Sunday, May 31, 2009

Afiq & Arif





Tuesday, May 26, 2009

1st Check Up

Hari ni, genap sebulan umur adik Arif. Pagi tadi, ibu bawa Arif ke KK Ulu Tiram untuk 1st check up. Berat Arif naik kepada 4kg.. Boleh tahan gak adik ni. Bila misi pegang kedua2 belah tangan Arif, sedaya upaya Arif angkat kepala... Misi kata,"Kuat betul anak awak ni." Mana taknya, bila Arif ditidurkan dalam posisi tiarap, dia boleh angkat kepalanya sendiri untuk dipalingkan ke arah lain. Dulu, masa Afiq dalam hari, bila ditidurkan dalam posisi tiarap, kena bantu alihkan kepalanya ke arah lain... Agaknya, bila tiap2 hari ibu cakap dengan Arif,"Adik cepat besar ye..", Arif betul2 ikut cakap ibu...heheh.. Baguslah cepat besar dik, boleh temankan abang Afiq main.. :-)

Saturday, May 23, 2009



Pagi semalam, abah menyuruh saya menyiapkan bekalan Afiq, rupanyer abah nak bawak Afiq jalan2 beli barang dapur. Afiq ni memang pantang kalau orang nak bawak dia berjalan, cepat2 dia amik stokin & berlari ke pintu depan mendapatkan kasut birunya... Balik dari berjalan2 dalam troli pasaraya (for sure ler mum letak dia dalam tu..), dengan sengih panjang, Afiq menayang rambut botaknya... Oh, rupanya nenek & Tok Y bawak Afiq gunting rambut skali... Comel tak rupa baru Afiq? :-)

Thursday, May 21, 2009

Nujum Pak Fadzilah Kamsah..

Pagi ni, boring2, sambil tunggu adik Arif bangun menyusu & jenguk2 abang Afiq yg tengah tidur depan TV, saya surf FB.. Dah tak tau nak buat apa, saya "ter"click kat satu kuiz kat bawah ni.. Ni la hasilnya. Kawan lama saya sewaktu di kampus dulu terus komen di wall FB saya.. "memang ko la tu mimah..." :-)



* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik


Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah memang expert dlm hal2 macam ni. Sewaktu temubual di radio bulan Mac lalu, Yg. Berbhgia Dato' bertanya nama penuh saya sewaktu mula2 masuk ke studio konti sebelum live on air. Bila saya sebut nama penuh saya, lantas Dato' memaklumkan maksud nama saya tu.. Hamimah... bermaksud, teman setiaku... Ehm, orang kata, nama tu mencerminkan perwatakan orang tersebut. Ada juga kata, nama tu sebagai doa kepada pembawa nama tu.. Wallahualam...

Tuesday, May 19, 2009

Aqiqah




Genap 7 hari Muhammad Arif Haiqal dilahirkan, saya telah pun mengaqiqahkan Arif dengan bantuan Ustaz Azhar dari EZ Qurban. Setelah berkali2 mengadakan temubual di udara KLfm menerusi rancangan tajaan EZ Qurban, Ustaz Azhar & Ustaz Jalal berkali2 mengingatkan saya untuk menghantar SMS kepada mereka jika saya sudah bersalin.

Hari ke 5 selepas saya bersalin, saya mengirimkan SMS kepada Ustaz Azhar yang pada ketika itu berada di bumi Kemboja. Maklumnya, sejurus selepas menerima SMS saya, Ustaz Azhar tanpa membuang masa menguruskan kerja2 aqiqah di bumi Kemboja pada waktu itu. Sijil aqiqah atas nama Arif juga dah selamat diterima dan gambar2 di atas adalah ehsan Ustaz Azhar menerusi kiriman emel. Terima kasih kepada Ustaz Azhar & EZ Qurban. Cuma majlis cukur jambul masih lagi dalam perancangan kerana tarikh sebenar belum lagi dapat diputuskan. Saya berharap dapat mengadakan majlis cukur jambul di rumah di Putrajaya sebelum saya kembali bertugas 29 Jun nanti.

Waktu Afiq dulu, saya adakan majlis cukur jambul & aqiqah seiring dengan sambutan Hari Raya Qurban dulu. Masa tu, belum kenal EZ Qurban lagi, jadi segala urusan dilakukan oleh abang dan abah di Johor Bahru..

Insya Allah, bila dah dapat tarikh yg sesuai untuk majlis cukur jambul Arif, anda dijemput hadir ke majlis tersebut nanti... :-)

Thursday, May 14, 2009

Jenguk Laman Web SPA jap..

p/s: Adakah dengan keputusan ini saya akan meninggalkan KLfm dan Jabatan Penyiaran buat selama2nya, mengikut jejak DJ Ezan dulu? Tungguuuu....

Uji Minda



Cari 5 persamaan antara gambar Afiq dan Arif.. Selamat mencuba! :-)

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
......
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

P/S: Tu la kan, selagi masih ada ibu, sayangi & jagalah ibu sebaik mungkin. Bila dia dah takde, tiada gunanya lagi, hanya boleh iringkan doa buatnya semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg mukmin...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk bonda tersayang, Hjh Payah Abdullah dan juga mak mertua yang sangat prihatin, Siti Aminah Rahmat....

Anda nak kongsikan nama anak2 anda? Tinggalkan komen untuk post ini. Kalu blm ada anak, agak2 nama apa nak taruk kalu ada nanti? ehm... :-)

Monday, May 4, 2009

Di Taman Nenek..

"Afiq tolong tutupkan paip kat depan tu! " kata Nenek.



Apalah yg dimenungkan tu Jang oiii....


Tiap2 petang, Afiq suka tolong nenek siram pokok bunga di laman. Tengoklah gelagat bujang ibu yang sulung ni... :-)

;;