Tuesday, July 15, 2008

Hijrah

Good morning everybody... Ni la muka Afiq bila bangun tido. Seronok ye tido kat rumah baru?




Orang lain dok baca doa selamat, Afiq pulak posing tengah2 dunia... Suka gamaknya tengok orang ramai datang umah...




Gambar2 Afiq baju belang2 ni Tok Y yang candid... lama dah Tok Y tak jumpa Afiq...

Wah, seronok Afiq dok rumah baru. Yelah, Afiq dah ada bilik sendiri. Takde la nak tido kat bilik ibu & abah lagi. Tapi Afiq ni kalau takde ibu, tak nak tido. Sudahnya, ibu pulak kena tido kat bilik Afiq. Kami secara rasminya berpindah ke teratak baru hari Ahad tempoh hari, 13 Julai 2008. Mak, abah & Didie dah sampai rumah adik (Marma) di BBBangi hari Sabtu lepas, tapi oleh kerana saya ada program di Bukit Jalil, dapatla borak2 lama sket dengan mereka lepas program tu. Oleh sebab mak & abah jarang dapat jumpa Afiq, dorang suh tinggal je Afiq kat rumah Marma sementara saya & abang ke Bukit Jalil. Mula2 tu memang la Afiq menangis sebab belum kenal lagi tapi lama2 dia ok...

Hari Ahad tu, pagi2 lagi mak, abah, Didie & Marma sekeluarga dah datang ke rumah lama kami di Sg. Chua, Kajang. Lori sewa pun sampai pada waktu yang sama. Angkut punya angkut, pindah punya pindah, semuanya settle lebih kurang pukul 1.45 tengahari. Mulanya, kami plan nak ke Alamanda selepas Zohor, tapi terbantut sebab menerima kedatangan Abg. Kajang Berlipat & K. Sal Bangi.

Mereka mencadangkan pada abah untuk terus buat majlis doa selamat masuk rumah baru. Abah pun setuju, jadi dengan serta merta Abg KB dan Kak Sal menguar2kan sahabat2 untuk datang ke rumah baru kami...Terharu saya dibuatnya... Terima kasih banyak2 abg KB & Kak Sal...

Habis majlis, menjengah ke Maghrib, mak, abah, Didie & Marma sekeluarga minta diri untuk pulang, apatah lagi esoknya mak nak kerja, jadi mereka terus pulang ke JB, manakala Marma sekeluarga pulang ke BBBangi... Tinggallah kami sekeluarga dengan Abg KB, Kak Sal dan Rodzan sekeluarga. Alang2 Sahabat Rodzan dah sampai Putrajaya tu, Abg KB & Kak Sal mempelawa kami semua ke Tasik Idaman... Ye lah, dah penat2 sesi angkut mengangkut, dapat melalak selagu dua seronok juga....Tapi, sepanjang di Tasik Idaman, Afiq pulak yang berlebih penat... Jadi, dia tido je la dari awal kami di T.I, hinggalah kami pulang lebih kurang jam 1 pagi tu...

Afiq, Afiq... penat mengemas agaknya.... ;-)

2 Comments:

  1. kakzie said...
    eiiiiiii....geram tul la...Afiq tukar mata leh tak...
    Anonymous said...
    ila, nanti tak kena pulak. afiq badan kecik, mata bior besau...ila plak reverse gitu...bolei? hehehe

Post a Comment