Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
......
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

P/S: Tu la kan, selagi masih ada ibu, sayangi & jagalah ibu sebaik mungkin. Bila dia dah takde, tiada gunanya lagi, hanya boleh iringkan doa buatnya semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg mukmin...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk bonda tersayang, Hjh Payah Abdullah dan juga mak mertua yang sangat prihatin, Siti Aminah Rahmat....

Anda nak kongsikan nama anak2 anda? Tinggalkan komen untuk post ini. Kalu blm ada anak, agak2 nama apa nak taruk kalu ada nanti? ehm... :-)

7 Comments:

  1. Anonymous said...
    Ye la kan... dulu kita x suka klu mak berleter.. tp hakikatnya bila kita dah anak ni baru tahu..mmg kita nakal dulu tu sbab selalu kena marah... mcm yg kita buat kat anak kita... lebih2 lg bila anak tak nak dengar ckp kita... aduhhh.. rasa nak menjerit rasanya...buat anak2 ibu.. hanya doa ibu utk anak2 ibu Ikhwan & Irfan Faiz semoga jadi anak2 soleh di dunia & akhirat... ibu tak minta lebuh dari tu... cukuplah menyenang hati... syg semua anak2 ibu... Tq mimie... selamat berpantang & selamat melayan kerenah 2 hero...hehehee..wiraiswara
    djmimie said...
    hi kak WI.. anak akak pun hero2 gak ye? bila nak dpt puteri plak? heheh.. afiq yg baru nak masuk 2 tahun ni pun kadang2 menduga kesabaran, apatah lagi ibu dah ada "org lain" yg perlukan perhatian.. kesian dia, kadang2 kena tengking dgn ibu. tapi, mmg budak2 dari kecil lagi tak boleh manja sangat, nanti bila dah terbiasa manja, perangai terbawak2 sampai besar.. macam sedara saya tu, bila merajuk jek, kuar umah, tak balik2.. susah plak mak bapak dia.. :-(
    kakzie said...
    happy mothers day mimie...
    tak de pengalaman nak cerita soal anak..hehehe nak cerita kenagan dengan mak pun banyak tak ingat
    pape pun moga jadi ibu yang penyayang dan semoga anak2 membalas jasamu bila dewasa kelak..
    kita suka nama Nur Fatini Umairah dan Ahmad Zafril Hakim hehehe
    djmimie said...
    wah, sedap gak nama tu ila.. insya Allah, panjang umo, ada jodoh, dpt ler letak nama tu kat anak ye? :-)
    Anonymous said...
    Hi mimie.... Arif dah baik demam ke?..kita sama mcm awk gak lah.. 22 hero... Tengah usaha nak dpt puteri pulak... tak tahu bila???....heheh.. Umur makin meningkat... Sebenarnya cabaran nak bg pendidikan kpd anak2 zaman skrg perlu kesabaran yg tinggi & bijak.... Si abg jenis cenggeng... tak boleh klu tak dpt apa yg dia nak mesti melalak.... dia terlampau dimanja nenek & atuk dia. Dpt adik pun umur dia dah 5 thn.... Yg adik kecik lg tak nampak lg perangai dia...
    Takut jugak klu mcm tu kan... kita dulu tak ada mcm budak2 skrg.. takut nak mintak apa2 dr mak @ ayah... budak skrg minta jer mesti dpt.. tp klu terlampau berkeras pun tak leh jugak.... WI
    IXORAROXI said...
    nak ehem ehem gak :D
    hai adik2,MIMIE/WI/ILA...kira ni akak mendahuluilah eikk dah ada 3 orang.lagipun akak jauh lebih berumur dari korang.anak2 akak, 2 lelaki 1 perempuan..kalau boleh berkasar sangat pun jangan, berlembut sangat pun jangan..bagi akak kalau bab2 agama terutama solat & mengaji qurqn memang TIADA KOMPROMI..bab2 lain akak masih boleh berlembut
    djmimie said...
    nenek belah abah memang suka manjakan afiq.. tu yang saya tak gemar, sebab bila dah terlalu manja, tak dapat je apa yg dia mintak, mulalah dia jerit sampai 1 blok apartmen tu boleh dengar sore dia.. kekadang, geram gak tengok perangai dia tu... :-)

Post a Comment