Thursday, May 29, 2008
Gambar berdua takde... Gambar ni pun jadi la... TQ Kak Posh sebab sudi datang rumah adik jauh2 masa Majlis Persandingan tahun lepas...
Bergambar dengan adik & kakak yang paling rapat dalam KLfm.. Adik dah pegi, skarang kakak pulak nak ikut... Saya??? Ehm...
Salam... Hari ni 29 Mei 2008. Ada lagi 2 hari lagi nak melangkah ke bulan Jun. Paling tepat ada satu hari bekerja lagi untuk bulan ni. Bermakna, saya punya satu hari lagi untuk bermesra dengan wanita ini...Pertama kali bertemu beliau, saya rasa gerun juga nak berbual dengan beliau. Dari air mukanya yang nampak garang, dengar jugak ke"garang"annya kadang2 di udara, membuatkan saya agak "lewat" mengenali wanita ini luar dan dalam. Apatah lagi sewaktu mula saya bertugas di KLfm, saya diletakkan di bawah pengawasan Kak Preimah, jadi, tak la berapa rapat dengan beliau. Di tambah pula sewaktu saya mula2 melapor diri di KLfm, beliau bercuti panjang kerana sakit... Jadi, peluang untuk berkenalan lebih dekat tidak pernah ada.
Tapi, apabila saya duduk di tempat kak Azizah Mat Isa yang berpindah ke JAKIM, boleh kata setiap hari saya bersetentang dengan beliau dan saya semakin mengenali wanita ini... Saya rasa, sedikit sebanyak, saya ada beberapa persamaan dengan wanita ini. Bila saya merasai wujudnya persamaan itu, saya semakin serasi dengan wanita ini... Setiap hari bergosip bersama, dalam hati pernah terdetik, "Boleh tahan jugak akak kita ni".... Bila bersama2 dengan beliau, saya benar2 merasai yang saya punya "kak long", because i don't have one, rasa sangat tali persaudaraan & kemesraan umpama adik-beradik...
Sayangnya, walaupun beliau sudah lama berkhidmat di KLfm, jodoh kami berdua tak la selama itu... Apapun, pemergian beliau over the sea, sudah rezeki beliau untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dari sekarang, memang bersesuaian dengan khidmat beliau bertahun2 lamanya di RTM... Memang benar kata orang, semua benda dalam dunia ini tidak pernah akan kekal kecuali Yang Maha Esa... Setiap sesuatu itu pasti akan berubah, ada kepada tiada, tiada kepada ada...
Untuk Kak Fauziah Zakaria, selamat bertugas di tempat baru dan tahniah atas lantikan kenaikan pangkat tu... Kalau kami ke Miri, ada la tempat yang kami nak tuju...;-)
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
heheheh... masing2 sibuk dan tak berpeluang pula nak beramah mesra...
kak pun seronok dapat kenal u all..
cuma mimie ni pendiam sikit..kata orang lambat warm-up.harap-harap tak lamalah kat sini ni. walaupun seronok tapi jauuuuuuuuuuuh.