Friday, December 26, 2008
Bermula 25 Disember 2008, saya mula bercuti panjang hujung tahun, mengambil kesempatan sempena cuti Hari Natal, Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009M... Balik ke kampung bersama-sama family Marma, kami bertolak dari Putrajaya jam 10pagi dan tiba di Ulu Tiram, Johor jam 1 tengahari.... Huih... boleh tahan laju jugak si Tun ni bawak keta...
Sepanjang berada di rumah mak, mak dan abah yg baru balik menunaikan Haji di Mekah Hari Raya AidilAdha yang lalu tak putus2 bercerita tentang pengalaman mereka sepanjang berada di sana... Puas jugalah kami adik beradik, anak beranak makan kurma, kismis, biskut dan lain2 makanan dari Arab.. :-)
Untuk semua pelawat blog, ni lah gambar2 Afiq bersama sepupu2 dan pakciknya... Selamat Hari Natal untuk yang menyambutnya dan untuk Muslimin Muslimat, Salam Maal Hijrah 1430H.. Untuk semua, Selamat Tahun Baru 2009H... Walla...
2 Comments:
-
- kakzie said...
December 28, 2008 at 3:25 PMbisik kat mak tu..inai tiub dr Mekah tak de ke?hehehe- Anonymous said...
December 30, 2008 at 10:20 PMnak ke? dulu masa mak abah gi umrah dia ada bagi 1 tiub... rasanyer blum bukak lagik... nanti balik KL kiter carik dalam gerobok... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)