Wednesday, February 4, 2009

Hari Wilayah Persekutuan ke 35



Sesi tandatangan sokongan Mini Konsert Dari KL ke Gaza... Tanda prihatin kepada rakyat Palestin.. Sain, jangan tak sain...

Sempat gak berposing untuk Team Salam Interaktif ni. :-)

Abang, DJ Kzie & DJ Hezry dengan aksi masing2 untuk musical chair... Pusing, jangan sampai pening...



Dalam perjalanan ke tempat parkir kereta, kami terjumpa plak "abang kuda".. Selalu jumpa Abang Kan Ada je.. heheh..


Pada 31 Januari dan 1 Februari 2009 yang lalu, KLfm berkampung selama 2 hari dari pagi ke petang untuk Festival Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 di Taman Tasik Titiwangsa. Walaupun cuaca kedua2 hari tu agak tak memuaskan, tapi sambutan tetap meriah bukan sahaja di kalangan sahabat KLfm yang setia sendiri, bahkan daripada warga Wilayah termasuklah warga Selangor dan lain2 yg turut membanjiri lokasi festival tersebut.

Hari pertama di Taman Tasik Titiwangsa, saya bertugas di dalam Konti Sementara secara langsung dari tapak festival bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi .Tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal, saya hanya ke udara dari jam 10.15 pagi hingga jam 11 pagi dan kemudian diambil alih oleh DJ Nia.

Hari kedua pula, saya ditugaskan untuk bertugas "standby" di Konti KLfm di Wisma Radio Angkasapuri dari jam 10 pagi hingga jam 1 tengahari. Tambahan pula, hari tu ada program KL-Jakarta, jadi saya ambil siaran terus dari Taman Tasik Titiwangsa dari jam 10 pagi (sambung tugasan DJ Noreen pagi tu) dan memutuskan siaran dari lokasi festival jam 12.15 tengahari untuk program KL-Jakarta... Selepas berita jam 1 tengahari, Ayahanda Hj. Manan sudah pun bersedia mengambil alih tugasan saya di Wisma Radio. Sejurus itu, saya diambil oleh pemandu RTM yg membawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa jam 2 petang tersebut.

Apapun, terima kasih kepada para sahabat dan pengujung2, tak ketinggalan yg paling penting abang2 dan kakak2 teknikal yg bertungkus lumus menjayakan Festival Hari Wilayah Persekutuan yg ke 35 pada tahun ini.. Selamat Hari Wilayah semua!!!

Jom Pergi Kerja!!!

Sebelum keluar rumah, Afiq nak minum dulu.

"Hello?" kata Afiq bila nampak ibu pegang henfon nak amik gambar dia.. Tu pas keje ibu la Fiq... :-)

Memula Afiq ok je dalam seat tu, lama2 dah tak reti nak duduk diam.. Mula la buat aksi2 merempit dalam seat tu. Walaupun dah diikat pinggang dia, tetap boleh pusing 360° punya...

Dah tu, mula la nak capai segala benda atas dash board tu...

Afiq dah sampai pun PPR Pantai Permai...

Assalamualaikum.. Ibu Ita, Afiq dah sampai ni... Bukak la pintu...

Eh, Afiq dah sampai... Zara tengah tido tu.. Eh, ibu Mimie nak amik gambar kita rupanyer. Ye lah, lepas ni tak tau la bila nak jumpa lagi.. Ye tak?

Ha, macam ni bawak keta senang la sikit. Dah malam sampai umah ni Afiq dah tido dalam keta dulu. Takde la terpusing2 macam siang tadi.


Pada 1 Februari 2009 yang lalu merupakan hari terakhir Afiq dijaga oleh sahabat Erni Deswita dan suaminya KLGCC. Lepas ni, Afiq dok rumah je, nenek plak nak jaga kat rumah. Lagipun, Afiq dah semakin "buas" dok dalam seat kecik Afiq tu. Susah ibu nak pandu kereta bila Afiq dah mula pusing 360°...

Gambar2 di atas ni adalah rutin harian Afiq dan ibu setiap pagi dari Afiq berumur tiga bulan hinggalah Afiq berumur setahun 2 bulan ni. Meh, ikut ibu pergi kerja bersama Afiq.. Walla...

;;