Monday, August 24, 2009

Arif Dah Pandai Meniarap Sendiri...




Lihatlah aksi2 Arif yang dah pun pandai meniarap, belum pun genap 4 bulan usianya.. Dulu, abang Afiq lambat sikit.. Ye lah, lain anak, lain pencapaiannya. Bila Arif dah bosan meniarap, mulalah dia "naik hangin" dengan mengangkat punggungnya... Ish ish ish... :-)

Ramadhan Kareem

Assalamalaikum... Ramadhan tiba lagi. AlHamdulillah, tuhan panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini... Saya dengan ini menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya keudara atau sepanjang kita berkenalan, ada tutur kata atau tingkah laku saya sama ada sengaja atau tidak sengaja mengguris perasaan anda.. Semoga Ramadhan tahun ini memberi banyak keberkatan kepada muslimin muslimat yang tahu fadilat bulan mulia ini... Wassalam... :-)

Tuesday, August 18, 2009

Dah Besar Rupanya...





Setelah setiap hari Sabtu kerja, kerja dan kerja, hari Ahad lepas, duduk di rumah, takde apa yang nak dimakan untuk sarapan pagi, saya ajak Abang Afiq ke kedai di blok Julia untuk membeli lauk untuk dimasak pada hari tersebut. Afiq memang pantang kalau nak dibawa berjalan, cepat2 dia pegi stor untuk mendapatkan sellipar birunya...


Pulang dari kedai, kami melintasi kawasan taman permainan kanak-kanak, Afiq pun menunjuk2 ke arah permainan gelongsor yang terdapat di situ. Dah lama juga saya tak menemani Afiq bermain di taman permainan, jadi hari tu, Adik Arif pun masih lagi tidur di rumah dan ada neneknya yang menjaganya, dapat lah juga saya luangkan sedikit waktu untuk menemani Afiq bermain-main di situ.

Tak sangka, Afiq sudah mahir bermain gelongsoran dan buaian tanpa bantuan daripada saya lagi. Saya hanya perlu memerhatikan sahaja gerak gerinya bermain, tak perlu lagi saya bantu Afiq untuk memanjat tangga, memeluk erat Afiq sambil sama-sama berbuaian dan lain-lain permainan yang menuntut Afiq untuk memanjat dan sebagainya...

Aduh sayang, ibu minta maaf sangat2 kerana kesibukan bekerja, ibu tak prihatin perkembangan anak ibu yang sulung ni, apatah lagi kehadiran adik Arif dan Afiq sendiri punya Mak Su dan Cik Su yang punya lebih banyak masa untuk menemani Afiq ke taman permainan... Alahaiiiii....

Mini Karnival KLfm 2009

Apa la yang ditunjuk abang Amir tu?

Ye ye je minah ni jual nasik lemak walla dia...

Bersungguh2 Aen kejar bola...

Posing sementara menunggu penyampaian hadiah...

Walaupun hanya sekali dua dapat bola, hepi ler jugak dapat masuk team ni sampai boleh jadi juara.. Yu Huuuuu

Pada 1 Ogos 2009 yang lalu, KLfm menganjurkan Mini Karnival 2009 yang mengangkat sukan bola sepak sebagai acara utamanya, iaitu Perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah di Padang Semarak< Angkasapuri. Antara DJ yang mengambil bahagian dalam acara ini selain saya ialah DJ Aenraen dan DJ Paparay. Team wanita kami telah berjaya menjuarai kategori wanita pada petang tersebut menewaskan team wanita Kajang Berlipat.

Walaupun letih, saya tetap enjoy dengan penglibatan semua yang turut hadir memeriahkan lagi Mini Karnival 2009 tersebut. Terima kasih kepada anda yang hadir, terutamanya mereka yang telah membeli Nasik Lemak Walla... hehehe

Tuesday, August 4, 2009

Floria Festival Putrajaya 2009





Antara scenery menarik di sekitar Floria Festival Putrajaya 2009

Booth KLfm bersebelahan Floral Pavilion

Dapat kunjungan Afiq, Arif, Mak Mertua dan Adik2 Ipar di Floria Festival Putrajaya 2009.. Spot check ibu keje ke, ngulor...

Ada rupa cam Upin Ipin tak?

Pada 2 Ogos 2009 yang lalu, KLfm berkampung di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya sempena Floria Festival Putrajaya 2009. Mengambil giliran sebelah pagi, seawal jam 8.00 pagi saya sudah pun berada di tapak festival tapi waktu tu semua booth masih lagi dalam proses membuka gerai masing2. Hampir sesat juga lah nak mencari di mana booth KLfm yang sebenar.

Setelah hampir 1/2 jam berpusing2 di situ, terserempak dengan rakan2 teknikal RTM yang juga sedang mencari lokasi sebenar untuk memasang barang2 teknikal. Akhirnya, datang En. Zainuddin (Teknikal RTM) yang sama2 recce tempat sebelum festival ini berlangsung dan menunjukkan booth KLfm bersebelahan Floral Pavilion yang terdapat di situ.

Sempat juga berceloteh serba sedikit tentang program yang dijalankan sepanjang hari tersebut di situ sebelum booth kami dilawati oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah bt Mansor yang merasmikan festival tersebut pada pagi yang sama.

Team yang bertugas sebelah pagi selain saya, Hj Daud (Acik Da), Azizah Sulaiman (Kak Zah), Azlan Omar, Aenraen & Sonic. Sekitar jam 11 pagi, kami berpakat untuk bersarapan setelah menunggu dari pagi untuk mengisi perut tetapi menangguhkan hasrat kami itu untuk menghormati YAB Datin Paduka Seri yang masih lagi melawat tapak festival.

Sedang menikmati sarapan pagi, saya terima panggilan daripada Ude, bertanyakan lokasi saya pada waktu itu kerana dia dah pun berada di tempat yang sama. Tak sangka pulak Ude bawak Afiq dan Arif bersama.... Yalah, mak pun nak jalan2 jugak.. Asik dok umah jaga cucu jek.. Hehehehe... Dapat juga bawa Afiq dan Arif jalan2 tengok alam.. Ye lah, Arif jarang dapat keluar tengok matahari macam tu... :-)

Hari tu, hampir jam 2 petang, barulah saya dapat balik ke rumah dan berehat sepuasnya (nasib baik adik Arif & Abang Afiq tidur sama2 saya dengan puasnya - hampir 2 jam) setelah berkerja tak tentu waktu dari hari Isnin-Ahad.... Walla....

Kerja Luar...



Sejurus selepas berakhirnya Mini Karnival KLfm 2009 pada hari Sabtu lepas, 1 Ogos 2009, saya, abang dan adik ipar (Ude) bergegas mandi2 di pejabat KLfm dan terus pecut ke Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk majlis persandingan Syibli bin Hj Setu dan pasangannya Suraya binti Hj Yuhanis. Suraya merupakan anak saudara kepada DJ Hj Manan Selamat dan mereka sudi menjemput saya sebagai juruacara majlis pada malam tersebut.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apatah lagi mengetahui artis jemputan pada majlis tersebut ialah Dato' Siti Nurhaliza, saya & hubby sangat2 teruja & rasa tak sabar nak menghadiri majlis tersebut berminggu2 lamanya (kerana dimaklumkan oleh pihak keluarga pengantin 3 minggu lebih awal daripada tarikh majlis). Pada mulanya, Ude berura2 nak pulang ke JB pagi Sabtu tu tetapi membatalkan niatnya hanya semata2 ingin bersetentang mata dengan Dato' Siti Nurhaliza.

Hilang rasa penat bermain bola sepak sebelah petang apabila dapat bergambar sebelah menyebelah dengan Dato' Siti dan masing2 pulang dengan senyuman yang dibawa hingga ke alam mimpi...Wallaaaaaa.... :-)

;;