Thursday, December 11, 2008

Misi Kemanusiaan Bukit Antarabangsa

Mr. AP menyambut dan membawa kami melawat ke tempat kejadian dari tempat masuk hinggalah ke puncak Taman Bukit Utama... Jauh jalan tu, lebih dari 2km... Huh!

Satu2nya jambatan binaan abang2 tentera bagi menggantikan jalan raya yang terputus akibat bencana tersebut.. er... tunggu la mak buyung kat belakang nih... iiihhhhh!!!



Beginilah keadaan rumah2 yang dibawa tanah runtuh di lokasi kejadian... Maaf la kengkawan yek, saya amik gambar belakang jek... Tak yah nak inter-frame... heheh

Gambar ni sewaktu turun dari Taman Bukit Utama... nak tunjuk kat arah punca tanah runtuh tapi jari telunjuk tak tau hala ke mana... heheh

Kembali ke lokasi pertama kami sampai... ehm... ada "bau" sikit kat sini (tengok muke! :-))

Jalan raya yang merekah akibat kejadian alam dengan lafaz "Kun Fayakun"... Nauzubillah...

Datuk Khalid menikmati mee segera buatan kami... :-)

Menjelang Hari Raya Korban, hari Sabtu kurang lebih jam 4pagi, kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang membabitkan 14 buah rumah dan 4 nyawa terkorban selain kehilangan tempat kediaman dan harta benda para penghuni di sekitar kawasan tersebut. Sehubungan itu, KLfm telah melawat tempat kejadian pada hari Rabu, 10 Disember 2008 iaitu selepas 4 hari kejadian tersebut berlaku. Selain melawat tempat bencana, kami juga membantu pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mengagihkan makanan kepada para petugas dan juga orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut.

Mulanya, Puan Fee, iaitu Pengawal KLfm tak mengizinkan saya pergi... Yelah, dah tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU), ramai gak yg membantah saya ikut... :-) ... tapi, pujuk punya pujuk, saya offer diri nak jadik camerawoman of the day... Hasilnya, semua gambar yg saya ambil gambar warga KLfm dari belakang... hahahah... Biasalah, mak buyung mesti sentiasa tertinggal di belakang... Apapun, puas hati dapat naik sampai ke Taman Bukit Utama. Memula tu, memang la tak rasa apa2, sampai la kat booth PBSMM, siap berdiri tolong agih2kan mee segera kepada pengunjung yang datang ke booth tersebut... Lat sejam 2, terus angkat bendera putih, surrender sebab rasa cam nak pitam... heheheh... :-)

Apapun, terima kasih kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid yang sudi singgah ke booth kami untuk menikmati mee segera spesel siap telur separuh masak yang disediakan oleh PBSMM untuk kami agih2kan... Uncle2 PBSMM kata, sebelum kami ada di booth tu, sorang pun tak sudi nak singgah... Lepas kami take over, berkotak2 mee segera habis... heheheh :-) .... Bab menghabiskan stok ni memang expert la..... Walla...

0 Comments:

Post a Comment