Monday, November 17, 2008
Dulu, minat sangat tengok citer Jepun Moreo Attack ni... Sanggup ponteng skolah agama tu, semata2 nak tengok citer ni setiap jam 4 petang... Skarang ni dah ada Moreo Attack versi baru, tajuknyer "Attack No. 1" tapi baru tengok separuh jalan CD 1 tu takleh compete dengan versi yang lama tu...
Selain Moreo Attack, layan gak citer "Chiyaki"... carik dalam youtube gak, tapi tak jumpa... Skarang ni kat umah layan "Attack No. 1" kat opis plak layan "Hana Kimi"..Citer ni pn not bad gak, tentang seorang budak pompuan (Ashiya Mizuki), yang sanggup menyamar jadi pelajar lelaki & mendaftar masuk ke sekolah lelaki di Jepun semata2 nak naikkan semangat balik sorang mamat lompat tinggi (Sano) yang quit sukan tu sebab cedera sewaktu menyelamatkan Mizuki dulu... Yang best, citer ni takde la straight sangat, ada la campur2 lawak dalam bentuk kartun Jepun... ni semua gara2 Aenraen yang bawak CD2 citer Jepun ni ke opis... Ehm... layan je la...
Ni sedikit sedutan citer Hana Kimi, scene di mana Nakatsu (kawan Sano) sanggup pindah bilik Sano & Mizuki semata2 nak membuktikan yang dia tak gay... sebab Nakatsu ni takleh pegang pompuan, kalo dia pegang pompuan, dada dia akan berdebar2... Scene di atas ni, time tu Mizuki tengah mandi... Nakatsu sampai berfikir nak mandi sama Mizuki sebab dia beranggapan Mizuki pun lelaki cam dia gak... heheh... sorilah, video ni takde subtitle english or malay... yang ada subtitle dalam youtube tu semuanyer panjang2 dah tak boleh di"copy" masuk dalam blog ni... kalo nak tengok sedutan drama tu dalam youtube, boleh search "hana kimi" .... Walla...
Tuesday, November 11, 2008
Gambar2 di atas merupakan gambar2 sewaktu mak dan abah menunaikan umrah pada tahun lepas... Sekarang ni, mak dah abah berada di sana sekali lagi untuk menunaikan rukun Islam yang ke5, iaitu ibadah Haji... Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan semoga meperoleh haji yang mabrur... Selamat Hari Lahir yang ke 55 untuk mak, pada 9 November yang lalu... Sayaaaanggg mak abah...!!!
Thursday, November 6, 2008
Wednesday, November 5, 2008
Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza. . ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.. .
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?
Bila jari kamu dirapatkan.. ..
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang 'gap' di antaranya... sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya... bermaksud ia tidak rapat dan renggang... maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! betul ke? hehehee...kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita.... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya. . cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza. . ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!
UTK SUKE2 SAJA... PAPE PUN, AJAL MAUT, JODOH PERTEMUAN, REZEKI SEMUANYA
DATANG DARI ALLAH S.W.T
Pada 31 Oktober 2008, saya sekeluarga dan adik saya (Marma) sekeluarga pulang ke kampung di Johor Bahru kerana abah dan mak berhajat untuk mengadakan sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran sempena pemergian mereka ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 3 November 2008.
Ramai juga saudara-mara dan sahabat-handai abah dan mak datang ke rumah. Yang mendoakan dan yang "berhajat" pun ada... Apapun, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dalam keadaan mabuk2, dapat jugak saya tolong sikit2. Ramai juga sedara mara yang nak tengok Afiq sebab tak penah jumpa... Bila jumpa Afiq je, depa kata "Memang cetak Mimie ni"... :-)
Hari Isnin, 3 November 2008 selepas Zohor, kami sekeluarga, Marma sekeluarga, Didie, Eli termasuk Nya'i (nenek belah mak) dan Tok Ne (nenek belah abah) konvoi dengan 3 kereta menghantar abah dan mak ke Lapangan Terbang Senai. Huih... di Senai tu pun dah ramai manusia, apatah lagi di Tanah Suci Mekah musim haji ni...
Dalam hujan renyai, kami menghantar abah dan mak ke Senai Airport, tiada kata yang keluar dari mulut mak, hanya linangan air mata dengan perasaan sebak mengiringi perjalanannya. Cuma abah saja yang bersuara, sempat berbisik, "Jadilah isteri yang solehah, jangan lupa solat dan jaga diri baik2. Sabar separuh daripada iman".... Dalam juga maksud abah tu... Kami hanya mampu berdoa agar mak dan abah selamat pergi dan selamat kembali, semoga memperoleh haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan selama menunaikan ibadah haji dan menjadi tetamuNya di sana....
Bila abah dan mak ke kaunter pendaftaran bakal jemaah haji, hanya Didie & Eli menghantar hingga ke pintu bilik pendaftaran, abang pula mengendong Afiq ke cermin bilik pendaftaran. Sempat juga Afiq melambai ke arah Tok Y dan Neneknya sambil tersengih... "Mana nak pegi depa ni ramai2" (agaknya).... :-)
Selepas menghantar abah dan mak, 3 kereta yang berkonvoi tadi berpecah kepada 3 haluan... Kereta Marma sekeluarga membawa Eli & Tok Ne pulang semula ke Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Kereta yang dipandu Didie membawa Nya'i untuk dihantar ke rumah makcik di Taman Universiti, Skudai. Manakala saya sekeluarga pulang ke rumah mertua di Kulai.... Nampaknya, cuti Raya Haji nanti, kami tak balik JB, cuma jemput mak mertua datang ke Putrajaya aje. Lagipun, dia tak penah datang lagi rumah yang baru kami duduki di Putrajaya tu... :-)
Awal pagi 4 November 2008, satu panggilan tidak berjawab dari Kota Madinah (sebab tengah bagi Afiq minum susu). Nasib baik menyusul panggilan yang sama tak lama kemudian. Terima kasih kepada Sahabat Songan a.k.a Hj Afandi yang sudi menyambut mak dan abah di sana & menghubungi saya untuk berbicara sebentar dengan abah... Terkezut juga abah bila sampai sahaja di Kota Madinah, terdengar namanya dan nama mak di"annouce" oleh petugas Tabung Haji... :-) Itulah untungnya ada komuniti Sahabat ni kan? :-)
Abah dan mak selamat sampai di Kota Madinah jam 4 pagi waktu Malaysia, iaitu 11 malam waktu Madinah... Syukurlah, mereka dah sampai. Cuma pesan saya pada mereka, jaga kesihatan sepanjang berada di sana... Jangan lupa kirim khabar jika ada waktu terluang....
Kepada semua bakal haji, saya sekeluarga mendoakan agar selamat pergi dan selamat kembali, semoga memperoleh haji yang mabrur.... Semoga satu hari nanti, ada rezeki saya dan suami untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah sana.... Amin...