Thursday, January 29, 2009

Cuti Balik Kampung Lagi...

Afiq berposing sebelah "adik".. tapi kena crop la perut ibu tu.. buruk sangat ghupenyer..heheh

Jom balik kampung...

Balik kampung, lepak2 terjumpa plak gambar masa umur 4 tahun ni. Abah Afiq cakap, kalau Afiq dipakaikan macam ni, sebijik macam muka ibu.. :-)


Pada 23hb Januari yang lalu, sejurus selepas tugasan di konti jam 2 petang, saya bergegas pulang ke Johor Bahru. Berjanji dengan family Marma di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, kami bertolak ke Johor Bahru jam 3.30 petang. Singgah di Pagoh untuk solat jamak dan membeli sedikit buah tangan untuk mak dan abah, kami tiba di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram jam 7.50 malam.

Sampai di kampung, rumah kami dah pun dipenuhi oleh saudara mara yang datang kerana sama2 bergotong royong untuk majlis perkahwinan sepupu saya, Along Ayu pada keesokkan harinya di rumah Tok Ne yang hanya lat 8 buah rumah sahaja daripada rumah mak abah.

Majlis pernikahan yg diadakan pagi Sabtu, 24hb Januari itu berjalan lancar. Cuma keadaan kesihatan kami anak beranak tidak berapa memuaskan. Saya, Afiq, Marma dan Shukri diserang batuk dan selsema yg agak kronik. Yang paling kronik, Afiq la, sampaikan tak lalu makan & muntah2 selepas diberi susu. Iyelah, hanya susu yg menyelerakan Afiq masa tu, tapi dia muntah balik la pulak...

Sudahnya, kami 2 family ke klinik berdekatan yang ramainya... kuss semangat... Terpaksa menunggu giliran untuk diperiksa pada malam tu. Balik rumah pun hampir jam 11.15 malam... Pada hari Isnin, 26hb Januari, sewaktu masyarakat Cina sedang sibuk menyambut Perayaan Tahun Baharu Cina, kami dan keluarga sebelah abah berkonvoi ke Melaka untuk menghantar pengantin ke majlis bertandang di pihak lelaki pula.

Setelah selesai majlis bertandang, kami semua berpecah kepada 2 kumpulan, sebahagiannya pulang ke Johor Bahru manakala saya, Marma sekeluarga, termasuk mak, abah, Didie dan Nyai ke Kuala Lumpur. Ellie (adik bungsu saya) terpaksa pulang ke Johor Bahru kerana membawa ibu bapa pengantin perempuan. Keluarga besar Hj Mohd Yusof ni pun kalau nak ke mana2 kena konvoi 3 kereta... :-)

Tiba di rumah Marma di BB Bangi jam 3.30 petang. Semua pakat2 lepak & tidur tapi Afiq sibuk menyorong kereta mainan milik Shukri & Hakimi. Tunggu punya tunggu, abang sampai untuk mengambil saya dan Afiq pulang jam 5.30 petang. Abang tak pulang ke kampung tempoh hari sebab ada urusan lain. Ingatkan terus pulang ke rumah di Putrajaya tetapi kami terus ke Pantai Dalam, minum2 dengan Abang Kajang Berlipat dan Kak Sal Bangi yang sudahpun menunggu kami di sana.

Malam itu, DJ Kzie membawa kami semua makan2 di Danau Kota. Berakhirnya malam itu, apabila kami pulang ke Putrajaya jam 11.30 malam... Fuh... Letihnya!!!


3 Comments:

  1. black_canary said...
    rupa kamu tu mmg sejibik mimie...org kata kalau anak lelaki ikut muka mak..murah rejeki
    Anonymous said...
    org kata gak, sejuk je dgn ibu nanti.. :-)
    kakzie said...
    berpuluh kali dok tgk Afiq yg ala2 cakap phone tuh..cuter giler ar dier..

Post a Comment