Tuesday, August 4, 2009

Kerja Luar...



Sejurus selepas berakhirnya Mini Karnival KLfm 2009 pada hari Sabtu lepas, 1 Ogos 2009, saya, abang dan adik ipar (Ude) bergegas mandi2 di pejabat KLfm dan terus pecut ke Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk majlis persandingan Syibli bin Hj Setu dan pasangannya Suraya binti Hj Yuhanis. Suraya merupakan anak saudara kepada DJ Hj Manan Selamat dan mereka sudi menjemput saya sebagai juruacara majlis pada malam tersebut.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apatah lagi mengetahui artis jemputan pada majlis tersebut ialah Dato' Siti Nurhaliza, saya & hubby sangat2 teruja & rasa tak sabar nak menghadiri majlis tersebut berminggu2 lamanya (kerana dimaklumkan oleh pihak keluarga pengantin 3 minggu lebih awal daripada tarikh majlis). Pada mulanya, Ude berura2 nak pulang ke JB pagi Sabtu tu tetapi membatalkan niatnya hanya semata2 ingin bersetentang mata dengan Dato' Siti Nurhaliza.

Hilang rasa penat bermain bola sepak sebelah petang apabila dapat bergambar sebelah menyebelah dengan Dato' Siti dan masing2 pulang dengan senyuman yang dibawa hingga ke alam mimpi...Wallaaaaaa.... :-)

3 Comments:

  1. fz said...
    dah tahu nak jumpa Datuk Siti kenapa tak standby Nikon D5000..hehehe
    azieazah said...
    Wah... mesti best kan..
    djmimie said...
    mana la den mampu nak beli nikon d5000 kak oiii...hehehe.. nasib ler dapat job macam ni.. boleh ler beli susu & pampers anak..hehehe

Post a Comment