Monday, December 15, 2008
Tengoklah aksi Afiq bersama Cik Su (Ayu) dan Mak Su (Nana) nya... Siap lambai tangan kat ibu lagi...
Minggu lepas, saya bercuti sehari untuk temujanji doktor untuk ujian ultrasound baby yang dalam perut ni... On the way keluar dari KK Putrajaya tu, lalu swimming pool Presint 9 tu, nampak ramai juga ibu bapa yg membawa anak2 mereka berendam kat situ... Saya pun terfikir, alang2 hari tu hari Jumaat (mind set kata hari tu takde la ramai sangat orang), tambahan pula Nana, Ayu & mak mertua saya ada di sini, y not saya bawa mereka berendam sejam 2 di sana... So, saya berniat, kalo petang tu tak hujan, saya akan bawa mereka berendam di sinun... :-)
Memang niat baik :-), hujan tak turun petang tu. Lepas Afiq bangun tido, saya bawa Afiq, Nana, Ayu dan mak ke swimming pool Presint 9 Putrajaya untuk main2 air... Memula letak Afiq kat tempat air tu, takut juga Afiq nak jejak. Tangan dah capai air pancut tu tapi kaki masih jingkit2, takut nak pijak kawasan berair tu... Sudahnya, bila ibu suruh "sit down", baru la Afiq duduk elok2 sebelah air pancut tu. Sambil terkelip2 tengok air pancut, nak pegang ala2 manja, bila dah naik syeh terus lupa kat ibu....
Lepas tak berapa nak puas main air, ibu bawak Afiq main playground kat sebelah tu. Bukan main seronok Afiq main gelungsur tu turun-naik-turun-naik... Nasib baik Afiq dah macam nak tido, kalu tak, mau mengamuk tak nak balik... :-)... Tengoklah aksi-aksi Afiq di kolam renang... Walla...
3 Comments:
-
- kakzie said...
December 16, 2008 at 12:16 PMaduhyai..ansem la Afiq...posing bukan main dier hehe buat gerammm jer huhuhu- Anonymous said...
December 16, 2008 at 6:52 PMgambo tu je la yg nampak dia posing betul2... gambo laen asik buat muke pelik2 je afiq ni... :-)- Kerabat Sahabat Kajang Berlipat said...
January 27, 2009 at 2:34 PMAfiq tak lama lagi nak dapat baby... jangan nakal2 tau...ikut cakap mama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)