Thursday, August 14, 2008

Pelancaran Rapid KL - KLfm










Post yang terdahulu, gambar dalam konti. La ni, dah siap gambar keseluruhan majlis pelancaran tertempeknya wajah2 DJ2 KLfm di bas RapidKL. Musykil ye, macam mana muka saya pun boleh terselit dalam gambar2 di atas? Walaupun sewaktu majlis berlangsung saya bertugas di dalam konti, sempat juga saya keluar sewaktu Berita Dunia jam 11 untuk tengok sendiri apa yang berlaku di tempat kejadian. Bila sampai je, majlis pun dah habis, makanan pun dah clear. Apapun, dapat gak melaram dengan rakan2 lain dengan telinga disumbat radio supaya sentiasa berbunyi di udara... Wallaaa....

6 Comments:

  1. ilaIP said...
    rapid kl u29 dan u28 tu la number hari2 yang membawa ku ke tempat kerja..selesa tetapi ade kelemahan krn bas ni kkdg lambat dan pernah tunggu hampir sejam baru dtg
    djmimie said...
    ila, saya tak penah lak naik bas rapidKL. zaman blajar kat UKM dulu naik bas metro dari kajang ke KL... dengan jem kat plaza phoenix, dengan besosak2, macam2 bau ada... huih...
    ilaIP said...
    bas metro last choice tak suka naik sebab lembab suka tunggu penumpang..
    black_canary said...
    hai lama tak masuk blog hang..dah tukar wajah ye..
    bas rapid..no komen..tapi yg tertera muka dj klfm belum lagi masuk workshop aku...(kalau masuk..aku akan lukis misai kat muka mimie...kah kah kah...)
    djmimie said...
    Bro BC, ni ada kena panggilan misteri mintak tokeh workshop gi hantar bas tu kat kedai bhaiya kasi susi bersih2... lagi2 hak yg ada muka saya tu.. hehehe
    azieazah said...
    Sorang nak conteng... Sorang nak susi...

    Lama-lama kelabu ler gambo MIMIE kat dinding Rapid tu.. hahahah..

    sejak zaman Rapid dulu (bermula dgn Bas Sri Jaya) Kak AA dah lali dgn ragam bas awam ni..

    tp sekrg dah jarang naik bas.. rindu plakkkk..

Post a Comment