Thursday, November 19, 2009
Pagi tadi, sempat juga saya, Abang & Afiq ke Sek. Ren. Presint 16 (2) Putrajaya untuk menguruskan persekolahan adik abang, Nana & Ayu. Oleh kerana tahun ini merupakan tahun akhir Nana bersekolah di situ, terpaksalah abang menukarkan Ayu ke Sek. Ren. Presint 18 (1) yang berdekatan dengan tempat tinggal kami memandangkan tahun hadapan Nana juga akan bersekolah di situ kerana Sek. Men. Presint 18 (1) juga berada di tempat yang sama. Mudah mereka pergi & pulang bersama2.. Yelah, sekarang ni kan macam2 kes penculikan budak2 sekolah. Minggu lalu, Nana pun ada bercerita tentang kisah kawannya yang hampir2 diculik... :-(
Kebetulan juga, hari ini (19 november 2009) merupakan keputusan peperiksaan UPSR, jadi kami pun meluangkan masa untuk sama2 menunggu keputusan UPSR Nana. Ramai juga ibu bapa yang hadir memberi sokongan untuk anak2 @ adik2 masing2... Hasilnya, keputusan Nana, walaupun tak berapa nak cemerlang, tapi oklah tu, cukup semuanya dari A-D, semua ada.. Sesetengah budak dapat semua A, langsung takde B, C atau D..hehehe.. Itu yang saya kata pada Nana, sekadar humor untuk menyejukkan hatinya.. Iyelah, kawan2 lain sampai mak bapak dorang mengalir air mata kerana kejayaan mendapatkan straight A's.... Takpe dik, masih ada PMR dan SPM.. Masih panjang lagi perjalanan adik tu. Dulu pun, akak tak berapa pandai masa sekolah rendah. PMR pun ala2 je. Alhamdulillah, SPM dapat best student! Cuba lagi k? :-)

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)