Friday, August 29, 2008
Thursday, August 21, 2008
Inilah keje Afiq skarang, lumba merangkak dengan ibu @ abah... Kadang2 tu dari depan pintu ke balkoni, tak pun, dari balkoni ke dapur... Afiq rajin temankan ibu masak kat dapur @ sidai kain kat balkoni belakang... Lagi satu, Aifq pantang nampak remote control ke, handphone ke, seboleh2 dia akan kejar untuk pegang... HUih... jenuh lari nih...
Thursday, August 14, 2008
Post yang terdahulu, gambar dalam konti. La ni, dah siap gambar keseluruhan majlis pelancaran tertempeknya wajah2 DJ2 KLfm di bas RapidKL. Musykil ye, macam mana muka saya pun boleh terselit dalam gambar2 di atas? Walaupun sewaktu majlis berlangsung saya bertugas di dalam konti, sempat juga saya keluar sewaktu Berita Dunia jam 11 untuk tengok sendiri apa yang berlaku di tempat kejadian. Bila sampai je, majlis pun dah habis, makanan pun dah clear. Apapun, dapat gak melaram dengan rakan2 lain dengan telinga disumbat radio supaya sentiasa berbunyi di udara... Wallaaa....
Friday, August 8, 2008
Bukan main suka lagi afiq melaram dengan sunglass abah. Siap control hensem taknak bagi spek tu jatuh ke bawah. Tapi tak tinggal dengan puting kat mulut... ehm... jenuh la nanti nak ajar dia pisah dengan puting tu. Gambar2 ni kami candid masa bawa Afiq ke Stadium Selayang 26hb Julai yang lalu sebab ada Pertandingan Karaoke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Abah diminta untuk menjadi juri pertandingan tersebut. Ibu dan Afiq jenuh menunggu sampai tengah malam... Kesian Afiq... Apapun, Afiq memang tak kisah, dia memang suka berjalan ni. Kalau kat rumah pun, memang pusing merangkak dari pintu masuk ke balkoni. Tak reti dok diam... Walaupun skarang ni tengah demam... Nak tumbuh gigi kot???
Lawatan daripada CEO Rapid KL, En. Suffian, GM RapidKL, En. Ebi dan kakitangan Rapid KL bersama pengawal KLfm, Puan Fee, Julia dan saya la... sape lagik..heheh
08.08.08 tarikh yang sangat cantik lagi walla untuk majlis pelancaran terteranya wajah2 DJ2 KLfm yang disalut di bas Rapid KL. Nasib baik bas ni tak jalan2 sampai JB, boleh gak suh adik-beradik, mak abah, mak mertua, adik2 ipar tunjuk kat orang kampung... tu ler muka yang dikenali...heheh...
Walaupun saya tak dapat nak bergaya sakan waktu majlis pelancaran tu kerana tugas di dalam konti, rombongan dari Rapid KL sudi berkunjung ke konti KLfm selepas majlis tersebut. Dengan gembiranya, CEO Rapid KL sudi untuk menambah lagi 4 buah bas untuk disalut wajah2 DJ2 KLfm... Wallanya...Jadik,ada 10 buah bas Rapid KL yang berlegar di sekitar Lembah Klang dengan wajah2 DJ2 KLfm... Wallanyer.... Yea Haaaa...