Monday, June 22, 2009

Majlis Cukur Jambul Arif

Dua orang nenek "mengerjakan" kepala Arif...



Tadaaa.. Hasilnya, bertambah tembam nampak muka adik Arif...


Pada 20hb Jun yang lalu, saya dan suami mengadakan Majlis Cukur Jambul adik Arif di rumah kami pada jam 3 petang. Antara rakan2 KLfm yang hadir, paling awal, jiran kami lah, sape lagi kalo bukan DJ Julia, disusuli Hj Manan dan DJ Azlan Omar.

Antara sahabat2 KLfm yang sudi hadir, paling awal, pak imam, abang Kajang Berlipat & Kak Sal (siap tolong potong2 lontong lagi.. TQ banyak2 kak!), Ila IP dan Kak Longnya, Izzana & family, Bhaiya FDM dan juga Black Canary... Ada yang tak disebut lagi ke? Maaf la ye.. heheheh.. Terima kasih banyak2 sebab sudi datang majlis saya yang tak seberapa tu...

Sebenarnya, kalau ikutkan jemputan saya, kami menjangkakan lebih 100 orang hadir, tapi nampaknya hanya lebih kurang 20 orang... Ehm, berlambak2 la lauk dan kuih yang disediakan, hingga setiap tetamu yang hadir dapat bawa balik berkat ke rumah...

Majlis cukur jambul adik Arif tu pun dikongsi bersama kenduri doa selamat hari lahir sepupu Arif & Afiq, Tun Adli Hakimi (anak Marma) yang menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun pada 21hb Jun.

Kalau ikutkan perancangan, abang berhajat nak merakamkan gambar2 cukur jambul adik Arif, tapi oleh sebab Nana (adik abang) tertidur keletihan selepas balik kelas tambahan UPSR awal pagi tersebut (kami cari2 dia tak jumpa, rupanya tidur di bilik tengah yang penuh dengan barang2), abang terpaksa mengiringi saya untuk mengagihkan bunga telur kepada tetamu yang hadir. Sudahlah Afiq memang dah ngantuk, tengok pulak semua orang berdiri marhaban, dia pun meraung la sampaikan susah abang nak menjalankan tugasnya... Untuk makluman semua, Afiq ni penakut yang amat... heheh... Sudahnya, satu gambar pun takde nak dipaparkan dalam blog ni..

Apa yang terpapar di atas, adalah aktiviti 2 orang nenek mengerjakan rambut cucu baru mereka pada hari yang berikutnya.. Arif memang suka tidur dipangku. Lena je Arif, Nenek Nah & Nenek Yah bergilir menggunting dan mencukur rambut adik Arif... Lihatlah wajah terbaharu Arif di atas.. :-)

7 Comments:

  1. MrsWebmaster said...
    sangat suke karipap dan nasi impit + kuah kacang yang sangat jawa itu. terasa macam dah raya sampai bertambah sepinggan lagik. hehe. buat2 tak nampak iye..
    djmimie said...
    ramai gak yang datang cakap macam salah majlis jek. macam datang open house hari raya plak... heheh
    black_canary said...
    This comment has been removed by the author.
    black_canary said...
    thanks mimie kerana sudi menjemput kami....tapi kak mas mintak maaf kerana tak dpt hadir kerana terikat dgn tugas...
    kakzie said...
    pastry karipap tuh sedap....
    oh bhai ngan abgBC dtg eik?rugi balik awai hehehe lau tak leh kenal ngan mamat bangla yg pemalu tuh hehe...
    IXORAROXI said...
    maafkan KAK IX ya MIMIE tak dapat nak menghadirkan diri
    djmimie said...
    tu la pasal ila.. awai sangat balik... tak penah jumpa bhai ke? bhai ala2 malu2 kambing plak... suh tambah pun susah.. lauk pauk tu memang banyak giler.. rugi kak ix tak datang.. tak kira la nak diet ke tak, mesti makan, makan & makan macam bro BC.. heheh

Post a Comment