Monday, June 29, 2009

Afiq Masuk U???

Afiq jalan2 di Bandar Kuantan



Afiq pun nak mendaftar jugak...



Afiq tolong Pak Teh, Nenek & Mak Ude mengemas barang2 Pak Teh...

Wah.. seronok betul bujang ibu dapat berjalan sampai ke Kuantan. Ini semua gara2 Pak Uteh yang nak mendaftar masuk ke Kolej IKIP Kuantan pada 27 Jun 2009 yang lalu. Abah, nenek & Mak Ude pun ikut sama tapi ibu tinggal di rumah menjaga adik Arif yang masih kecil. Mak Su dan Cik Su pulak ke sekolah kerana menggantikan hari persekolahan yang bakal ditutup pada hari raya nanti...

Ibu dah cakap, Afiq ni kuat jalan. Jauh mana pun, tak susah nak bawak di jalan2. Agaknya, dari kecil lagi dah berjalan jauh, jadi Afiq tak kekok pun walau ke mana saja dibawa. Dulu, masa Afiq berumur 3 bulan, dia dah pun kami bawa ke Langkawi... Yang pelik tu, masuk kereta je, adalah masa untuk Afiq berehat a.k.a tidur.. Kereta berhenti je, mata dia pun buntang... Tak sabar2 nak keluar... Bukan main ligat Afiq ke hulu ke hilir sewaktu abah mendaftarkan Pak Uteh di Kolej IKIP tapi bila ada yang cuba nak usik Afiq, cepat2 dia balik ke pangkuan nenek... Amboi amboi amboiiii... Jangan bila dah besar nanti Afiq tak betah dok umah plak! Susah ibu.... :-)

0 Comments:

Post a Comment