Wednesday, June 25, 2008

Monday, June 23, 2008



Ni lah team Bola Jaring RTM. Depan dari kiri - Kak Ina, Nana, Mimi, K-On, Ema & Sarah. Belakang dari kiri - Kak Nab, Nini & Kak Mai. Takde dalam gambar - Kak Zah... Dia bukan jadik jurufoto, dia jadik jurulintas langsung...;-)
Hola... Wah... Sepanjang minggu ni, takde rehat langsung. Dari Ahad sampai ke Ahad, kalau tak konti, ofis, kalau tak dua-dua, mengebowl kat mana2 bowling arcade, kalau tak pun, turun ke netball a.k.a futsal court kat bawah tu... Ni semua gara2 Fiesta Sukan Seniman sempena Hari Seniman Kebangsaan yang disambut pada 29 Mei yang lalu....
Pada hari Sabtu, 21 Jun yang lalu, team RTM telah menghantar pasukan bola jaring ke Pertandingan Bola Jaring yang telah diadakan di Gelanggang Bola Jaring Hospital Kuala Lumpur... ha, kalau dekat dengan hospital tu, apatah lagi berhadapan Wad Bersalin, senang la nak mengusung kakak2, adik2 atau makcik2 yang terlantar kat tengah court tu.
RTM bermain dalam kumpulan D, bersama2 team dari Filem Negara dan WHAM (Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia). Walaupun menang 11-0 menentang team Filem Negara, RTM tidak dapat meneruskan perjuangan ke Semi Final kerana kalah kepada WHAM 3-6... Apapun, RTM tetap unggul dengan gayanya... Menang gaya, ok la tuh!!!
Tuesday, June 17, 2008


Terima kasih juga buat Timbalan Pengarah Penyiaran, Dato Adilah Shek Omar (yang pakai tudung putih baju biru tu) kerana sudi datang memberi sokongan kepada team DJ2 KLfm... Kepada abang Samad Kinto, rajin2 ler organize lagi. DJ2 KLfm skarang tengah mabuk main bowling...er... kengkawans, bila nak menge"bowl" kat Mid Valley nih??? ;-)
Friday, June 13, 2008
Abah,
Masih teringat saat aku kesakitan dalam kegelapan malam
Masih terlihat kelibat bayangmu saat kau lekapkan tuala basah ke dahiku
Masih terasa minyak angin saat kau sapukan ke tekak dan kepalaku
Tidak pernah sesaat pun kau leka waktu itu
Tak lena tidurku, maka tak nyenyak juga lenamu
Abah,
Masih terbayang wajahmu saat si suami langsai melafazkan akad
Masih terlihat rupamu tunduk saat kau menepung tawar
Walau tidak terluah apa yang tersirat
Sebagai anak sulung yang lebih mengenalimu
Tergambar segala yang tersurat jauh di lubuk hatimu
Terasa berat melepaskan aku kepada orang lain
Abah,
Gelaran sama dipilih si suami
Lebih menguatkan ingatanku padamu
Pernah terdetik mencari suami serupa denganmu
Tapi tak mungkin...
Kau tak pernah sama dengan yang lain
Kau satu dalam sejuta
Abah,
Aku bersyukur...
Kerana aku lahir berbintikan namamu
Kerana aku lahir dari zuriatmu
Moga aku berupaya mendidik anak2ku
Sebaik engkau mendidik anak2mu
Mohd Yusof Hj Munawar... Akak Saaayang Abah...
Md. Nazarrudin Abu Zamil... Ayang Saaayang Abang...
SELAMAT HARI BAPA 2008
Credit to DJ Julia as a producer
Thursday, June 12, 2008

Hola... Mimie Walla kembali lagi... Semalam, tengok2 folder gambar2 Afiq, timbul idea nak satukan gambar2 perkembangan Afiq dari dalam perut sampai sekarang. Bila dah dekat2kan gambar macam ni, dapat la saya lihat perubahan rupa Afiq dari bulan ke bulan... Bila dia dah besar nanti, dia boleh tengok sendiri gambar2 dia dari zaman kecil. Tak macam zaman kita dulu2, gambar2 zaman kecil semua dah berubah warna... Dah jadi kekuning2an... Ada gambar yang rupa pun dah tak nampak lagi... Inilah kecanggihan zaman sekarang. Bila zaman Afiq dah besar nanti, tak tau pulak teknologi apa yang akan keluar... Masa tu, saya dah macam mak saya sekarang, nak bukak TV pun tak reti sebab dah macam2 remote yang nak ditekan... Nak hantar MMs tu terkial2 apatah lagi bila tiba2 ada video call.... Dah boleh tengok muka dalam telepon... Huihhhh...
Wednesday, June 4, 2008
Tuesday, June 3, 2008
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)