Wednesday, January 21, 2009

Hujung Minggu Nan Indah...

Jom jalan! Afiq dah nak start keta ni tapi ibu letak Afiq kat seat sebelah plak! Ish ish ish..

Afiq khusyuk tengok abah main futsal. Go abah! Go abah!

Dah sampai Genting dah... Dok dalam keta dulu... Sejuk nih...

Afiq boring dok sorang2 dalam keta, ibu bawak kuar.. Sudahnya, tergetik2 Afiq kesejukan... heheh.. :)

Tengoklah crowd dalam Arena of Stars ni... Ni tak dapat amik full house.. Penuh tuuuu...




Nilah antara persembahan yg disajikan oleh warga kerja Ai FM untuk Pesta Hong Bao 2009.

Afiq baru lepas mandi. Bedak pun tak hilang lagi. Tapi kuar bilik je confirm bedak hilang.. :)


Suka Afiq bila naik rain deer... Nasib Afiq belum tau gayat lagi. Steady je, siap boleh goyang2 kaki. Ibu & abah plak yg gayat naik rain deer tu... :)


Memula naik Ferris Wheel Afiq senyap je, ingatkan Afiq gayat... rupanyer...

...rupanyer, Afiq ngantuk.. Baru 3 round Afiq dah lentok... Hampeh..

Sabtu lalu, 17 Januari 2009, KLfm berada di Gelanggang Total Futsal, Pandan Perdana sempena perlawanan persahabatan futsal dengan Kelab Kucing Malaysia. Team wanita yg bermain tak cukup korum terpaksa menyerah kalah kepada team wanita KKM 0-5 tetapi berlainan pula dengan team lelaki yg berhempas pulas untuk mengalahkan team KKM tetapi terpaksa akur dengan gol 8-9...

Selepas penat bermain futsal, saya sekeluarga bersama2 DJ Aenraen & Abang Roslan (pemandu RTM) ke Genting Highland, wakil KLfm untuk menyaksikan konsert anjuran rakan stesen radio Ai FM sempena Tahun Baru Cina yg bakal menjelang pada malam itu.

Setibanya di Genting jam 7.45mlm, kami terus check in hotel sebelum keluar semula ke Arena of Stars untuk menyaksikan Pesta Hong Bao Ai FM 2009. Walaupun sepatah haram kami tak paham, tapi bila rakan2 DJ Ai FM menari dengan lagu "Macarena", "Wau Bulan" dan lagu Hindustan, kami tergelak sambil berpandangan sesama sendiri... Masing2 terhibur la jugak dengan lawak DJ2 Ai FM yg boleh melawak dalam opera Cina... Bila toleh ke belakang, kami kagum dengan crowd malam tu, memang penuh dewan tu dengan manusia yg pastinya datang dari 1 kaum itu.... Masing2 tak mau ketinggalan dengan acara yg telah diatur sepanjang malam kerana cabutan nombor bertuah pun menjanjikan hadiah2 yg bombastik fantastik kau memang da bomb! Ada percutian ke Taiwan lagi... Crowd malam tu hanya keluar ke bilik air apabila konsert break dengan persembahan muzik "Er Hu".... betul ke ejaan tu? :)

Bila Afiq dah tak senang duduk, terpaksalah saya beredar ke bilik. Sampai bilik, terpaksa la temankan Afiq tidur, tak dapat nak join Abang, Aen & Abg Roslan jalan2 amik angin sejuk malam tu.. :( Sedar2, depa semua balik bilik dekat kul 2 pagi... Ehmmmm... nyampesss...

Esoknya, lepas check out & breakfast kat food court First World Plaza tu, saya dan abang bawak Afiq naik Rain Deer yg mulanya berlegar2 di atas kepala kami... Naik Rain Deer tu, bukan Afiq yg gayat, ibu & abah plak yg gayat sebab Afiq dok hentak2 kaki.. Sudahlah Rain Deer tu terhoyong hayang ke kiri ke kanan.. :)

Lepas tu, kami bawa Afiq naik Ferris Wheel pulak. Memula naik tu, Afiq dok tengok bawah je. Macam gayat tapi rupanya Afiq ngantuk. Baru 3 round pusing Afiq dah terlentok Eddie Hamid... Hancur harapan ibu nak bawak Afiq naik kuda pusing2 & keta kecik pusing2 kat bawah... heheh...

Bila Afiq dah tido, saya pun ambil keputusan untuk jalan2 cuci mata je. Ada plak cenderamata yg dijual di sekitar plaza tu. Macam terminat plak nak beli something untuk abang. Dah alang2 naik Genting ni, saya nak beli bangles untuk abang sempena Anniversary yg bakal menjelang tak lama lagi tapi abang kata, "Tak payah la yang, kita beli kat bawah je la.. lagi murah"...

Tapi, ikut hati, nak jugak beli kat atas nuuu.. ada gak value. Bila tengok bangle tu, taulah yg bangle tu beli kat Genting, kan... ada la kenangan terindah kot... heheh... Dalam nak tak nak tu, abang pilih gak 1 bangle untuk diri sendiri... Ha, dah dapat hadiah kan? 9 Februari nanti tinggal potong pulut kuning je... heheh..

Sampai habis pusing pun Afiq masih lagi tido, jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke KL je. Masuk keta je, Afiq pun sedar dari tido tapi ibu & abah plak pening dok belakang pusing2 turun dari Genting tu... Bila tengok ibu & abah tido, Afiq yg dipaksa baring atas pangku ibu (kalo tak, tak reti nak duduk diam2), pun tertidur sama sampai lah kami tiba di Angkasapuri...

Alang2 dah ada kat tengah kota, saya amik keputusan untuk ke Sg Buluh. Dah lama janji dengan sahabat Black Canary nak ke klinik Dr. Maslinor, hari tu baru ler dapat ke sana, alang2 dah jauh dari rumah. Makan tengahari di salah sebuah kedai di Sg Buluh dengan "petunjuk" Bro BC (dia & Darlin join skali), kami terus ke klinik Dr. Maslinor untuk scan baby dalam perut ni...

Dah scan kat klinik Dr. Mas, baru le saya & abang berpuas hati dengan hasil scan yg kami perolehi... tak ler macam hasil scan sebelum ni, doktor yg scan hanya faham sendiri apa yg di"scan"... Dr. Mas siap bagitau kami lagi "ni apa, tu apa"... Nak tau jantina apa 2nd baby ni??? Hehehe.. surprise... Dah kuar nanti baru boleh bagitau.. P/s Bro BC, jgn kasik tau orang haaa... Apapun, terima kasih banyak2 pada Bro BC & Dr. Mas atas layanan yg sangat2 best tu... Cuma klinik jauh sesangat daripada Putrajaya.. payah nak datang.. heheh...

Itulah citer panjang lebar hujung minggu nan indah.. Memang ler letih, apatah lagi berbadan 2 ni... Letih bawak perut, letih layan Afiq & abang... Itulah harga seorang ibu... Terima kasih Mak! Sayang Mak! Muahs... :)




5 Comments:

  1. kakzie said...
    ape pun suka tgk anak bujang tu..makin comel n dah besar
    Afiq..windu la
    Anonymous said...
    seronok tengok dia cuba nak bertatih sendiri.. :)
    azieazah said...
    Seronok semuaaaaa....
    black_canary said...
    sorry lah..kalau makan ari tu tak sedap...
    Anonymous said...
    la, bro BC, sedap tak sedap tu blakang kira.. yg penting, kenyang.. :-)

Post a Comment