Wednesday, March 5, 2008

2nd Imunisasi

Lepas kena inject, Afiq tido je dalam keta.

Huih... tingginya suhu badan Afiq...

Dah baik dah....

Ibu jangan kacau, Afiq nak tengok TV nih...

Isnin lepas, 3hb Mac 2008 Afiq dihantar sekali lagi untuk pemeriksaan bulanan. Berat Afiq tak naik banyak, cuma 0.4kg je. Macam biasa, kalau bab berjalan, Afiq memang suka sangat2. Paling kuat pun dia tido jek. Takde la nak meragam macam sesetengah budak, melalak tak tentu pasal. Harap2 bila besar nanti, jangan kuat sangat berjalan, takut tak betah dok umah je.

Lepas timbang berat, jumpa misi, dia tanya, Afiq dah pandai niarap ke belum. Saya jawab belum lagi. Dia cuba jugak tapi bila tak dapat, dia nangis... So, saya kata sekarang ni dia pandai nangis je...heheh...Bila misi cakap, hari ni kena inject lagi ye, kena inject ni demam lagi tau. Afiq macam paham je cakap misi tu, terus dia kasi "tembak" satu das... Habis penuh dengan "bahan buangan" dia dalam pampers tu, sampai kena baju & seluar. Tapi misi terpaksa inject jugak tanpa sempat salinkan pampers & baju dia... :-)

Macam biasa gak, bila kena inject, Afiq nangis sekejap je bila jarum tu dicucuk pada peha dia. Lepas tu dia dah boleh sengeh2 dah. Tak macam budak lain, sampai dalam keta dok meraung sakan.... Lepas je Afiq kena injection, saya terus salinkan pampers, baju & seluar dia...Ehm, terpaksa la mintak tolong baby sitter cucikan baju & seluarnya tu.

Masuk je keta, hobi Afiq bila dibawa jalan2, dia akan tido... Memang senang nak bawak Afiq jalan2... Hari tu, saya dan hubby pegi shopping barang2 dapur pun Afiq tido jek. Dah nak masuk keta balik baru dia jaga....

Lepas pegi check up, saya hantar Afiq ke rumah baby sitter. Harap2, kalau Afiq demam, takde lah menangis teruk2 sangat. Risau jugak bila tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Petangnya, bila saya ambil Afiq, kak Ita (baby sitter) cakap Afiq meraung tak henti2. Bila penat je, barulah dia tido... Celik je, melalak sampai serak suara & merah padam muka dia... Macam tu lah keadaan dia kat rumah sepanjang demam dia tu... Memang panas sangat2 suhu badan dia sampai mencecah 37.9ÂșC. Bila dipegang, lengan saya rasa pijar sebab panas sangat...

Esok paginya, saya berura-ura nak cuti kecemasan aje sebab Afiq tak boleh lekang langsung dengan ibunya. Tak sempat nak kejar konti pukul 10 pagi. Tapi bila dia dah tido balik, saya sempat siap2, mandi & gosok gigi, terus dukung dia pelan2 masukkan dalam keta... Tengok ok jek... Ehm, macam yang saya cakap tadi, Afiq ni pantang dibawa berjalan. Daripada sakit terus baik...:-)

Petang tu, bila saya ambil Afiq dari rumah kak Ita, panas dia dah berkurangan... AlHamdulillah... Kalau panas dia macam malam sebelumnya juga, saya dah terfikir nak bawa dia ke klinik biasa.... Bila tengok dia dah aktif balik menendang, rasanya, kaki Afiq dah tak sakit lagi...

Hari ni, Afiq dah boleh tersenyum macam biasa. Bila tengok Afiq tersenyum, hati saya rasa gembira sangat2 dengan wajah comelnya & senyumannya yang kiut tu... Kat ofis pun asyik dok tengok gambar2 dia jek... Macam ni la orang yang ada anak kan, selalu ingatkan anak... Macam mana ek bila dah tua nanti? Adakah anak2 kita ingat kat kita??? Inilah yang perlu dididik dari kecil supaya tak lupa pada orang tua... Afiq anak yang soleh kan...??? :-)

2 Comments:

  1. black_canary said...
    lama dah tak masuk sini, apa macam, seronok dgn keletah anak2 kan...walaupun penat tetap happy
    Anonymous said...
    ye lah... apa2 pun, mesti nak dahulukan anak... bila fikir2 balik, seronok mengandung & bersalin ni... :-P

Post a Comment