Wednesday, November 5, 2008
Pada 31 Oktober 2008, saya sekeluarga dan adik saya (Marma) sekeluarga pulang ke kampung di Johor Bahru kerana abah dan mak berhajat untuk mengadakan sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran sempena pemergian mereka ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 3 November 2008.
Ramai juga saudara-mara dan sahabat-handai abah dan mak datang ke rumah. Yang mendoakan dan yang "berhajat" pun ada... Apapun, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dalam keadaan mabuk2, dapat jugak saya tolong sikit2. Ramai juga sedara mara yang nak tengok Afiq sebab tak penah jumpa... Bila jumpa Afiq je, depa kata "Memang cetak Mimie ni"... :-)
Hari Isnin, 3 November 2008 selepas Zohor, kami sekeluarga, Marma sekeluarga, Didie, Eli termasuk Nya'i (nenek belah mak) dan Tok Ne (nenek belah abah) konvoi dengan 3 kereta menghantar abah dan mak ke Lapangan Terbang Senai. Huih... di Senai tu pun dah ramai manusia, apatah lagi di Tanah Suci Mekah musim haji ni...
Dalam hujan renyai, kami menghantar abah dan mak ke Senai Airport, tiada kata yang keluar dari mulut mak, hanya linangan air mata dengan perasaan sebak mengiringi perjalanannya. Cuma abah saja yang bersuara, sempat berbisik, "Jadilah isteri yang solehah, jangan lupa solat dan jaga diri baik2. Sabar separuh daripada iman".... Dalam juga maksud abah tu... Kami hanya mampu berdoa agar mak dan abah selamat pergi dan selamat kembali, semoga memperoleh haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan selama menunaikan ibadah haji dan menjadi tetamuNya di sana....
Bila abah dan mak ke kaunter pendaftaran bakal jemaah haji, hanya Didie & Eli menghantar hingga ke pintu bilik pendaftaran, abang pula mengendong Afiq ke cermin bilik pendaftaran. Sempat juga Afiq melambai ke arah Tok Y dan Neneknya sambil tersengih... "Mana nak pegi depa ni ramai2" (agaknya).... :-)
Selepas menghantar abah dan mak, 3 kereta yang berkonvoi tadi berpecah kepada 3 haluan... Kereta Marma sekeluarga membawa Eli & Tok Ne pulang semula ke Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Kereta yang dipandu Didie membawa Nya'i untuk dihantar ke rumah makcik di Taman Universiti, Skudai. Manakala saya sekeluarga pulang ke rumah mertua di Kulai.... Nampaknya, cuti Raya Haji nanti, kami tak balik JB, cuma jemput mak mertua datang ke Putrajaya aje. Lagipun, dia tak penah datang lagi rumah yang baru kami duduki di Putrajaya tu... :-)
Awal pagi 4 November 2008, satu panggilan tidak berjawab dari Kota Madinah (sebab tengah bagi Afiq minum susu). Nasib baik menyusul panggilan yang sama tak lama kemudian. Terima kasih kepada Sahabat Songan a.k.a Hj Afandi yang sudi menyambut mak dan abah di sana & menghubungi saya untuk berbicara sebentar dengan abah... Terkezut juga abah bila sampai sahaja di Kota Madinah, terdengar namanya dan nama mak di"annouce" oleh petugas Tabung Haji... :-) Itulah untungnya ada komuniti Sahabat ni kan? :-)
Abah dan mak selamat sampai di Kota Madinah jam 4 pagi waktu Malaysia, iaitu 11 malam waktu Madinah... Syukurlah, mereka dah sampai. Cuma pesan saya pada mereka, jaga kesihatan sepanjang berada di sana... Jangan lupa kirim khabar jika ada waktu terluang....
Kepada semua bakal haji, saya sekeluarga mendoakan agar selamat pergi dan selamat kembali, semoga memperoleh haji yang mabrur.... Semoga satu hari nanti, ada rezeki saya dan suami untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah sana.... Amin...
3 Comments:
-
- kakzie said...
November 6, 2008 at 10:14 AMalhamdulillah arwah ayah sempat juga menunaikan ibadah haji pada tahun 2002.Ikutkan tahun sebenarnya 2006 tp mujur lah di awalkan.Sebelum ayah berangkat dulu,hati ini mmg risau ssgt sebab ayah kalau jalan jauh sikit dia mudah penat dan untuk persediaan awal dia meneyediakan duit dam haji takut2 kalau dia tak dapat melakukan ibadah rukun haji.Namun Kuasa Allah SWT satu rukun haji pun ayah tak tinggal dan tiada dam di kenakan..alhamdulillah,dan kesulitan yg dialami dr kecacatan mata(buta)sedikit pun tidak menghalang dia untuk beribadah di sana.SEMOGA AYAH DAN IBU MIMIE SENANTIASA DI BERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DI PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN DI SANA,INSYALLAH- Anonymous said...
November 6, 2008 at 10:30 AMTQ ila... :-)- IXORAROXI said...
November 11, 2008 at 1:05 PMamin..moga dipermudahkan segala urusan mereka di sana