Thursday, July 17, 2008

Happy Birthday Kompleks Sukan Negara

Kalau saya & hubby jalan2 naik keta ni, Afiq nak duduk mana???? Ehm...

Pada 11 Julai yang lalu, Kompleks Sukan Negara (KSN) menyambut ulangtahunnya yang ke 10. KLfm yang dilantik sebagai radio rasmi program tersebut telahpun berkampung di Bukit Jalil selama 2 hari pada 12 dan 13 Julai 2008. Yang tak syoknya, saya tak dapat enjoy dengan aktiviti2 yang disediakan sepanjang 2 hari tu. Yelah, nak kena balik awal, kemas barang nak pindah rumah. Apapun, sempat juga bergambar dengan keta cantik warna hitam yang diparkir cantik depan booth KLfm... Walla!!!

Tuesday, July 15, 2008

Hijrah

Good morning everybody... Ni la muka Afiq bila bangun tido. Seronok ye tido kat rumah baru?




Orang lain dok baca doa selamat, Afiq pulak posing tengah2 dunia... Suka gamaknya tengok orang ramai datang umah...




Gambar2 Afiq baju belang2 ni Tok Y yang candid... lama dah Tok Y tak jumpa Afiq...

Wah, seronok Afiq dok rumah baru. Yelah, Afiq dah ada bilik sendiri. Takde la nak tido kat bilik ibu & abah lagi. Tapi Afiq ni kalau takde ibu, tak nak tido. Sudahnya, ibu pulak kena tido kat bilik Afiq. Kami secara rasminya berpindah ke teratak baru hari Ahad tempoh hari, 13 Julai 2008. Mak, abah & Didie dah sampai rumah adik (Marma) di BBBangi hari Sabtu lepas, tapi oleh kerana saya ada program di Bukit Jalil, dapatla borak2 lama sket dengan mereka lepas program tu. Oleh sebab mak & abah jarang dapat jumpa Afiq, dorang suh tinggal je Afiq kat rumah Marma sementara saya & abang ke Bukit Jalil. Mula2 tu memang la Afiq menangis sebab belum kenal lagi tapi lama2 dia ok...

Hari Ahad tu, pagi2 lagi mak, abah, Didie & Marma sekeluarga dah datang ke rumah lama kami di Sg. Chua, Kajang. Lori sewa pun sampai pada waktu yang sama. Angkut punya angkut, pindah punya pindah, semuanya settle lebih kurang pukul 1.45 tengahari. Mulanya, kami plan nak ke Alamanda selepas Zohor, tapi terbantut sebab menerima kedatangan Abg. Kajang Berlipat & K. Sal Bangi.

Mereka mencadangkan pada abah untuk terus buat majlis doa selamat masuk rumah baru. Abah pun setuju, jadi dengan serta merta Abg KB dan Kak Sal menguar2kan sahabat2 untuk datang ke rumah baru kami...Terharu saya dibuatnya... Terima kasih banyak2 abg KB & Kak Sal...

Habis majlis, menjengah ke Maghrib, mak, abah, Didie & Marma sekeluarga minta diri untuk pulang, apatah lagi esoknya mak nak kerja, jadi mereka terus pulang ke JB, manakala Marma sekeluarga pulang ke BBBangi... Tinggallah kami sekeluarga dengan Abg KB, Kak Sal dan Rodzan sekeluarga. Alang2 Sahabat Rodzan dah sampai Putrajaya tu, Abg KB & Kak Sal mempelawa kami semua ke Tasik Idaman... Ye lah, dah penat2 sesi angkut mengangkut, dapat melalak selagu dua seronok juga....Tapi, sepanjang di Tasik Idaman, Afiq pulak yang berlebih penat... Jadi, dia tido je la dari awal kami di T.I, hinggalah kami pulang lebih kurang jam 1 pagi tu...

Afiq, Afiq... penat mengemas agaknya.... ;-)

Friday, July 11, 2008

Petugas2 di meja pendaftaran - Dari kiri, Shidah, Nicky, Yaya & Nani... Adik2 ni semua pelajar praktikal di KLfm sekarang... er.. kecuali Nicky la...

Adik Wan Syuhadah ni nyanyi memang superb. Markah tertinggi tu... tapi sayangnya, umur dah 12 tahun... Tak dapat la nak bawak adik ni ke peringkat seterusnya... Keciwa makcikkk...

2 orang juri yang mengadili ujibakat ni- Dari kiri, Saudara Azam Dungun & En. Rosli Derani dari Klasik Nasional



Gaya adik Danish Azman yang baru berusia 5 tahun... Memang ramai yang suka tengok adik Danish ni menyanyi. Stylo beb!

Juruacara majlis petang tu - DJ Nicky & DJ Ninie

Sedara baju putih ni memang menggamatkan keadaan je. Mana taknya, dari peserta no1 sampai habis, semua dapat tengok dia jadi penari latar. Penyanyi latar pun boleh... Tapi bawah pentas je... okla tu...




Acara arm westling oleh team BK... Nampak gaya team B (besar) dapat mengalahkan semua peserta dalam team K (kecil).. Tengoklah ketua team sape (Nazi).... sampai Ketua Bahagian Rancangan (KBR) Hj Salahuddin pun kalah dengan Nazi... huih...ko makan apa Nazi???

Artis baru yang pernah dicungkit bakatnya oleh KLfm melalui Pertandingan Bintang KLKL tahun lalu, Mimie Aisha. Sempat juga singgah & menyanyi di Laman Seni petang tu...

Comel tak adik ni? Boleh partner dengan adik Danish Azman sebab umur dia baru je 5 tahun...

Dari kiri - Hj Salahuddin, Azam Dungun, Rosli Derani & Azizah Sulaiman


Aliff Satar OIAM yang sudi membuat persembahan petang tu.. Siap berduet dengan Nazi lagi...

Team yang bertungkus lumus petang tu... Thanks guys!

Hari Sabtu, 5 Julai 2008, KLfm menganjurkan Pertandingan Bintang Kecil 2008 Peringkat WP Kuala Lumpur untuk memilih adik2 berumur antara 7-11 tahun untuk mewakili Kuala Lumpur ke peringkat Zon Tengah pada bulan Ogos ni. Walaupun penyertaan tak ramai, tapi suasana memang havoc dengan kehadiran jejaka ber t-shirt putih, team BK selain artis adik Danish, Mimie Aisha & Aliff Satar...

Terima kasih untuk krew yang terlibat menjayakan program ini, Hj. Salahuddin (KBR), Kak Zah (penyelaras), Paparay (co-producer), Abg Amir (pentadbiran KLfm), adik2 praktikal (Shidah, Yaya & Nani), dan rakan2 DJ Nicky, Ninie, Hezry & Nazi... Terima kasih juga untuk sahabat yang turut memberi sokongan petang itu - Abg Kajang Berlipat, Kak Sal, MamaRockGossip dan lain-lain yang datang support....Thanks a lot guys!

Thursday, July 10, 2008

7 bulan 16 hari



Dah lama tak update perkembangan Afiq. Ye lah, budaknya pun tak lah berapa nak kembang macam mak dia, dok lagu tu gak... Hari Isnin lepas (7/7/08) bawak Afiq gi monthly check up. Afiq ni memang tak banyak ragam kalau bawak berjalan. Merengek lebih kurang pasal nak tido, bila dah tido senang sket mak dia nak pegang... Takde la nak terpusing sana, terpusing sini...Afiq ni dah nak melasak. Skarang kat umah dah pandai mengemas. Ye lah, sejak dah pandai merangkak & duduk sendiri ni, habis semua barang dikemasnya...

Sekarang ni kat rumah memang dah berkecah, ye lah, nak berhijrah ke rumah lain pula. Dok la berjiran dengan mama Julia sekeluarga. Dah la kat opis memang berjiran sebelah menyebelah, Afiq dan Zara pun dijaga oleh pengasuh yang sama. La ni nak dok berjiran sebelah menyebelah blok plak. Lepas ni, kalo gi beraya ke Putrajaya, boleh ler singgah ke teratak kami yang cantik, menarik, ko memang the bomb.... hehehe...

Berbalik tang Afiq ni, berat dia masa umo 6 bulan, cuma 6.1kg. Masa check up hari tu, cuma naik 0.5kg jek... Tapi, Kak Ita cakap, Afiq ni kuat makan. Kuat makan pun ye, kuat merayap pun ye... Mana nak jadik daging... Mak mertua saya cakap, Afiq ni ikut spesis bapak dia. Masa kecik memang cekeding jek...

Bila dah tak larat nak tengok dia ke hulu ke hilir, saya akan sumbat dia dalam walker... Takde la nak mengemas sangat tapi bijaknyer Afiq ni, dia dah pandai nak menarik pulak... Habis alas meja ditariknya... Kalau saya nak memasak tu, kena bawak dia pegi dapur skali... Afiq ni kalo tak nampak kelibat ibu dia (kalu kat rumah) atau ibu Ita dia (kat rumah baby sitter), mula la dia panggil "makkkk... abaaa..." Gitu la Afiq sekarang....

Thursday, July 3, 2008

Lakaran Kehidupan

Malam tadi, lepak2 dengan cik abe, Afiq (yang memang langsung tak boleh tinggal) disertai dengan abang Kajang Berlipat & Kak Sal Bangi, saya tertarik dengan seorang lelaki berbangsa Cina ini. Mana taknya, walaupun beliau berbangsa Cina, tutur bicara dan perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang beliau gunakan, kalah orang melayu sendiri yang lebih suka gunakan bahasa pasar sahaja...

Bila sang DJ karaoke menjemput beliau menyanyi, berkumandang suara akan2 Rahim Maarof, apatah lagi lagu 'Usang' yang dipilih beliau memang dinyanyikan oleh penyanyi lewat 90an itu. Pergh... memang cair tahi telinga dengar beliau menyanyi beb, ditambah lagi dengan vibrato orang2 "che" seusia beliau... Memang power beb, bak kata Nazie yang bertubuh power tuh... Dan memang Walla, bak kata saya yang bertubuh walla nih... hehehe

Bila beliau kembali ke meja makan kami, cik abe berbisik, "Abang nak mintak dia lukis muka ayang".... "Dia boleh lukis ke bang?"... "Tengok la sat nanti".... Cik Abe pun cakap kat beliau, lalu beliau pun meminta sekeping kertas pesanan daripada adik kedai makan tu dan mengenakan cermin mata kuningnya dan melakar muka saya dengan pantas.... Kenalah duduk diam & tenung mata dia dalam2... Walaupun saya ni memang la malu nak tengok mata orang apatah lagi orang lelaki asing... Bukan makhluk asing ok....

5 minit kemudian, siap dah lukisan tu. Beliau mohon maaf sebab muka saya ada kembang sket. Tak dapat nak buat correction sebab beliau lukis menggunakan pen, tak boleh dipadam... tapi ok lah tu... Beliau cakap, muka saya macam cina, jadi kenalah pecah lubang, arwah atok belah mak memang cina Indonesia.... Muka saya ni dah kurang "che" tapi mak masa zaman muda dulu memang sebijik macam cina...

Well, beliau yang saya maksudkan...Mr. James.. Thanks a lot Mr. James... Mr. James janji dengan saya, lain kali dia bawa drawing block & pensel... Baru puas hati nak melukis...

;;