Wednesday, February 20, 2008

Setahun Sudah Berlalu... Langkawi..

Pada cuti Tahun Baharu Cina yang lepas, kami sekeluarga adakan family trip holiday ke Pulau Langkawi. Keluarga saya & adik (Marma) berlepas dari Kuala Lumpur dengan Airbus Air Asia dari LCCT ke Lapangan Terbang Langkawi, manakala rombongan abah, mak, Didie & Eli bertolak dari Johor Bahru dengan bas pada malam Tahun Baharu Cina ke Kuala Perlis dan seterusnya menaiki feri ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kami bertemu di Pekan Kuah pada 7hb Februari 2008 jam 5 petang....

Ops.. lupa nak perkenalkan keluarga besar saya. Abah saya, Mohd Yusof Hj. Munawar, mak atau lebih manja saya & adik panggil "mum", Payah Abdullah. Adik-beradik saya 4 orang - 2 perempuan, 2 lelaki, yang mana saya anak yang sulung. Adik saya, Marhamah atau kami panggil Marma dah pun berkahwin dengan orang Terengganu, Tun Abd Karim dan dikurniakan 2 orang anak, Tun Adli Hakimi dan Tun Mohd Syukri. Syukri lahir sama tahun dengan Afiq, cuma dia lahir pada awal tahun, Afiq pulak hujung tahun...

Adik2 yang lain, hero-hero belaka - Mohd Rosdi & Mohd Rosli... Masing2 dah pun bekerja. Abah & Mum yang nak pencen tahun ni dah tak perlu risau2 lagi sebab semua anak2nya dah bekerja... Ni la plan abah & mum waktu2 pencen, dah start nak berjalan2 seisi keluarga, kalau boleh setiap tahun kami buat trip family holiday ni... Tahun ni, kami mulakan dengan Pulau Langkawi dulu. Walaupun saya & abang dah pun ke sana cuti bulan madu tahun lalu, banyak juga yang berubah berbanding setahun yang lepas. Dah ada lebuhraya menghubungkan Pekan Kuah dan destinasi2 pelancongan lain. Masa kami berkunjung ke sana dulu, lebuhraya tersebut masih dalam pembinaan....

Walaupun tahun ni cuti lebih singkat dan kami tak sempat pusing pulau2 seperti ke Tasik Dayang Bunting, Beras Basah & Telaga Tujuh dan lain2, kami dapat juga naik Cable Car, yang mana tahun lepas dalam penyelenggaraan. Baru la saya tau, abang gayat rupanya, tak segayat naik Eye On Malaysia setahun yang lepas.... Selalunya, orang2 yang gayat ni, mesti ada sejarah dengan tempat2 tinggi ni. Abang boleh duduk satu gondola dengan Paparey & DJ Pool sebab masing2 gayat dengan tempat tinggi... Nampak je ganas tapi pucat lesi bila duduk dalam gondola... hehehe...

Anyway, enjoy dengan gambar2 yang sempat kami posing sepanjang kami berada di Pulau Langkawi... Ntah bila lagi kami dapat ke sana.... Wallaaaa...

Sebelum naik flight, bergambar dulu. Tiada dalam gambar - Tun.

"Nak balik...nak balik..." kata Hakimi bila nampak awan kat bawah. Selalu nampak awan kat atas... :-)

"Bang, kamera kat tepi tu, bukan kat depan. Afiq pun boleh tengok kamera..." :-)

Family besar kami bergambar di hadapan pintu gerbang masuk ke Langkawi Cable Car.

Family kecil saya bergambar dengan Marma & Syukri di hadapan kaunter tiket Langkawi Cable Car.

Saya dan Afiq dalam cable car bersama Marma dan 2 orang anak sedara, Syukri dan Hakimi. Hakimi tu pun gayat jugak tu. Asyik sebut "Tak nak!!! Tak nak!!!".... :-)

Tiada dalam gambar - Didie.

Tiada dalam gambar - abah.

Tiada dalam gambar - Tun.


Bergambar di atas puncak Gunung Machincang lepas naik cable car...

Kecik-kecik lagi Afiq dah naik Cable Car.

Bergambar ramai-ramai depan Air Hangat. Tiada dalam gambar - Tun

Afiq temankan abah & ibu rendam kaki dalam air hangat

Sebelum shopping, posing dulu ramai-ramai depan pintu masuk Beras Terbakar. Tiada dalam gambar - Eli

Bergambar di hadapan Beras Terbakar. Tiada dalam gambar - Didie

2 orang hero Pak Usop & Mak Payah - Didie dan Eli.


Senang betul bawak Afiq jalan-jalan... Asyik tido jek...

Bergambar di hadapan Kota Mahsuri - Mum, Eli, Abang, Abah, saya & Afiq

Afiq dan Tok Y nya lepak-lepak kat Dataran Lang, Langkawi.

Afiq dan abahnya jalan-jalan kat Dataran Lang, Langkawi.

Ni family adik yang kahwin lebih awal daripada saya - Hakimi, Marma, Tun & Syukri.

0 Comments:

Post a Comment