Wednesday, July 15, 2009

Sesi rehearsal pada hari sebelumnya...

Berposing berlatar belakang kan pentas utama...

Shoot dari barisan belakang penonton...



Tiga pengacara dari kiri Aidil (Negeri fm), saya dari KLfm dan Fairuz (Selangor fm).

Sketsa daripada Abon, Angelina Tan dan Datuk Ali Mamak.

Papa Rock Ramli Sarip pun tidak ketinggalan membuat persembahan.

Debaran para peserta menantikan keputusan.

Pada hari Ahad, 12 Julai 2009 yang lalu, saya turut serta dalam Pertandingan Bintang Klasik Peringkat Zon Tengah 2009, bukan sebagai peserta, tapi hanya sebagai pengacara bersama dengan rakan2 dari Negeri fm (Aidil) dan Selangor fm (Fairuz). Nama pun Zon Tengah, jadi, peserta2 pada hari itu adalah dari WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor. Tahun ini, Selangor menjadi tuan rumah untuk pertandingan tersebut dan diadakan di Dataran Melur, Kolej Tun Dr Ismail, UPM Serdang, Selangor.

Sehari sebelum pertandingan tersebut, saya telah menghadiri sesi reheasal bersama rakan2 dari RTM dan peserta2 yang terlibat. Jadi, dapatlah saya bawa bersama mak mertua yang sangat2 minat menonton aktiviti seperti ini. Walau hanya dapat menyaksikan sesi reheasal (sebab kena jaga Afiq & Arif di rumah), pun jadilah. Sekurang2nya, bila mak mendengar secara langsung menerusi Radio Malaysia Klasik Nasional, dapat ler dia membayangkan wajah2 peserta yg bertanding...:-)

Kalau bawa mak, kenalah bawa Afiq & Arif skali... Afiq sangatlah suka pusing2 sekitar Dataran Melur tu manakala Adik Arif menjadi mangsa kakak2 UPM yg pas2 Arif macam pas baton lari 4x100m...:-) Keesokan harinya, (hari kejadian yg sebenar), Afiq & Arif kenalah duduk rumah.. Susah plak nak memerhatikan mereka kalau dah ramai2 orang masa tu... Memang meriah sambutan warga UPM, apatah lagi mereka menerima kunjungan artis2 popular seperti Datuk Ali Mamak, Abon, Angelina Tan dan Papa Rock Ramli Sarip... Yang buat saya meremang bulu roma, bila Ramli Sarip berganding suara bersama Eja (Bintang RTM) menyanyikan lagu "Doa Buat Kekasih"... Superb beb!

Tahniah untuk peserta dari Selangor, Zainol Roslan dan Norzarina Mohd Nordin yang menyapu hadiah Johan Pertandingan Bintang Klasik Peringkat Zon Tengah 2009 ni, sekaligus menjadi wakil Zon Tengah untuk peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 2 Ogos 2009 nanti di Auditorium Perdana, Angkasapuri, KL..... Walla....

0 Comments:

Post a Comment