Thursday, July 10, 2008

7 bulan 16 hari



Dah lama tak update perkembangan Afiq. Ye lah, budaknya pun tak lah berapa nak kembang macam mak dia, dok lagu tu gak... Hari Isnin lepas (7/7/08) bawak Afiq gi monthly check up. Afiq ni memang tak banyak ragam kalau bawak berjalan. Merengek lebih kurang pasal nak tido, bila dah tido senang sket mak dia nak pegang... Takde la nak terpusing sana, terpusing sini...Afiq ni dah nak melasak. Skarang kat umah dah pandai mengemas. Ye lah, sejak dah pandai merangkak & duduk sendiri ni, habis semua barang dikemasnya...

Sekarang ni kat rumah memang dah berkecah, ye lah, nak berhijrah ke rumah lain pula. Dok la berjiran dengan mama Julia sekeluarga. Dah la kat opis memang berjiran sebelah menyebelah, Afiq dan Zara pun dijaga oleh pengasuh yang sama. La ni nak dok berjiran sebelah menyebelah blok plak. Lepas ni, kalo gi beraya ke Putrajaya, boleh ler singgah ke teratak kami yang cantik, menarik, ko memang the bomb.... hehehe...

Berbalik tang Afiq ni, berat dia masa umo 6 bulan, cuma 6.1kg. Masa check up hari tu, cuma naik 0.5kg jek... Tapi, Kak Ita cakap, Afiq ni kuat makan. Kuat makan pun ye, kuat merayap pun ye... Mana nak jadik daging... Mak mertua saya cakap, Afiq ni ikut spesis bapak dia. Masa kecik memang cekeding jek...

Bila dah tak larat nak tengok dia ke hulu ke hilir, saya akan sumbat dia dalam walker... Takde la nak mengemas sangat tapi bijaknyer Afiq ni, dia dah pandai nak menarik pulak... Habis alas meja ditariknya... Kalau saya nak memasak tu, kena bawak dia pegi dapur skali... Afiq ni kalo tak nampak kelibat ibu dia (kalu kat rumah) atau ibu Ita dia (kat rumah baby sitter), mula la dia panggil "makkkk... abaaa..." Gitu la Afiq sekarang....

5 Comments:

  1. kakzie said...
    silap2 esok berbesan la pulok..hehehe Suka tgk Afiq ni tang mata dia yang besou tu...nak tidur mata still membuntang...cayang Afiq..duk kat Presint berape eik..nanti email ila azila6279@yahoo.nak invited untuk blog..tq
    Anonymous said...
    ila... kitaorang dok presint 18... ari tu nampak ila on ym, tapi tak sempat nak tegor pasal dah nak kuar konti...
    azieazah said...
    ehh Mimie ada YM.. kasi lerrr.. heeheh saja nak kacau...
    kakzie said...
    mi,kamu ada add ila ker kat YM?tak pasan la pulak
    Anonymous said...
    ada la kak AA & ila... yahoo add puspacendana@yahoo.com...

Post a Comment