Thursday, July 3, 2008

Lakaran Kehidupan

Malam tadi, lepak2 dengan cik abe, Afiq (yang memang langsung tak boleh tinggal) disertai dengan abang Kajang Berlipat & Kak Sal Bangi, saya tertarik dengan seorang lelaki berbangsa Cina ini. Mana taknya, walaupun beliau berbangsa Cina, tutur bicara dan perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang beliau gunakan, kalah orang melayu sendiri yang lebih suka gunakan bahasa pasar sahaja...

Bila sang DJ karaoke menjemput beliau menyanyi, berkumandang suara akan2 Rahim Maarof, apatah lagi lagu 'Usang' yang dipilih beliau memang dinyanyikan oleh penyanyi lewat 90an itu. Pergh... memang cair tahi telinga dengar beliau menyanyi beb, ditambah lagi dengan vibrato orang2 "che" seusia beliau... Memang power beb, bak kata Nazie yang bertubuh power tuh... Dan memang Walla, bak kata saya yang bertubuh walla nih... hehehe

Bila beliau kembali ke meja makan kami, cik abe berbisik, "Abang nak mintak dia lukis muka ayang".... "Dia boleh lukis ke bang?"... "Tengok la sat nanti".... Cik Abe pun cakap kat beliau, lalu beliau pun meminta sekeping kertas pesanan daripada adik kedai makan tu dan mengenakan cermin mata kuningnya dan melakar muka saya dengan pantas.... Kenalah duduk diam & tenung mata dia dalam2... Walaupun saya ni memang la malu nak tengok mata orang apatah lagi orang lelaki asing... Bukan makhluk asing ok....

5 minit kemudian, siap dah lukisan tu. Beliau mohon maaf sebab muka saya ada kembang sket. Tak dapat nak buat correction sebab beliau lukis menggunakan pen, tak boleh dipadam... tapi ok lah tu... Beliau cakap, muka saya macam cina, jadi kenalah pecah lubang, arwah atok belah mak memang cina Indonesia.... Muka saya ni dah kurang "che" tapi mak masa zaman muda dulu memang sebijik macam cina...

Well, beliau yang saya maksudkan...Mr. James.. Thanks a lot Mr. James... Mr. James janji dengan saya, lain kali dia bawa drawing block & pensel... Baru puas hati nak melukis...

9 Comments:

  1. azieazah said...
    Wahhh tertarik betul dengan lukisan dia MIMIE...

    bakat betul dia yer...
    Anonymous said...
    tu la pasal kak AA... dia kata melukis ni cuma suka2 je... tak sangka pulak dia boleh melukis...
    azieazah said...
    semua orang bermula dgn suka-suka MIMIE..

    lama2 baru terserlah bakat.. silap2 leh jadi karier plak nanti..

    hehehe...
    kakzie said...
    suara kamu menyanyi karaoke ri tu pun best gak..kena tone suara kamu dgn lagu yang di pilih...kalau cheq ni jenis tak malu,cheq pun nak try gak menyanyi hehehe
    Anonymous said...
    ila, kan karaoke tu untuk orang2 yang spesis macam kita2 ni, tak berapa best nak buat album lagu, time ni la nak memekak menyakitkan telinga orang...hehehehh
    azieazah said...
    ohh MIMIE nyanyi yerrr....
    Anonymous said...
    tu la kak AA, awat balik awai sangat... tak dapek nak dengo SUMBANG SEEEHHH ambo....hehehe
    kakzie said...
    3 buah lagu lagi tu kakZ..siap duet ngan cik abg dia..mmg sedap..puji ikhlas tau..hehehe
    Anonymous said...
    ila...ni nak mintak lagu lagik ke??? hehehe...

Post a Comment