Wednesday, May 28, 2008
Tu lah Afiq. Kalau kata nak amik gambar je, mula la dia bukak mata dia luas2... Takut terkelip dek flash kamera kot... :-)
Salam semua... Lama dah tak coret2 sesuatu kat dalam blog ni. Selain sibuk dengan kerja2 pejabat & konti, sibuk juga melayan karenah si kecik Afiq yang dah pun menjangkau usia 6 bulan 4 hari pada hari ni.Baru lepas bengkel pemantapan siaran KLfm 2 hari yang lalu, banyak juga perubahan yang bakal berlaku dalam siaran KLfm bermula 1 Julai nanti. Selain pening dengan tugas2 yang sedia ada, kena jugak bersedia dengan perubahan program2 di KLfm tu. Saya takkan lagi menjadi "taukeh carta" (selalu kena kejar dengan PR2 syarikat rakaman ni... selamat skit...;-)). Tugas lebih besar menanti. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi penerbit segmen Nadi Kota dari hari Isnin hingga Ahad....pergh... berat jugak tu sebab banyak slot dalam Nadi Kota tu... dengan JPJnya, DBKLnya, PIKA (program inovasi khidmat awam) dan bla bla bla lagi slot baru yang akan menghiasi Nadi Kota tu...
Itu citer pasal kerja... Ada orang kata, keje DJ ni senang... Cakap cakap cakap kat konti, pas tu boleh cau balik... SALAH tu.... Belakang tabir tu lagi banyak cekadaknya... Apapun, biar kalut belakang tabir, jangan kalut ON AIR...
Nak citer pasal si kecik Afiq pulak. Skarang dia dah semakin nakal. Dah kenal orang. Nenek datang dari JB pun bila kena tinggal dengan ibu dia terjerit2 carik ibu... Kalau tidur dah taknak dalam buai. Nak tidur atas katil queen size tu. Boleh pusing2, boleh golek2. Yang paling penting, mesti ada abah @ paling afdal mesti ada ibu baring kat sebelah. Tak payah tepuk2 pun tak pe. Asalkan Afiq dapat pegang muka abah @ ibu sambil isap puting. Bila dia nampak mata ibu @ abah belum "tidur" lagi, mata dia pun bulat jugak walaupun memang dah bulat. Jadi, abah & ibu kena "buat2 tidur".... Akhirnya, dengan ibu abah tidur sekali dengan Afiq...
Yang bagusnya Afiq ni, walaupun siang dia tidur sekejap2, bila bab tidur malam, dia akan tidur dari pukul 9 malam sampai pukul 7.30 pagi. Takde nak merengek taknak tidur. Kalau nak susu pun, dia akan terpusing2 ke kiri & ke kanan macam orang gelisah... Ha, tu la tandanya Afiq nak susu. Sumbat susu 2 oz, Afiq akan tidur balik. Tak payah susah2 nak dodoikan dia... Dia kan betul2 bukak mata bila tiba2 tengah malam dia "buat kuih"... Kadang2, nak tunggu Afiq "siap", ibu tertidur... Yang pelik tu, bila Afiq dah siap "buat kuih", dia boleh tidur balik tu... Ish Ish Ish.... Lain pesen pulak Afiq nih...
Paling seronok bila dengar Afiq terjerit2 ketawa bila abah menyanyi kuat2.. Seronok benor bunyinya... Apapun, bila 8jam tak jumpa Afiq, dah gelisah nak balik... Rindu dengan gelak tawanya... Saaayaaang Afiq....
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anak aku yg kecil tu pun sama jugak...pantang di agah..mesti dia tersengih-sengih...tapi kuat merajuk pulak tu..pantang mak dia marah dia...mulalah merajuk tak nak isap tetek...
Bab kerja tu..no komen sbb org tak tahu apa kerja kita...nampaknya lepas ni KLFM ilang lagi DJ yg ramai peminat....
tak sampai hati aku nak CULIK si AFIQ nii...
korang memang suka tengok aku merajukkkk... wuaaaaa!