teknikal yang diperlukan oleh artis untuk persembahan mereka, bla bla bla... termasuklah meminta kerjasama (kekadang terpaksa merayu) untuk kawan2 lain beri sepenuh kerjasama untuk menjayakan program kita...

Tambah pulak program drama muzikal raya Gempak Syawal, kena booking studio muzik & studio drama secara berasingan untuk recording nyanyian dan lakonan DJ2 KLfm. Kalau siang studio penuh, kena booking belah malam pulak. Kalau recording belah malam, alamatlah lepas buke pose baru boleh start recording, kekadang sampai jejak pukul 1 atau 2 pagi nak bagi semua berjalan dengan lancar.

Bila tiba cuti raya, memang ler saya bercuti sakan, sampai 2 minggu lamanya, tapi itupun pada 28 dan 29 September terpaksa masuk kerja sebentar untuk menguruskan persembahan DJ2 KLfm untuk Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Badan Kebajikan Radio pada 30hb September... Sudahnya, menyesal pulak saya datang keje 2 hari tu (28 dan 29hb) sebab hanya DJ2 yang memberikan 100% komitmen sahaja datang untuk latihan, selebihnya membisu 1000 bahasa... Ehm, sakit hati juga kalau dikenangkan, sebab saya yang sedang bercuti pun boleh datang sekejap, kenapa yang lenlain tak boleh.. huih... marah ni... Lain lah kalau ada perkara yang terlebih mustahak untuk dilunaskan, tapi hanya beberapa kerat sahaja rakan2 yg faham situasi saya & bagitau saya sebab musabab ketidak hadiran mereka..

Lupakan pasal tu, sebab dah pun berlalu.. Terima kasih kepada rakan2 yg sudi memberikan kerjasama kepada saya untuk persembahan pada 30hb yang lalu, i.e. Pool, Kzie, Azlan, Nazie, Hj. Daud, Aen, Sonic dan Yatt. Terima kasih juga untuk Noreen & ND, walaupun tak dapat join, sempat gak memberitahu saya ketidak beradaan mereka... Macam tu lah kawan2.. hehehe

Sepanjang seminggu pertama cuti berhari raya, tahun ini giliran rumah mak mertua pulak, jadi kami menghala ke Kulaifornia untuk berhari raya pada hari raya pertama. Selesai menziarahi kubur sanak saudara yang telah tiada, termasuk arwah bapa mertuaku, kami ke Simpang Renggam di Kampung Pinggir untuk berhari raya ke rumah saudara mara sebelah abang. Selepas itu, pulang ke Kulai, jam 10 malam pula, saya sekeluarga pulang ke Pontian, menginap di rumah Nyai iaitu nenek saya sebelah mak.

Keesokkan harinya, kami ke Simpang Renggam semula, kali ini beraya ke rumah saudara saya sebelah abah. Sempat juga kami singgah di Air Hitam sebelum meneruskan perjalanan ke Labis, Johor. Dapat juga mak beli pasu dan bunga2 hiasa selain saya sempat juga membelikan Afiq bantal Barney & Pooh :-).. Ke Labis, rumah arwah Tok Angkat saya, walaupun sudah lebih setahun arwah tiada, keakraban kami tetap diteruskan. Saya sayu bila nenek angkat memberitahu, tiapkali dia melihat Didie (adik lelaki pertama saya), dia akan teringat pada arwah anaknya yang telah bertahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... Tiap kali tu juga nenek akan mengalir air mata.. Katanya, "Kalau arwah Mat Nor masih ada, mesti dia dah sebesar Boboy (nama timangan Didie sewaktu kecil)"...

Selesai waktu Asar, kami ke Sungai Sibol di Bandar Tenggara pula, beraya di rumah saudara sebelah abah. Misi hari raya kedua kami berakhir selepas Maghrib dan kami pulang ke Ulu Tiram pula...

Hari raya ke3, saya & anak2 hanya duduk di rumah memandangkan abang tiba2 terpaksa ke Singapura menguruskan kerja2nya.. Ehm, duit punya pasal, raya terpaksa ditolak ke tepi... Hari tu, bekas rakan sekerja saya di Radio Malaysia Johor fm, menghubungi saya dan kami keudara seketika... Kata rakan saya tu, walaupun dah bertahun saya meninggalkan Johor fm, ramai juga kawan2 Johor fm yang bertanya khabar.. :-)

Ehm, rasanya macam dah panjang entry saya ni... Insya Allah, ada masa luang, saya akan sambung lagi untuk edisi ke2.. Walla...

2 Comments:

  1. kakzie said...
    salam Aidilfitri Mie...seronok cuti panjang kan..
    djmimie said...
    seronok tak seronok gak lar.. plan nak cuti kat Rompin, tapi kena masuk keje awal sebab ada majlis sanbutan hari raye peringkat radio..:-(

Post a Comment