Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...
kalau ada tersasul kata ke (memang dah slalu pun ;-))...yang mengguris perasaan sama ada secara sengaja ataupun tidak (slalunya tak perasan pun..heheh).
Harap jangan berkecil hati, biasa la, saya pun manusia gak... Ampun maaf dipinta yek...
Ikhlas daripada - Mimie Walla, Real Bond & Afiq
Wednesday, September 24, 2008

Sepanjang minggu dari 8 hingga 12 September 2008, dari petang, break buka, dan sambung ke malam, DJ2 KLfm mengambil giliran untuk membuat rakaman untuk Carta Semprit Raya 2008 di teratak cantik En. Rosli Ahmad, seorang komposer dan penulis lirik yang menaja studio sekaligus menjadi Sound Engineer untuk projek Carta Semprit ni. Gambar2 di atas adalah ehsan Zullastree, iaitu pada hari ketiga rakaman, yang melibatkan KBR, Hj. Salehuddin Hj. Ramlan, MK dan gandingan Zullas & Paparay... Terima kasih untuk En. Rosli Ahmad sekali lagi....
Ha, sejak dah massuk studio rakaman nih, masing2 nak menunjukkan bakat men'sumbang'kan sore... heheh... nyanyi, jangan tak nyanyi...
Pada 13 September 2008, KLfm sekali lagi bekerjasama dengan Saloma Theatre Restaurant untuk tahun ini mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim dan rakaman Senandung Lebaran d'KLfm yang akan disiarkan pada Hari Raya pertama jam 2.30 petang. Tahniah untuk warga kerja KLfm terutama puan penerbit, Julia dan penolong penerbit @enraen yang bertungkus lumus menjayakan program ini...
Majlis Sayang Disayang Bersama Warga Emas & Anak Yatim
0 comments Posted by Rentak Interaktif Kota at 11:57 AMPada 9 September 2008, warga kerja KLfm dengan kerjasama Hotel The Legend Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Sayang Disayang bersama warga Emas dan Anak2 Yatim. Antara artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah Mr. Os dan Shikin (Dangdut)...
Ehm... Lama dah rasanya nak betul2 duduk depan komputer ni dan update blog ni betul2. Hari ni, baru la dapat luangkan sikit waktu untuk update blog saya nih. Kalau berita dah basi ni. Apapun, program Joran Merdekaria Sahabat KLfm 2008 ni telah pun diadakan dengan jayanya pada 16 Ogos 2008 di Tasik UPM Serdang. Program anjuran bersama Kerabat Sahabat Kajang Berlipat dan KLfm ni berjalan seperti yang telah dirancangkan sebulan lamanya... Tahniah kepada bro KB, KSB & Real Bond atas penganjuran program ni. Insya Allah, bertemu lagi pada tahun hadapan... Walla....
Tuesday, September 23, 2008
Wednesday, September 17, 2008
Friday, September 5, 2008
Sekitar Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah
0 comments Posted by Rentak Interaktif Kota at 4:18 PMSegugup2 Isma Danial ni, dapat jugak bawak balik RM400 sebagai naib juara... Nilah peserta harapan dari KL. Kat belakang stage, pucat je muka dia. Bila tanya kenapa, "Ya Allah kak, nervousnyer saya!!!".... Steady la dik... Tak sia2 nervous tu... Dapat gak no 2 kan???
Pertandingan Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah telah diadakan pada 23 Ogos 2008 di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor... Jamu lah mata anda dengan gambar2 di atas... Walla...
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)