Tuesday, August 18, 2009

Dah Besar Rupanya...





Setelah setiap hari Sabtu kerja, kerja dan kerja, hari Ahad lepas, duduk di rumah, takde apa yang nak dimakan untuk sarapan pagi, saya ajak Abang Afiq ke kedai di blok Julia untuk membeli lauk untuk dimasak pada hari tersebut. Afiq memang pantang kalau nak dibawa berjalan, cepat2 dia pegi stor untuk mendapatkan sellipar birunya...


Pulang dari kedai, kami melintasi kawasan taman permainan kanak-kanak, Afiq pun menunjuk2 ke arah permainan gelongsor yang terdapat di situ. Dah lama juga saya tak menemani Afiq bermain di taman permainan, jadi hari tu, Adik Arif pun masih lagi tidur di rumah dan ada neneknya yang menjaganya, dapat lah juga saya luangkan sedikit waktu untuk menemani Afiq bermain-main di situ.

Tak sangka, Afiq sudah mahir bermain gelongsoran dan buaian tanpa bantuan daripada saya lagi. Saya hanya perlu memerhatikan sahaja gerak gerinya bermain, tak perlu lagi saya bantu Afiq untuk memanjat tangga, memeluk erat Afiq sambil sama-sama berbuaian dan lain-lain permainan yang menuntut Afiq untuk memanjat dan sebagainya...

Aduh sayang, ibu minta maaf sangat2 kerana kesibukan bekerja, ibu tak prihatin perkembangan anak ibu yang sulung ni, apatah lagi kehadiran adik Arif dan Afiq sendiri punya Mak Su dan Cik Su yang punya lebih banyak masa untuk menemani Afiq ke taman permainan... Alahaiiiii....

4 Comments:

  1. Anonymous said...
    Betul lah mimie... Kadang2 kita tak tahu anak kita dah jauh hati dgn kita... sebelum ni dia tidur dgn kita... bila adik ada dia makin jauh dgn kita...WI
    kakzie said...
    cepat masa berlalu....
    azieazah said...
    Ada banyak lagi perkara yang kdg2 kita terlepas pandang..

    Memang kita cuba utk memantau segala, tetapi ada juga yang kita tidak mampu lakukan.. yg penting mencuba..

    Jangan salahkan diri sendiri, tetapi perbaiki kealpaan itu di masa akan datang...
    djmimie said...
    kerana tuntutan tugas, kekadang ini yg berlaku... kalau tak keja, payah plak nak bagi makan anak2.. :-)

Post a Comment