Wednesday, July 22, 2009
Meronta2 adik bila masuk bilik imunisasi.. Belum cucuk lagi tu... Macam dah tau je nak kena cucuk
Pada hari Selasa, 21 Julai 2009 yang lalu, selesai konti jam 2 petang, saya bergegas pulang ke rumah untuk mengambil abang & baby Arif untuk 2nd monthly check ups. Nasib baik Afiq tidur waktu saya pulang ke rumah masa tu, kalau tak, jenuh dia nak ikut kalau ibu atau abah nak keluar rumah selain daripada pergi kerja. Macam tau2 je abang Afiq ni...
Arif memang dah mengantuk waktu nak dibawa keluar. Dapat juga Arif lelap setengah jam sebelum tiba waktu dipanggil untuk diperiksa oleh misi yang bertugas. Berat badan Arif naik 5.6kg walaupun baru nak masuk 3 bulan, tak seperti Afiq yang hanya seberat 5.2kg sewaktu berumur 4 bulan. Rasa2 pun, adik Arif akan lebih besar daripada abang Afiq...
Waktu nak timbang berat & ukur panjang badan Arif, Arif tak meragam, cuma ligat la bila nak buka dan pakaikan kembali baju Arif, hinggakan misi tegur,"Aktifnya!"... Ehm, misi tak tau, waktu mengandungkan Arif pun, bukan main ligat Arif dalam perut hinggakan ada satu ketika berbunyi "keretuk" di dalam perut (saya sangkakan Arif terbelit tali pusat!).
Selesai diperiksa oleh misi, saya & abang ke bilik imunisasi untuk imunisasi 3-serangkai yang pertama untuk Arif. Ehm, alamat demam la Arif balik nanti, kata abang... Macam Afiq, 3-3 kali cucuk 3-serangkai, 3-3 kali tu jugak dia demam.... Takpe la dik, untuk kesihatan adik masa akan datang jugak kan... Sian, anak ibu.. :-)

2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nanti dah besar skit, lagi seronok...