Monday, October 12, 2009

Hari Raya Aidilfitri - Edisi Kedua




Salam.. kali ni entry sambungan edisi yang terdahulu. Alamak, dah lupe plak lepas raye ketiga saya pergi beraya ke mana. Tapi, yang pastinya, kalau tak beraya ke saudara mara sebelah saya, sebelah abang pulak. Apatah lagi tahun ni cuti panjang, panjang ler langkahnya beraya hampir ke sekitar Johor Darul Takzim.

Kalau ikut perancangan, saya ingin menyambung cuti-cuti Malaysia ke Rompin, Pahang, apatah lagi saya mendapat baucer penginapan di Serai Lanjut Beach Resort setelah memenangi Aksi Gerek versi Malaysia yang dihoskan oleh Hezry Hashim & Fiza (host dari Singapura) yang disiarkan di TV2 bulan Ogos yang lalu.

Bukan rezeki saya, baucer tu saya hadiahkan kepada abah dan mak, sebab saya terlibat untuk persembahan DJ2 KLfm sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Badan Kebajikan Radio di Wisma Radio pada 30 September 2009 yang lalu. Takpelah, abah dan mak pun dah pencen, dapatlah mereka bercuti-cuti ke Rompin :-)

Selesai Majlis Sambutan Hari Raya peringkat radio, saya sambung kembali cuti, tapi takdelah cuti sangat sebab 1 Oktober yang lalu saya terpaksa bawa abang Afiq dan adik Arif untuk pemeriksaan bulanan. Pulak tu, abang terpaksa ke Johor menguruskan kerja di sana, terpaksa lah saya bergilir membawa abang dan adik. Jam 10 pagi bawa abang dulu ke klinik, selesai tengah hari tu, hantar abang balik dan tidurkan dia dulu (sebab kalau tak, mesti dia nak ikut lagi) dan selepas Zohor bawak adik Arif pula ke KK Putrajaya.

Alhamdulillah, berat abang naik 9.4kg, betul2 di atas garis kuning (kurang vat vitamin) manakala adik naik 6.9kg. Adik dah boleh merangkak sikit2, tapi kalau dibiarkan, jauh juga langkahnya. Tengok lah video kat atas tu :-)

0 Comments:

Post a Comment