Friday, December 26, 2008

Cuti-Cuti Balik Kampung....

Afiq dan Cik Didie...



Afiq, Shukri dan Hakimi...

Bermula 25 Disember 2008, saya mula bercuti panjang hujung tahun, mengambil kesempatan sempena cuti Hari Natal, Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009M... Balik ke kampung bersama-sama family Marma, kami bertolak dari Putrajaya jam 10pagi dan tiba di Ulu Tiram, Johor jam 1 tengahari.... Huih... boleh tahan laju jugak si Tun ni bawak keta...

Sepanjang berada di rumah mak, mak dan abah yg baru balik menunaikan Haji di Mekah Hari Raya AidilAdha yang lalu tak putus2 bercerita tentang pengalaman mereka sepanjang berada di sana... Puas jugalah kami adik beradik, anak beranak makan kurma, kismis, biskut dan lain2 makanan dari Arab.. :-)

Untuk semua pelawat blog, ni lah gambar2 Afiq bersama sepupu2 dan pakciknya... Selamat Hari Natal untuk yang menyambutnya dan untuk Muslimin Muslimat, Salam Maal Hijrah 1430H.. Untuk semua, Selamat Tahun Baru 2009H... Walla...

Monday, December 15, 2008

Jom Main Air....


Tengoklah aksi Afiq bersama Cik Su (Ayu) dan Mak Su (Nana) nya... Siap lambai tangan kat ibu lagi...





Ceh, memula takut2... Lama2 semua air pancut kat situ nak dipegangnya...



Pose budak hensem untuk semua pelawat blog ni... Walla....


Minggu lepas, saya bercuti sehari untuk temujanji doktor untuk ujian ultrasound baby yang dalam perut ni... On the way keluar dari KK Putrajaya tu, lalu swimming pool Presint 9 tu, nampak ramai juga ibu bapa yg membawa anak2 mereka berendam kat situ... Saya pun terfikir, alang2 hari tu hari Jumaat (mind set kata hari tu takde la ramai sangat orang), tambahan pula Nana, Ayu & mak mertua saya ada di sini, y not saya bawa mereka berendam sejam 2 di sana... So, saya berniat, kalo petang tu tak hujan, saya akan bawa mereka berendam di sinun... :-)

Memang niat baik :-), hujan tak turun petang tu. Lepas Afiq bangun tido, saya bawa Afiq, Nana, Ayu dan mak ke swimming pool Presint 9 Putrajaya untuk main2 air... Memula letak Afiq kat tempat air tu, takut juga Afiq nak jejak. Tangan dah capai air pancut tu tapi kaki masih jingkit2, takut nak pijak kawasan berair tu... Sudahnya, bila ibu suruh "sit down", baru la Afiq duduk elok2 sebelah air pancut tu. Sambil terkelip2 tengok air pancut, nak pegang ala2 manja, bila dah naik syeh terus lupa kat ibu....

Lepas tak berapa nak puas main air, ibu bawak Afiq main playground kat sebelah tu. Bukan main seronok Afiq main gelungsur tu turun-naik-turun-naik... Nasib baik Afiq dah macam nak tido, kalu tak, mau mengamuk tak nak balik... :-)... Tengoklah aksi-aksi Afiq di kolam renang... Walla...

Afiq dah Setahun...

Pada 24 November 2008 yang lalu, genaplah setahun umur Muhammad Afiq Izzudin... Baru la sekarang saya dapat update blog ni tentang cerita Afiq. Yelah, kalo takat citer je, tak syok lak kan? Mesti nak upload gambar atau video terbaru Afiq. Afiq sekarang dah boleh berdiri sendiri sambil tepuk tangan tapi 2 3 tepuk, dia jatuh balik.... Sempena hari lahirnya yang pertama, ibu belikan mini traktor utk Afiq... Orang kata, walker salah 1 alat untuk bantu baby belajar berjalan tapi Afiq tak suka dok dalam walker... Jenuh carik akal nak keluar. Pernah 1 ketika, masa ibu tengah masak kat dapur, dengar dia menangis, rupanya dah dok celah kaki walker tu...

Melalui pembacaan saya juga, sebenarnya, walker bukanlah alat yang sesuai untuk ajar baby berjalan sebab ada sesetengah baby walaupun kaki dia berjalan dalam walker tu, masih lagi dalam posisi duduk... Jadi, saya belikan Afiq mini traktor tu dengan tujuan, kalo takde sape nak sorong dia ke hulu ke hilir, dia boleh sorong mini traktor tu sesuka hati dia... Sudahnya, Afiq sorong ikut suka hati dia jek, tak ikut arah tayar mini traktor tu... :-)... Lantaklah Afiq, asal dapat belajar berjalan, ok lah tu... Nak upload video Afiq asik gagal jek... Nanti saya cuba upload sekali lagi dalam post-post yg akan datang ok? Walla...

Thursday, December 11, 2008

Misi Kemanusiaan Bukit Antarabangsa

Mr. AP menyambut dan membawa kami melawat ke tempat kejadian dari tempat masuk hinggalah ke puncak Taman Bukit Utama... Jauh jalan tu, lebih dari 2km... Huh!

Satu2nya jambatan binaan abang2 tentera bagi menggantikan jalan raya yang terputus akibat bencana tersebut.. er... tunggu la mak buyung kat belakang nih... iiihhhhh!!!



Beginilah keadaan rumah2 yang dibawa tanah runtuh di lokasi kejadian... Maaf la kengkawan yek, saya amik gambar belakang jek... Tak yah nak inter-frame... heheh

Gambar ni sewaktu turun dari Taman Bukit Utama... nak tunjuk kat arah punca tanah runtuh tapi jari telunjuk tak tau hala ke mana... heheh

Kembali ke lokasi pertama kami sampai... ehm... ada "bau" sikit kat sini (tengok muke! :-))

Jalan raya yang merekah akibat kejadian alam dengan lafaz "Kun Fayakun"... Nauzubillah...

Datuk Khalid menikmati mee segera buatan kami... :-)

Menjelang Hari Raya Korban, hari Sabtu kurang lebih jam 4pagi, kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang membabitkan 14 buah rumah dan 4 nyawa terkorban selain kehilangan tempat kediaman dan harta benda para penghuni di sekitar kawasan tersebut. Sehubungan itu, KLfm telah melawat tempat kejadian pada hari Rabu, 10 Disember 2008 iaitu selepas 4 hari kejadian tersebut berlaku. Selain melawat tempat bencana, kami juga membantu pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mengagihkan makanan kepada para petugas dan juga orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut.

Mulanya, Puan Fee, iaitu Pengawal KLfm tak mengizinkan saya pergi... Yelah, dah tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU), ramai gak yg membantah saya ikut... :-) ... tapi, pujuk punya pujuk, saya offer diri nak jadik camerawoman of the day... Hasilnya, semua gambar yg saya ambil gambar warga KLfm dari belakang... hahahah... Biasalah, mak buyung mesti sentiasa tertinggal di belakang... Apapun, puas hati dapat naik sampai ke Taman Bukit Utama. Memula tu, memang la tak rasa apa2, sampai la kat booth PBSMM, siap berdiri tolong agih2kan mee segera kepada pengunjung yang datang ke booth tersebut... Lat sejam 2, terus angkat bendera putih, surrender sebab rasa cam nak pitam... heheheh... :-)

Apapun, terima kasih kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid yang sudi singgah ke booth kami untuk menikmati mee segera spesel siap telur separuh masak yang disediakan oleh PBSMM untuk kami agih2kan... Uncle2 PBSMM kata, sebelum kami ada di booth tu, sorang pun tak sudi nak singgah... Lepas kami take over, berkotak2 mee segera habis... heheheh :-) .... Bab menghabiskan stok ni memang expert la..... Walla...

;;