Thursday, October 29, 2009
Afiq
1. Lahir pada 24 November 2007.
2. Lahir dengan berat 2.7kg.
3. Lahir pada pukul 12.54 tengah malam.
4. Lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
5. No. My Kid 071124-01-....
Arif
1. Lahir pada 26 April 2009.
2. Lahir dengan berat 2.79kg.
3. Lahir pada pukul 12.45 tengah hari.
4. Lahir di Hospital Serdang, Selangor.
5. No. My Kid 090426-10-....
p/s : Banyak co-incident kelahiran Afiq & Arif and that's y we called them Upin & Ipin.. :-)
Tuesday, October 20, 2009
Monday, October 19, 2009
Lama dah tak bawak budak2 mandi di swimming pool yang terletak di Presint 9 Putrajaya. Memang seronok betul tengok depa main air. Abang Afiq langsung taknak naik. Naik pun sekejap aje. Walaupun kesejukan, badan menggigil2, tapi masih gagah lagi nak berendam. Adik Arif pulak, sampai2 je terus membuta, memang dah ngantuk sejak dari rumah lagi. Tapi bila dah nak hujung2 tu, bila dia dah jaga, rendamkan dia jugak kat pool tu... Huih, tak padan kecik, bukan main syok dapat main air!
Pada 18 Oktober 2009 yang lalu (semalam), seawal pagi lagi DJ2 KLfm yang terdiri daripada Azizah Sulaiman, Yatt, Sonic, Aenraen & saya berada di Savanah Walk untuk pelancaran Sidang Media Kuiz National Georaphic di TV1 yang disiarkan pada setiap hari jam 7 malam hingga 8 malam. Kuiz ini menawarkan RM200 bagi 10 orang pemenang pada setiap minggu dan RM5,000 untuk 6 orang penyertaan terbanyak yang jumlah keseluruhannya bernilai RM82,000... Wah...
Jadi, kalau anda ingin memenangi wang tunai yang saya sebutkan di atas, jangan lupa tonton National Geographic di TV1 pada setiap hari, jam 7 malam.. Walla!!!
Sepanjang bulan ini, berakhir pada 17 Oktober 2009 yang lalu, DJ2 Radio Malaysia KLfm terpilih sebagai radio rasmi TM Road to EPL Shoot To Win di Tesco Ampang dan di Tesco Extra Cheras. Kami hadir untuk mempromosikan barangan TM seperti Kad iTalk dan Streamyx, juga barangan Dashing yang melayakkan pembeli untuk membuat sekurang2nya 3 sepakan penalti untuk mengumpul mata tertinggi dan memlayakkan mereka untuk memenangi percutian untuk 2 orang menyaksikan perlawanan English Premier League (EPL) secara langsung di United Kingdom.
Ramai juga sahabat2 KLfm yang sudi menjengok kami sewaktu kami mengadakan radio di lokasi, bukan setakat aktiviti ini sahaja, di mana pun kami adakan aktiviti, pasti ada sahabat KLfm yang datang memberikan sokongan. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang tak jemu2 memberikan sokongan. Walla....
Monday, October 12, 2009
Abang kalau dah main dengan traktor keciknya, dari hujung pintu dapur ke hujung balkoni bukan main laju lagi dia membawa traktornya. Kekadang, sapai "eksiden" terlanggar tiang buai. Yang kelakarnya, dia tak nangis, tapi sambil terduduk, dia seolah2 check traktornya kot ada tayar pancit ke, tercalar ke, macam orang betul2 eksiden... Ehm.. Anak, anak...
Salam.. kali ni entry sambungan edisi yang terdahulu. Alamak, dah lupe plak lepas raye ketiga saya pergi beraya ke mana. Tapi, yang pastinya, kalau tak beraya ke saudara mara sebelah saya, sebelah abang pulak. Apatah lagi tahun ni cuti panjang, panjang ler langkahnya beraya hampir ke sekitar Johor Darul Takzim.
Kalau ikut perancangan, saya ingin menyambung cuti-cuti Malaysia ke Rompin, Pahang, apatah lagi saya mendapat baucer penginapan di Serai Lanjut Beach Resort setelah memenangi Aksi Gerek versi Malaysia yang dihoskan oleh Hezry Hashim & Fiza (host dari Singapura) yang disiarkan di TV2 bulan Ogos yang lalu.
Bukan rezeki saya, baucer tu saya hadiahkan kepada abah dan mak, sebab saya terlibat untuk persembahan DJ2 KLfm sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Badan Kebajikan Radio di Wisma Radio pada 30 September 2009 yang lalu. Takpelah, abah dan mak pun dah pencen, dapatlah mereka bercuti-cuti ke Rompin :-)
Selesai Majlis Sambutan Hari Raya peringkat radio, saya sambung kembali cuti, tapi takdelah cuti sangat sebab 1 Oktober yang lalu saya terpaksa bawa abang Afiq dan adik Arif untuk pemeriksaan bulanan. Pulak tu, abang terpaksa ke Johor menguruskan kerja di sana, terpaksa lah saya bergilir membawa abang dan adik. Jam 10 pagi bawa abang dulu ke klinik, selesai tengah hari tu, hantar abang balik dan tidurkan dia dulu (sebab kalau tak, mesti dia nak ikut lagi) dan selepas Zohor bawak adik Arif pula ke KK Putrajaya.
Alhamdulillah, berat abang naik 9.4kg, betul2 di atas garis kuning (kurang vat vitamin) manakala adik naik 6.9kg. Adik dah boleh merangkak sikit2, tapi kalau dibiarkan, jauh juga langkahnya. Tengok lah video kat atas tu :-)
Saturday, October 3, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 - Edisi Pertama
2 comments Posted by Rentak Interaktif Kota at 11:04 AM
Letih betul anak2 ibu pegi beraye.. Masuk keta je, terus membute.. :-)
Salam... Lama betul saya tak jenguk blog saya ni. Nampak macam dah nak start bersawang dah.. hehehe.. Ye lah, sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, tahun ini sahaja, program khas terbitan saya ada 3. Kalau jadi penerbit ni, memang ler banyak tugasan yang perlu dilunaskan. Contohnya, untuk program Semanis Lebaran di Kuala Lumpur International Hotel dan Warna Warni Aidilfitri di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, saya kena meeting dengan PR2 Hotel2 tersebut, kemudian bawa pihak teknikal untuk recce dewan, cari artis2 yang sesuai untuk mewarnai program tersebut, deal dengan unit hiburan untuk bayaran artis, deal dengan PR, PA dan Manager artis yang bermacam karenah untuk dapatkan salinan dokumen untuk urusan pembayaran diaorang, arrange barang2 teknikal yang diperlukan oleh artis untuk persembahan mereka, bla bla bla... termasuklah meminta kerjasama (kekadang terpaksa merayu) untuk kawan2 lain beri sepenuh kerjasama untuk menjayakan program kita...
Tambah pulak program drama muzikal raya Gempak Syawal, kena booking studio muzik & studio drama secara berasingan untuk recording nyanyian dan lakonan DJ2 KLfm. Kalau siang studio penuh, kena booking belah malam pulak. Kalau recording belah malam, alamatlah lepas buke pose baru boleh start recording, kekadang sampai jejak pukul 1 atau 2 pagi nak bagi semua berjalan dengan lancar.
Bila tiba cuti raya, memang ler saya bercuti sakan, sampai 2 minggu lamanya, tapi itupun pada 28 dan 29 September terpaksa masuk kerja sebentar untuk menguruskan persembahan DJ2 KLfm untuk Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Badan Kebajikan Radio pada 30hb September... Sudahnya, menyesal pulak saya datang keje 2 hari tu (28 dan 29hb) sebab hanya DJ2 yang memberikan 100% komitmen sahaja datang untuk latihan, selebihnya membisu 1000 bahasa... Ehm, sakit hati juga kalau dikenangkan, sebab saya yang sedang bercuti pun boleh datang sekejap, kenapa yang lenlain tak boleh.. huih... marah ni... Lain lah kalau ada perkara yang terlebih mustahak untuk dilunaskan, tapi hanya beberapa kerat sahaja rakan2 yg faham situasi saya & bagitau saya sebab musabab ketidak hadiran mereka..
Lupakan pasal tu, sebab dah pun berlalu.. Terima kasih kepada rakan2 yg sudi memberikan kerjasama kepada saya untuk persembahan pada 30hb yang lalu, i.e. Pool, Kzie, Azlan, Nazie, Hj. Daud, Aen, Sonic dan Yatt. Terima kasih juga untuk Noreen & ND, walaupun tak dapat join, sempat gak memberitahu saya ketidak beradaan mereka... Macam tu lah kawan2.. hehehe
Sepanjang seminggu pertama cuti berhari raya, tahun ini giliran rumah mak mertua pulak, jadi kami menghala ke Kulaifornia untuk berhari raya pada hari raya pertama. Selesai menziarahi kubur sanak saudara yang telah tiada, termasuk arwah bapa mertuaku, kami ke Simpang Renggam di Kampung Pinggir untuk berhari raya ke rumah saudara mara sebelah abang. Selepas itu, pulang ke Kulai, jam 10 malam pula, saya sekeluarga pulang ke Pontian, menginap di rumah Nyai iaitu nenek saya sebelah mak.
Keesokkan harinya, kami ke Simpang Renggam semula, kali ini beraya ke rumah saudara saya sebelah abah. Sempat juga kami singgah di Air Hitam sebelum meneruskan perjalanan ke Labis, Johor. Dapat juga mak beli pasu dan bunga2 hiasa selain saya sempat juga membelikan Afiq bantal Barney & Pooh :-).. Ke Labis, rumah arwah Tok Angkat saya, walaupun sudah lebih setahun arwah tiada, keakraban kami tetap diteruskan. Saya sayu bila nenek angkat memberitahu, tiapkali dia melihat Didie (adik lelaki pertama saya), dia akan teringat pada arwah anaknya yang telah bertahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... Tiap kali tu juga nenek akan mengalir air mata.. Katanya, "Kalau arwah Mat Nor masih ada, mesti dia dah sebesar Boboy (nama timangan Didie sewaktu kecil)"...
Selesai waktu Asar, kami ke Sungai Sibol di Bandar Tenggara pula, beraya di rumah saudara sebelah abah. Misi hari raya kedua kami berakhir selepas Maghrib dan kami pulang ke Ulu Tiram pula...
Hari raya ke3, saya & anak2 hanya duduk di rumah memandangkan abang tiba2 terpaksa ke Singapura menguruskan kerja2nya.. Ehm, duit punya pasal, raya terpaksa ditolak ke tepi... Hari tu, bekas rakan sekerja saya di Radio Malaysia Johor fm, menghubungi saya dan kami keudara seketika... Kata rakan saya tu, walaupun dah bertahun saya meninggalkan Johor fm, ramai juga kawan2 Johor fm yang bertanya khabar.. :-)
Ehm, rasanya macam dah panjang entry saya ni... Insya Allah, ada masa luang, saya akan sambung lagi untuk edisi ke2.. Walla...