Thursday, April 30, 2009

Anak-anak Ibu...

Lenanya Arif tidur...

Saaaaayaaang adik...:-) Kalau tak bagi Afiq cium adik, melalak2 Afiq kat sebelah adik...

Sayang betul Afiq pada adiknya. Suka duduk sebelah adik, konon nak jaga adik. Siap merangkak keliling adik lagi. Bila dah penat, barulah Afiq duduk dekat atau baring sebelah adik.. :-) Bila orang lain cakap nak amik adik, dengan pantas Afiq menjawab,"NO!" :-)

Bahana...

Sian Arif.. Panas badan dia.. Monyok jek muka... :-(

Sepanjang malam tido tak lena..

Dah dapat upah dah... Tido ye sayang..

Bahana jamu, inilah padahnya... Dulu, masa Afiq, makan jamu jenama M*****a R**u, Afiq berak2... Masih boleh makan jamu tu, cuma kurangkan bilangan pengambilan sahaja. Kali ni, konon nak cuba jenama A** M****r, Arif tak berak2 tapi panas badan... Bukan dia je yg panas badan, ibu pun tak leh tido malam sebab kepanasan, walaupun alat penghawa dingin sudah dipasang... Hish, tak berani nak makan jamu tu lagi... Kesian adik, sepanjang malam tidur tak lena...

Ehm... Sedapnyer biskut ni...

Malam tadi pun, Afiq merengek je. Ye lah, dok umah Tok Y dan Nenek, takde kawan nak bermain. Malam tadi, keluarga sebelah mak datang menziarah. Biasalah, kalau suku sakat jawa dah datang, keluarlah speaking Jerman tu, apatah lagi dengan kepetahan berbual yang dimiliki oleh Mak Ngah (kakak mum) & Umi (adik mum)...

Afiq makin seronok jumpa 2 pupunya, Aiman (anak sepupu saya, Abang De - anak Mak Ngah) dan Imran (anak sepupu saya juga, Nini - juga anak Mak Ngah) ... Bukan main suka dapat lari tawaf satu rumah Tok Y ni. Kalau anda nak tau, rumah abah ni memang di"design" macam tu, masuk ruang tamu 1, jumpa dapur, masuk dapur, jumpa ruang tamu no 2, masuk ruang tamu 2, jumpa balik ruang tamu no 1... Memang untuk budak2 tawaf... heheh... Sudahnya, bila tiba waktu tidur, Afiq dan letih sangat, asyik merengek je ler... Tu yang tak tahan nak layan tu... :-) Ha, main lagi tak ingat dunia... Dah, nak tido pun susah...

Bila 2-2 anak ibu tak tidur, ibu lagilah tak boleh tidur... Macam mana? Alahai, anak..... :-)

Tuesday, April 28, 2009

Muhammad Arif Haiqal

Inilah wajah adik Afiq yang diberi nama Arif... Hari ni baru berusia 2 hari..

Afiq berposing sebelah adik Arif.. Tak puas2 dia cium adik dia tu.. Sikit2 tersengeh2 sebelah Arif, sikit2 cium pipi la, tangan la, kaki la.. Semuanyer dicium.. :)


Salam semua yang melawat blog saya yang tak seberapa ni :-)... Alhamdulillah, baby Arif atau nama penuhnya Muhammad Arif Haiqal seberat 2.79kg selamat dilahirkan pada 26 April 2009 yang lalu, jam 12.45 tengahari di Hospital Serdang. Melalui pengalaman bersalin kali kedua ni, barulah saya percaya, memang setiap anak yang dilahirkan pasti akan mengalami pengalaman dan "rasa" yang berbeza...

Tepat dengan perkiraan saya dan misi yang check up sewaktu peringkat awal mengandung anak ke2 ni, walaupun ramai kawan2, keluarga dan sahabat mengharapkan dan mengagak yang saya akan bersalin lebih awal daripada jangkaan, saya sendiri berpesan kepada baby di dalam kandungan pada ketika itu, biarlah adik "keluar" tepat dengan jangkaan supaya saya lebih bersedia, mental dan fizikal. Memang kena selalu bersedia, tapi bila kita sendiri tahu tarikh yang paling tepat, kita sendiri akan lebih bersedia menghadapinya.. cewahhh.. :-)

Awal pagi 26hb, paling tepat selepas terjaga jam 3 pagi 26hb untuk membuat susu Afiq, saya tidur semula dan bermimpi bercakap dengan DJ Julia melalui panggilan telefon, kononnya live interview di radio tentang pengalaman bersalin anak ke2. Dialog kami lebih kurang macam ni;

Mimie : Aku dah keluar tanda pukul 3pagi, pas tu, terus masuk hospital. Pukul 4 terus bersalin.
Julia : Wah, cepatnya?
Mimie : Ye lah, dah anak ke2 ni, "jalan keluar" tu memang bukak cepat. Tu yang cepat keluar... Heheh

Dialog mimpi tu terhenti sampai di situ apabila saya mimpi ada banyak air keluar. Orang jawa cakap "ngompol" atau kencing malam. Kalau budak kecik, memang selamba jek sambung tido tapi kalau orang dewasa macam kita ni, mesti pelik, awat air kuar tak henti2? Lepas tu mesti terniat nak rasa sendiri betul ke tak basah kat punggung kita...

Memang betul, rupa2nya air ketuban dah pecah. Habis tilam Afiq saya "kerja"kan.. Saya bergegas kejutkan abang yg juga tidur di sebelah Afiq. Saya tak tau betul ke air ketuban dah pecah? Saya cuma cakap pada abang "Bang, air dah keluar"... Abang suruh saya check betul2. Saya terus ke bilik air, tempat utk dapatkan keputusan yg lebih tepat.. (ceh, macam masuk bilik doktor plak)... Bila tengok lendir dan darah pun ada skali, saya terus bersiap untuk ke hospital. Sempat juga abang bagitau mak, begitu juga saya sempat beritahu mum, abah, Marma dan Tun yang kebetulan bermalam di rumah kami menantikan ahli baru dalam keluarga kami.

Sampai di Hospital Serdang sekitar jam 5 pagi, ramai juga orang yg menunggu isteri dan saudara mereka bersalin. Rupanya, waktu tu wad memang dah penuh, begitu juga labor room. Saya diperiksa doktor, dan waktu itu, "jalan" baru bukak 3cm. Tapi, doktor kata, kalau dah anak yg ke2, memang tak lama lah nak tunggu jalan tu bukak sehingga boleh bersalin. Bila doktor scan, kepala baby ada sedikit ke tepi, maksudnya, jika sehingga waktu bersalin kepala baby tak betul2 berada di jalan nak keluar, saya terpaksa dibedah... Sempat juga saya pegang perut dan bercakap dengan baby, "Adik, kepala letak betul2 kat pintu sayang, ibu tak nak belah perut" :-)... Doktor juga cakap, air dah kurang kat dalam sebab hampir separuh dah keluar...

Saya ditahan di Bilik Bersalin Peringkat Pertama sebagai persediaan untuk bersalin. Waktu itu, jam sudah menjejak 7.30 pagi. Misi yg bertugas memantau saya memberitahu waktu bersarapan sudah habis tapi dia bawakan saya 2 keping roti dan segelas milo panas. Katanya, buat alas perut. Berpesan kepada saya, telefon suami untuk belikan sarapan di luar.

Saya terus menghubungi abang yg dlm perjalanan pulang ke rumah. Kesian dia, hanya sempat gosok gigi sahaja. Saya pesan, "Abang balik mandi & sarapan dulu, nanti tolong bawakkan ayang sarapan ye".... Waktu tu, saya sempat juga menghantar MMS ke kgMMS & beritahu kepada rakan2 terdekat yang saya telahpun dimasukkan ke Hospital Serdang.

Abang datang membawa nasik lemak sambal kerang kegemaran saya kira2 jam 10 pagi. Memang mak mertua pun dah berura2 nak menyediakan nasik lemak sambal kerang pagi tu... Saya juga sempat bergurau dengan mak, "Harap2 sempat ler rasa"... Dan waktu itu juga, kontraksi nak bersalin datang 5 minit sekali... Ikut hati, memang tak boleh nak bergerak, tapi orang kata kalau nak cepat bersalin, rajin2 ler berjalan. Saya sendiri berjalan ke kaunter utama dewan bersalin tu untuk ambil sendiri nasi yang abang bawa.

Sampai di bilik persediaan, baru dapat 5 sudu nasi, sakit nak bersalin semakin kerap. Kali ini, memang rasa baby betul2 nak keluar. Waktu itu, jam menghampiri 11 pagi. Misi sempat berpesan, kalau rasa macam nak teran, tekan butang merah yg dia letakkan di sebelah katil. Saya terus capai butang tu.. Dah memang rasa tak tahan sangat masa tu. Selera makan pun langsung tertutup... Datang seorang doktor lelaki bertanya, "Kenapa? Sakit dah?"... Saya jawab, "Rasa macam dah nak keluar ni"... Doktor tersebut memanggil misi yang bertanggungjawab memantau keadaan saya (rupanya seorang misi dipertanggungjawabkan untuk beberapa orang pesakit) untuk menemaninya membuat pemeriksaan ke atas saya.

Bila diperiksa, jalan sudah pun terbuka 6cm. Doktor tanya,"Anak ke berapa?". Saya jawab,"2". "Ehm, tak lama dah ni. U bawak dia ke bilik penilaian," arah doktor kepada misi tu (nama dia saya tak ingat walaupun ada tag tertera di dadanya..ceh...). Misi pulak suruh saya telefon suami & standby barang2 baby. Lekas2 saya hubungi abang yang berehat di surau hospital.

Tiba di tempat pemeriksaan jantung baby & tahap sakit kontaksi, doktor berpesan jangan teran dulu, labor room penuh waktu tu. Tapi, saya tak dapat nak tahan lagi sakit nak bersalin tu.. Bila dengar saya mengerang, doktor perempuan yg satu lagi berkata,"Ala patient ni, jangan teran dulu, labor room penuh!" Saya peduli hape (dalam hati saya berkata, dah memang sakit sangat.. kalau ikut satu trademark dalam satu program TV swasta "Ada aku kesah?"... heheh)...

Doktor lelaki tadi dengan pantas menghubungi bahagian bilik bersalin, book 1 bilik untuk saya bersalin. Saya terus dibawa ke bilik 18 Dewan Bersalin dengan katil troli. Melintasi kaunter pendaftaran, sambil mengiring memaut birai katil troli tu menahan kesakitan, terpandang wajah abang yang sedang berdiri di situ. Misi memberitahu abang,"Suami masuk 5 minit lagi ye? Ambil baju putih kat depan tu".

Masuk sahaja bilik bersalin, saya terus meneran sekuat hati. Kemudian, baru la abang berdiri di sebelah. Abang sendiri tergamam melihat saya meneran sebegitu rupa. Bukan apa, dengan perut kosong, tak cukup tenaga, seksa juga nak melahirkan baby seberat 2.79kg tu... Sehinggakan misi yang membantu bidan bersalin mengingatkan abang,"Suami, tolong bantu support ye?"... Barulah abang datang dekat ke telinga saya, sambil mengangkat kepala saya dan memberi semangat untuk meneran.. Tapi, waktu itu, saya hampir berputus asa, mungkin kerana saya dah habis tenaga untuk meneran. Tapi, AlHamdulillah, belum pun sempat bidan membuat keputusan untuk vakum baby, saya dapat juga menghabiskan sisa tenaga yang ada untuk berjuang.. Eceh!

Selesai proses bersalin, abang diminta azan dan iqamatkan baby, kemudian, disuruh tunggu di luar sementara saya pula dijahit... Wah, satu lagi seksa yang terpaksa saya tahan. Tapi AlHamdulillah, tidak seperti waktu Afiq dulu, bidan kali ini lebih berpengalaman. Sambil menjahit, sambil mengajar bidan baru tentang proses bersalin & menjahit... Selesai semua proses tersebut, saya terlantar di katil dan terlena beberapa kali sehingga jam 5 petang apabila seorang misi menghantar minum petang untuk saya & seorang lagi misi dari bahagian babycare datang membawa baby untuk disusukan.

Jam 6, datang lagi seorang misi memberitahu dan membawa saya berpindah ke wad. Misi tersebut juga meminta maaf atas kelewatan memindahkan saya ke wad kerana kekurangan staf berbanding bilangan pesakit yg ramai. Sampai di Wad 8B, seluruh ahli keluarga saya telahpun menunggu, termasuk jiran rumah tingkat bawah, Mak Ani (dah jadi kawan baik mak mertua dah..). Petang itu juga, abang Kajang Berlipat, Kak Sal Bangi, Rodzan, Engku Zaleha & Izzana (kalau tak silap la.. kalau silap mungkin Erwinna kot? heheh..) datang melawat.

Bermalam di Hospital Serdang, adik Arif tak meragam seperti abang Afiq sewaktu ditahan di wad dulu... Hampir setiap malam Afiq menangis dahaga tapi Arif tak pula... AlHamdulillah, keesokkan harinya, apabila keadaan ibu dan baby sihat, kami dibenarkan discaj. Sempat juga rakan dari KLfm datang; Team BK dan rakan baru dari Sarawak, Sonic... TQ, guys!

Discaj dari Hospital Serdang jam 6.30 petang, abah dan mum terus bawa kami anak beranak pulang ke Johor Bahru. Kalau menurut entry terdahulu, saya berhajat untuk berpantang di Putrajaya sahaja, tetapi atas alasan2 tertentu, apatah lagi saya terpaksa menguruskan penukaran nama pemilik rumah milik abah di Johor Bahru selepas berpantang nanti, saya bersetuju sahaja dengan arahan abah dan mum untuk pulang ke Johor Bahru. Ehm, kalau balik ke JB, dapat la saya mengemas kini blog saya ni.. Tak la nampak bersawang sangat.. heheh..

Kepada rakan2 dan para sahabat yang mendoakan kesejahteraan saya sepanjang saya mengandung dan bersalin, terima kasih banyak2 saya ucapkan. Insya Allah, selesai urusan di JB, saya akan pulang menghabiskan cuti bersalin di KL. Waktu itu, rumah saya sentiasa terbuka menerima kunjungan anda untuk melawat saya dan keluarga.

Muhammad Arif Haiqal hadir untuk menemankan abang Muhammad Afiq Izzudin bermain dan tidur bersama. Dah boleh jadi Upin dan Ipin, bila ramai yg kata muka adik Arif persis abangnya. Cuba bandingkan rupa Arif dan gambar Afiq sewaktu berusia 1 hari di bawah.. Sama tak? :-)

Afiq berusia 1 hari pada 24 November 2007 yang lalu...


Afiq dan Arif, dua2 anak ibu dan abah yang soleh, bijak, pandai, cerdik, pintar dan comel. Jadilah anak yg patuh pada suruhan agama, berbakti kepada negara dan berjasa kepada bangsa. Ibu dan abah sayang pada kedua2nya... Selamat lahir ke dunia Arif dan selamat dapat adik & kawan Afiq! Walla...

Monday, April 6, 2009

2 Minggu Lagi???


Buku Rekod yang dibawa ke hulu ke hilir sebab kena kira gerak baby... lagipun, masa dah dekat ni.. :-)


Ni lah beg belang2 yg dah siap untuk diangkut ke hospital.. :-)


Lama dah tak update blog ni. Maklumlah, takde citer terbaharu yg nak dikongsi selain Persidangan Industri Kreatif 2009 yang berlangsung di Hotel Nikko pada 16 dan 17 Mac yang lalu, juga Konsert KLfm Alive di Dataran Remaja Bukit Jalil pada 7 Mac yang lepas... Dah jadi OKU ni, malas plak nak amik2 gambar... kecuali, kalu nak amik gambar Afiq yg berposing bukan2... Ada la jugak terselit muka Afiq kat kampung MMS :-)

Hari ni dah 6 April, maknanya baby dalam perut ni dah berusia 38 minggu. Pagi tadi, rutin biasa sejak 2 minggu lalu, setiap hari Isnin, saya ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk check up. Mengandung kali ke2 ni, berlainan masalah masa ngandungkan Afiq dulu. Masa ngandungkan Afiq, pada awal2 trimester 1, saya kerap bleeding. Mungkin kerana waktu tu rahim belum cukup kuat untuk menampung seorang baby... Hasilnya, saya kena injection tiap kali pergi check up sehingga baby berusia 5 bulan di dalam kandungan.

Mengandung kali kedua ni, masalah yg sama seperti mengandungkan Afiq, bacaan Heamoglobin (Hb) tak pernahnya lepas 10.0... hanya kerana saya merupakan pesakit talasemia.. Dulu, tengok iklan dalam TV, ntah hape menatang ler talasemia ni. Bila dah kena pada diri sendiri, baru ler tau. Memang tak boleh nak elak, antara risiko mengandung dengan talasemia ni, kurang darah, muka pucat, cepat penat, selalu rasa pening macam nak pitam dan macam2 lagi. Dah berkali2 juga doktor suruh abang check darah tapi abang tu nampak je ganas, tapi penakut yg amat. Tak leh rasa sakit sikit. Baru nak cabut uban jek dia dah lari satu rumah apatah lagi nak cucuk amik darah... Cuma saya berharap, abang takde talasemia. Kesian kat Afiq & adik2nya kalau kami ada talasemia. Tiap2 bulan kena masuk darah macam sepupu saya anak adik mak... Kurus kering jek... :-(

Satu lagi masalah mengandung kali ni, kencing kotor... Saya pun sebenarnya kurang arif apa risiko kalau kencing kotor. Orang kata, boleh kena darah tinggi atau kencing manis time peknen ni... Masa ngandungkan Afiq dulu, takde plak problem kencing kotor ni... Jernih jek... heheh.. Tipu ler kalo kata kencing tu jernih... Maksudnya, kandungan gula tu tinggi dan ntah apa2 lagi yg boleh dibaca melalui air kencing... :-) Saya selalu cakap di radio banyakkan minum air masak tapi diri sendiri pun agak GAGAL nak minum air masak 8 gelas sehari.. heheh... Tengok ler tag buku rekod kat atas tu, dari tag hijau (bersih), misi bagi tag (merah)... :-)

Minggu ni, 10 April nanti (Jumaat) hari terakhir saya bertugas di konti sebelum direhatkan untuk seketika sehingga berakhirnya cuti bersalin nanti. Jadi minggu ni, kenalah siapkan kerja mana yg patut, termasuklah playlist untuk segmen Kota Kita KL (3KL) jam 3-6 pagi sehingga 27hb April nanti. Lepas tu, boleh ler saya dapatkan Complete Bed Rest (CBR) bagi ibu2 yg menghitung hari macam saya ni.

Tapi, melayan Afiq yg semakin lasak tu, takde la rehat sangat. Maklumlah, akal dia dah semakin panjang, ada saje alat2 dalam dapur tu tiba2 hilang bila nak dipakai. Rupa2nya, Afiq dah bawak sampai ke depan TV. Paling malang pun, dia terus bawak ke balkoni & terus campak ke bawah... :-) Nasib baik ada Mak Su, Cik Su & Pak Utihnya yg kena kutip barang2 yg Afiq campak dari tingkat 8 rumah kami.. :-)

Pada abang, saya berpesan, kalau dah tiba masa nak hantar saya ke hospital nanti (kalau kat rumah, kalau kat opis @ konti, kenalah mintak tolong kawan2 :-)), jangan lupa angkut jek beg jenama A**N belang2 purple tu kat katil adik yg bakal lahir... Semua dah siap dalam tu, cuma belum masukkan termos air panas & air mineral jek :-)

Pada semua rakan2 di pejabat, standby yek.. Manalah tau, kena jadik bidan... heheh...

Pada semua sahabat & pendengar KLfm, juga pelawat blog ni, blog ini akan direhatkan buat seketika sepanjang saya cuti bersalin kelak kerana kali ni, saya mengambil keputusan untuk bersalin di Kuala Lumpur saja (dalam kepala ni dah berangan nak bersalin kat Hospital Serdang), memandangkan mak mertua dah pun duduk bersama saya. Tambahan pula, mak dan abah di JB dah pencen, boleh datang bila2 masa, tak macam masa beranakkan Afiq dulu, mak dan abah masih bekerja.. :-) dan saya berpeluang update blog di rumah kerana ada kemudahannya...

Apapun, doakan saya dan baby selamat dan sihat sebelum, semasa dan selepas proses bersalin. Kalaupun terpaksa ditahan di ICU macam bersalinkan Afiq dulu, harap2 takde la kronik ye... Amin.... Wassalam... :-)

;;