Wednesday, February 4, 2009
Sesi tandatangan sokongan Mini Konsert Dari KL ke Gaza... Tanda prihatin kepada rakyat Palestin.. Sain, jangan tak sain...
Abang, DJ Kzie & DJ Hezry dengan aksi masing2 untuk musical chair... Pusing, jangan sampai pening...
Dalam perjalanan ke tempat parkir kereta, kami terjumpa plak "abang kuda".. Selalu jumpa Abang Kan Ada je.. heheh..
Pada 31 Januari dan 1 Februari 2009 yang lalu, KLfm berkampung selama 2 hari dari pagi ke petang untuk Festival Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 di Taman Tasik Titiwangsa. Walaupun cuaca kedua2 hari tu agak tak memuaskan, tapi sambutan tetap meriah bukan sahaja di kalangan sahabat KLfm yang setia sendiri, bahkan daripada warga Wilayah termasuklah warga Selangor dan lain2 yg turut membanjiri lokasi festival tersebut.
Hari pertama di Taman Tasik Titiwangsa, saya bertugas di dalam Konti Sementara secara langsung dari tapak festival bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi .Tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal, saya hanya ke udara dari jam 10.15 pagi hingga jam 11 pagi dan kemudian diambil alih oleh DJ Nia.
Hari kedua pula, saya ditugaskan untuk bertugas "standby" di Konti KLfm di Wisma Radio Angkasapuri dari jam 10 pagi hingga jam 1 tengahari. Tambahan pula, hari tu ada program KL-Jakarta, jadi saya ambil siaran terus dari Taman Tasik Titiwangsa dari jam 10 pagi (sambung tugasan DJ Noreen pagi tu) dan memutuskan siaran dari lokasi festival jam 12.15 tengahari untuk program KL-Jakarta... Selepas berita jam 1 tengahari, Ayahanda Hj. Manan sudah pun bersedia mengambil alih tugasan saya di Wisma Radio. Sejurus itu, saya diambil oleh pemandu RTM yg membawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa jam 2 petang tersebut.
Apapun, terima kasih kepada para sahabat dan pengujung2, tak ketinggalan yg paling penting abang2 dan kakak2 teknikal yg bertungkus lumus menjayakan Festival Hari Wilayah Persekutuan yg ke 35 pada tahun ini.. Selamat Hari Wilayah semua!!!

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)