Thursday, January 31, 2008
Hola... Kabare??? Harap2 anda semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, hari ni masuk minggu ke2 saya kembali bertugas di pejabat dan konti setelah bercuti lebih 2 bulan. Seronok rasanya bila dah mula bertugas kembali ni tapi pada masa yang sama, risaukan si kecik yang ditinggalkan di rumah baby sitter...
Saya nak ucapkan terima kasih untuk sahabat KLGCC atau AGUSRIZAL sebab sudi menjaga Afiq sewaktu saya bekerja... Memang la minggu2 pertama di rumah baby sitter, Afiq asyik mengamuk tak menentu. Mungkin dia belum serasi. Kadang2 saya rasa simpati pulak tengok Kak Ita (orang rumah KLGCC) yang terpaksa melayan karenah macam2 Afiq...
Waktu balik dari JB, Afiq dah demam. Tapi, dalam demam2 tu, bila diagah, Afiq masih boleh tersenyum & berbual dengan ibu dan abahnya. Sekarang ni, demam dia dah kebah. Tapi, next Monday, kena hantar Afiq check up, mesti kena suntikan imunisasi... sure demam lagi ni. Bila Afiq demam, especially bila dia selsema & hidung tersumbat, saya jadi susah hati... Betul la orang kata, anak sakit, mak pun boleh sakit jadinya...
Bila saya baca buku2 & majalah tentang ibu bapa & anak, waktu sekarang ni bayi sebesar Afiq hanya mengenali ibunya sahaja... walaupun ditinggalkan keseorangan bersama abahnya, Afiq tetap menangis teresak2... Bila dengar Afiq menangis begitu, rasa macam nak balik time tu jugak, nak melayan karenah dia...
Saya cuma boleh berdoa, bila Afiq semakin kerap dihantar ke rumah baby sitter, moga dia semakin serasi di sana dan bila dah semakin besar, dia semakin kurang meragam... Kesian kat orang yang jaga Afiq tu.
Cepatlah besar Afiq, tak sabar rasanya nak melihat Afiq merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari...Menurut kata seorang teman, "Ada kalanya anak kecil perlu dipimpin supaya lebih deras berlari, ada kalanya harus dibiarkan bertatih sendiri agar kenal pahit maung, jatuh bangun kehidupan"...Till then, cau cendollll...
Wednesday, January 9, 2008
Hola... Selamat Tahun Baru 2008 dan Salam Maal Hijrah 1429... Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam, cuti bersalin pun dah nak sampai ke penghujungnya... Lagi 2 minggu saya akan bawa Afiq balik KL. Tapi, boleh ke saya handle Afiq sorang2???
Sekarang, angin meragam Afiq dah bertukar pulak. La ni, tiap2 malam jam 9.30malam jadi fobia buat saya. Bila tiba waktu tu, tak kiralah Afiq jaga atau tido, tiba2 je dia akan menangis & mata dia terbeliak tak berkelip2... Ye lah, budak sekecil Afiq, macam2 yang dia boleh nampak... Macam mana ek, kalau perangai Afiq terbawa2 sampai ke KL? Macam mana saya nak handle? Ehm...
Mak pesan, balik KL awal, at least seminggu awal. Sampai sana, terus lepak umah adik kat Bangi, jangan terus balik rumah. Rumah saya tu dah ditinggalkan lebih 2 bulan. Sedangkan tinggalkan rumah 3 hari dah ada "orang lain" yang duduk, inikan pulak lebih 2 bulan... Abang dipesan untuk "yasin" kan rumah tu sebelum bawak Afiq tinggal dalam rumah tu. Lepas dah ok, baru boleh bawak Afiq balik ke rumah tu...
Lagi satu, mak pesan supaya balik KL awal, biar Afiq serasi dengan keadaan kat sana pulak. Nanti, kesian kat baby sitter Afiq kalau Afiq asyik meragam je... Kalau nak balik seminggu awal, nampaknya minggu depan dah kena balik KL. Tapi, hujung minggu ni adik ipar saya a.k.a adik abang akan bertunang. Kalau nak tunggu abang cuti, memang susah la... Tapi, nak tak nak dia kena cuti jugak... Ikut plan asal, kami nak balik KL selepas abang balik keje hari Sabtu.
Tapi bila difikir2 balik, tak elok bawak budak jalan malam2, apatah lagi semenjak 2 menjak ni Afiq asyik meragam malam. Kadang2 nangis, kadang2 tak... Tapi yang pasti, mata dia akan terbeliak tengok ke atas tak berkelip2.... Tu yang dia susah nak tido. Bila dia dah hampir2 lena nak tido, tiba2 celik balik... Saya sentiasa berdoa, supaya saya diberi kekuatan untuk membela Afiq sendirian di KL. Harap2, balik sana nanti, Afiq tak banyak ragam... Kalau tak, susah juga saya.. :-(
Apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya... Amin... :-)
Tuesday, January 8, 2008
Monday, January 7, 2008
Wednesday, January 2, 2008
Hola... Hari ni kat Ulu Tiram, JB cuaca hujan dan mendung, semendung perasaan saya ketika ni. Mana taknya, 2 orang sahabat baik saya akan meninggalkan KLfm tanpa sempat saya jumpa. Sebelum ni, mentor saya, Kak Preimah sudahpun menyambung "kerja" di "RTM" yang satu lagi (Rehat Tunggu Mati... kata sorang sahabat di RTM jugak)... Apapun, segala jasa yang Kak Preimah curahkan sepanjang saya di KLfm amat2 saya hargai. Tiada Kak Preimah, sunyi rasanya KLfm sebab tiap kali dia masuk ofis, tiap kali tu jugak ofis KLfm terasa ada "orang2nya"... Walaupun dia sorang, tapi macam 10 orang... Saya yang selalu sunyi di ofis, tiba2 je terhibur dengar riuh rendah Kak Preimah...
Bertambah2 sunyi bila saya diberitahu 2 sahabat baik saya akan meninggalkan KLfm. Yang sorang dah pun berhijrah ke konti sebelah, yang sorang lagi akan meninggalkan terus dunia DJying... Apa pun, walau di mana mereka bertugas, saya sentiasa mendoakan agar apa yang mereka hajati tercapai... Saya sangat2 terasa kehilangan mereka sebab mereka lah antara sahabat yang mendengar segala masalah dan rintihan saya, apatah lagi saya hanya sebatang kara di kota Kuala Lumpur, tanpa hubby & mak abah... Nak mengadu pada adik yang hanya sejengkal dari rumah & ofis, dia pun sibuk dengan family & tugasan harian... Jadi, dapat 2 orang "adik" ni dah cukup untuk saya mengubati kesunyian... tapi... apa boleh buat... Mereka tak sempat saya temui naik keje nanti... Apapun, good luck & all the best di tempat baru untuk sahabat & adik saya, Kroll & Ezan... huk huk huk...